Tuesday 13 August 2013

Raya semalam dan kerja kembali hari ini...

Salam 6 Syawal.

Hari ini saya sudah kembali bekerja. Sungguh dijalan masih tidak sibuk lagi. So saya bersenang lenang di atas jalan raya. Tiba-tiba...alamak minyak habis...erm ini adik la guna semalam..pandai bawa jer kan tak tengok pun minyak ada ke tidak..Sudahnya menyinggah lea juga mengisi minyak..Sudah makan masa disitu dan akibatnya saya sampai di pejabat sudah lebih dari 7.30 am....

Di pejabat masih ramai yang bercuti. Saya memang cuti sampai semalam sahaja. Kantin di bawah pun semuanya masih tutup. Terpaksalah kami yang dua tiga orang ini cari pakcik driver bawa kami ke tempat makan diluar.

Punyalah pusing-pusing...lastly makan di KL Festival di area danau kota. Ada satu kedai melayu yang buka. Kalau kedai mamak memang banyaklah tapi saya sudah STOP makan di kedai mamak sajak 6 tahun yang lalu. Kebetulan yang lain pun kureng layan mamak style...Jauh tu kami makan pagi...adehh jalan-jalan cari makan kami hari ini...harap esok sudah buka kantin dibawah...

Semalam punya penat tak habis lagi tapi datang juga kerja sebab cuti tidak banyak.. Semalam seharian di rumah mengemas sambil memasak. Mulanya hanya nak masak masakan request dari en suami. Penyudahnya masak banyak sekali siap jemput adik beradik semua datang dan jiran sebelah sekali join.

Menu semalam laksa dan lontong. Sambil mendobi sambil memasak. Layannn....petang lepas asar semua sampai...Terus makan...Layan sampai malam...Pehh penat tapi puas jumpa adik beradik...

















2 comments:

Ms Haslina said...

wah sedapnya akma.
kaklong mesti pandai masak kan.
alhamdulilah, seronok kan dapat menjamu adik beradik.

maidatul said...

Alahmdulillah mana yang mampu akma boleh buat ler...
x semestinya kaklong baru pandai masak yang x kaklong pun boleh masak...hihihi

best gitu dapat berkumpul ramai2 dengan family...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails