Showing posts with label cuti. Show all posts
Showing posts with label cuti. Show all posts

Tuesday, 13 August 2013

Raya semalam dan kerja kembali hari ini...

Salam 6 Syawal.

Hari ini saya sudah kembali bekerja. Sungguh dijalan masih tidak sibuk lagi. So saya bersenang lenang di atas jalan raya. Tiba-tiba...alamak minyak habis...erm ini adik la guna semalam..pandai bawa jer kan tak tengok pun minyak ada ke tidak..Sudahnya menyinggah lea juga mengisi minyak..Sudah makan masa disitu dan akibatnya saya sampai di pejabat sudah lebih dari 7.30 am....

Di pejabat masih ramai yang bercuti. Saya memang cuti sampai semalam sahaja. Kantin di bawah pun semuanya masih tutup. Terpaksalah kami yang dua tiga orang ini cari pakcik driver bawa kami ke tempat makan diluar.

Punyalah pusing-pusing...lastly makan di KL Festival di area danau kota. Ada satu kedai melayu yang buka. Kalau kedai mamak memang banyaklah tapi saya sudah STOP makan di kedai mamak sajak 6 tahun yang lalu. Kebetulan yang lain pun kureng layan mamak style...Jauh tu kami makan pagi...adehh jalan-jalan cari makan kami hari ini...harap esok sudah buka kantin dibawah...

Semalam punya penat tak habis lagi tapi datang juga kerja sebab cuti tidak banyak.. Semalam seharian di rumah mengemas sambil memasak. Mulanya hanya nak masak masakan request dari en suami. Penyudahnya masak banyak sekali siap jemput adik beradik semua datang dan jiran sebelah sekali join.

Menu semalam laksa dan lontong. Sambil mendobi sambil memasak. Layannn....petang lepas asar semua sampai...Terus makan...Layan sampai malam...Pehh penat tapi puas jumpa adik beradik...

















Friday, 15 February 2013

Bila Cuti...Seronoknyer.......


Salam pagi Jumaat
Alhamdulillah...Berjumpa lagi penghulu segala hari ini...

Fuhhh sangatlah seronoknya pergi kerja tiga hari ini...Jalan memang clear...keluar rumah pun lewat sikit...suka..suka...sukanyerr...kalau begini setiap hari...
Bukan apa cuti CNY ini kebanyakkan sekolah cuti seminggu terus...dan yang pasti nanti akan di gantilah cuti tu kan...sekolah Akalili tidak cuti sebab memang tiada anak murid berbangsa cina pun...so saya tak perlu nak fikir pasal cuti ganti tu...bestt...

Tapi cuti CNY kali ini kami bercuti dirumah sahaja...sebab en.suami sibuk bekerja...so saya dan anak-anak buatlah program sendiri dirumah...kesempatan bercuti dirumah pastilah saya tidak sia-siakan begitu sahaja...masa inilah nak kemas semua benda yang asyik tertangguhkan...seronok...

Part memasak pula...memanglah terluang sangatlah...seronok masak itu dan ini...ialah bila sudah ada anak-anak yang pandai makan itu dan ini..kenalah masak mana yang boleh kan...menu setiap hari berubah dan dapatlah tambah satu dua menu...bila fikir semula seronoknya jadi surirumah sepenuh masa...Ya ALLAH perkenankanlah doa hambaMu ini...aamiin..aamiin..aamiin...

 Merendang dihari cuti.
Tengah tunggu nak letak kerisik...

 Tada siap untuk dimakan..
Requests by mr.hubby...

 Sekarang ini Akalili asyik la layan menu ini...
Even lepas makan nasi mesti nak pekena roti dan telur letak sos tomato dia tu..
Layankan saja, sebab Akalili makan nasi memang ciput je..

Layan RFC di Sg. Besi petang Sabtu lepas...
Chicken Chop Blakpapper, Radix Lamb Burger,
3pc Chicken Spicy, Radix Zigzag Wedges.. 
Kebetulan en.suami nak hantar kain untuk buat coats.
Memang dari dulu buat coats di kedai area Sg. Besi tu. 
Nampak RFC sudah dekat-dekat situ so kami singgah...
Best ada tempat SOLAT sekali so masuk waktu boleh terus solat...
Alhamdulillah ALLAH permudahkan...

Seronok Sorfina dan Maritza dapat berlari sana sini...
Kami memang makan dekat dengan tempat permaian tu...
Dan disebelah kami pula surau tempat bersolat...




Sunday, 23 September 2012

Ahad yang sibuk...

Salam pagi Ahad yang indah.
Pagi-pagi lagi sudah sibuk.
Cik Maritza awal pagi pula bangunnya.
Walaupun malamnya tidak lena.
Bangun pagi sudah pasti gitu kan.
Kakak-kakaknya masih enak dibuai mimpi.
Leka Akma buat kerja terhidu sesuatu yang tidak enak.
Ermm Maritza sudah membuanglah tu.
Memang pagi waktu kesukaannya membuang.
Good gitu kan.
So awallah Maritza mandi.
Bagi Maritza main sekejap lepas tu pasti dia tidur semula.
Lagi sedap badan sudah mandi kan.

Semua masih tidur.
Akma sibuk ke jemuran menjemur baju.
Ermm selalunya En. Suami tolong jemurkan.
Tapi hari ini awal lagi En. Suami sudah keluar dengan urusannya.
Sudah settle semua.
Sudah mau buat breakfast pula.
Akalili dan Sorfina sudah bangun.
Masing-masing sudah bising lapar.
Pagi ni masakkan nasi goreng + lemon tea panas..

Akalili : Ummi letak lemon ke...rasa lemon..
Ummi : Tidak memang dalam teh tu ada lemon.
(Sambil tunjuk paket lemon tea tu).

Bila sudah breakfast heavy gini.
Lunch sudah memang masak lewat sikitlah.
Kalau masak awal nanti sejuk tidak sedap pula.
En. Suami pulang petang.
Masih sempat masak sebelum pulangnya.
Menu hari ini cadangnya gulai lemak ketam + sambal ikan bilis + sayur campur.
Yang best sambal ikan bilis tu...berkobar nak masak ni...
Tapi lambat lagi...yang penting semua sudah ready...
;)

::: SaBaR Itu InDaH :::




Wednesday, 16 February 2011

cuti...

Semalam adalah hari kelahiran nabi or rasul junjungan kita so semua negeri cuti...petang Isnin itu en muz call bagitau kena kerja pada hari semalam then suh aku pilih untuk dia nak kerja pagi or petang bila discuss aku cakap kerja pagilah petang boleh buat aktivitikan...so bila sudah malam tu en. muz tetiba bagi tau nak pergi join program berarak tu...opsss aku macam pelik jer kata nak kerja tup tup nak pergi berarak pulak...macam mana nie...last last tak kerja rupanya...Seronoknya dalam hati dapat pergi join program nie...

Tapi malam semakin meninggi aku dan en. muz tidak tidur-tidur lagi macam-macam yang kami bual dan bincangkan, my lil princess sudah jauh di buai mimpi indah...pastu masing sibuk pula dengan lappy dan notebook masing-masing...lama-lama sudah hampir jam 0400 pagi...opsss sudah lewat nie esok nak bangun awal banyak lagi aktiviti yang nak dibuat...adoiii...lastly aku masuk tidur dulu ntah jam berapa baru en. muz tidur. Dan hasilnya memang pagi itu kelam kabut sikit...


Program Maulidur Rasul yang lepas...



Jam 0930 baru gerak ke Temerloh...singgah tengok program adik aku dulu then terus ke Temerloh jumpa Along aka my SIL...dan en. muz belanja lunch tempoyak ikan patin dan air jagung...tetapi ntah tekak aku ker...aku rasa air jagung kali macam kureng sikit bila aku tanya en. muz kata ok jer...erm layan je lah tapi tak habis pun...

Yummy...3 mangkuk ikan patin...
satu bahagian kepala...en. muz suka...


Lihat itu air jagung aku dan dia...

Along dan anak2 yang comel...

Selepas habis lunch kami pun gerak ke Bentong pula...aku ada hal dengan nenda kesayangan aku itu...huhuhu nasib lea ada uwan yang sorang nie...dialah tempat aku mengadu...sayang uwan...lepas maghrib baru gerak balik...

Tuesday, 1 February 2011

hari wilayah

morning all,

Hari ini cuti lor...Hari Wilayah 1 Februari 2011...so aktiviti di rumah pastinya memasaklah yang paling besttt sekali...my little girl nie sudah order nak kek yang warna warni gitu...marble cake lea tu kan sayang...nanti ummi buatkan yer...masakan lunch adalah tomyam campur + telur dadar...erm yummy sudah lama tak masak tomyam gitu...

p/s   ok ler pada yang bercuti selamat bercuti...dan pada yang bekerja selamat menjalankan kerja sebagai satu ibadah yea... ;))

Sunday, 11 April 2010

Hujung minggu...

Ermm...alhamdulillah...sebentar tadi kita sudah di turuni oleh hujan yang lebat...sejuk jea aku rasa setelah seharian panas...sungguh besar rahmatMu Ya ALLAH...

Cuti-cuti setelah lima bekerja, aku bekerja dirumah pula sebagai surirumahtangga sepenuhnya dua hari sahajalah...kalau lama diberi cuti, panjanglah harinya lagi syokkk...hehehe, tetapi kerja ini adalah dipanggil TANGGUNGJAWAB dan ianya hendaklah dilakukan dengan seikhlas hati kerana Allah Taa'la jika tidak kita akan rasa penat tetapi jika kita lakukan dengan keikhlasan kita akan rasa puas...DAN yang paling penting aku akan rasa BAHAGIA sekali bila mana kerja yang aku buat itu membuatkan keluarga aku gembira...syukur itulah nikmat yang ALLAH bagi...

Part yang paling aku suka adalah masak-memasaklah tapi tengok keadaan dan waktu jugalah...kalau kemas-kemas ini alhamdulillah dapat bantuan daripada suami yang dicintai...terima kasih ya abang sebab selalu bantu akma dalam hal-hal rumahtangga ini. Bila banyak fikirkan pasal makanan lebih senang aku masak dan macam-macam menu akan keluar tapi kena tengok dalam peti sejuk dulu apa yang ada DAN itulah menu yang akan dihidangkan...erm hari semalam dan hari ini...Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan baik sekali...syukur atas rezeki yang Allah bagi...

teka apa dia...
.
.
.
.
.
sup ikan merah

Pada petangnya pula aku goreng ini...
kuih cekmek molek
Kisahnya kuih ini...ianya berasal dari Kelantan. Masa hidupnya arwah abah amatlah rajinnya membuat kuih ini...bila cuti-cuti juga kerajinan arwah memasak...alhamdulillah turun pada anaknya ini mungkin...DAN bila anak-anak semua berkumpul memang emak akan berehat...arwah abah memang sayang pada emak...emak cuma layan anak-anak sahaja yang lain semua arwah abah buat...menu yang selalu arwah abah buat untuk anak-anaknya Rendang Hati Lembu, memang aku suka sangat nie...tapi sampai hari ini aku tak pernah buat sebab aku memang tak pandai langsung...insyaAllah akan belajar juga suatu hari nanti kerana inilah kenangan aku...lagi udang galah masak berempah, pun aku tak cuba lagi kalau aku masak pun udang besar yang biasa itu sahaja itu pun masa belum-belum kahwin dulu. Lagi juga ketam masak kari yang kering tanpa kuah...erm lazatnya kalau ingat semua itu...tapi semua itu cuuma tinggal kenangan...
Berbalik pada kuih diatas itu...aku masak lunch awal so aku terus sambung menguli ubi keledek bersama tepung untuk dijadikan doh...da siap aku buat pula doh itu menjadi bulat-bulat kecil senang bila aku nak masukkan gula dan goreng...kuih ini bila nak masak barulah diletakkan gula didalamnya jika tidak nanti gulanya akan keluar...aku pun tak pasti macam mana gula tu boleh cair dari dalam walhal masa letak itu ok sahaja berwajah gula...so bila lepas asar baru aku siapkan minum petang pula dengan kuih itu bersama air teh 'o'...nyaman sekali berehat bersama keluarga...alhamdulillah...

Thursday, 15 October 2009

suka-suka

Khamis lepas aku ambil cuti sebab nak kemas rumah kononnya...last last En Muz sesorang jea yang mengemas keseluruhan rumah yang aku asyik layan Dini sambil aku pun mamai gitu dan sempatlah lelap dalam setengah jam gitu...Ya Allah penat giler aku rasa minggu lepas...mungkin aku tak cukup tidur sebab Nur Dini Sorfina tak berapa sihat minggu lepas asyik berjaga malam saja...dan Alhamdulillah dapat suami yang memahami membantu aku dalam urusan rumahtangga ini...terima kasih kepada En Muzlienor atas pertolongan itu...

lunch pun En Muz tapaukan...memang tak larat sungguh aku nak buat apa-apa...tapi petangnya bila En Muz cakap nak pergi mana petang nie...cepat jea aku cakap ok juga kalau pergi JJ Seremban 2...En Muz pun ok jea...so dalam 3.30ptg kami keluar rumah pergi JJ Seremban 2...dua beradik nie bukan main seronoknya...Akalili takde lah menda lain yang die nak cari...hehehe...tapi aku tengok petang itu tak nampak pun permainan yang die selalu naik kalo pergi ke sini...tutup ke apa aku pun tak tau...yelah lama sungguh aku tak datang sini semenjak En Muz busy dengan kerjanya...la nie ada peluang baru la datang kalo aku saja2 nak pergi without En Muz tak sampai kot...terlanjur da sampai sini banyak gak lah yang kami rembat...tapi aku punya juga yang tak de...semua yang aku nengok takde yang berkenan huhh...payah sungguh...tiga beranak itu sajalah yang bershopping...
lepas maghrib itu baru rasa lapornya lah perot nie...so kami ke Kenny Rogers da lama tak pergi sini...layan makan macam biasalah dan yang penting muffin vanila...Dan sekarang pun Dini da suka kat muffin vanila nie...yang lain kureng...Dini yang paling sibuk sekali usik itu dan ini...






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails