Showing posts with label game. Show all posts
Showing posts with label game. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

Let's Bowling.....

Salam pagi Khamis....

Hari ini nak cerita pasal bowling. Bulan lepas En. Muz sibuk nak cari bola bowling. Macam biasa tempat yang selalu ermmm tidaklah selalu pun nak bermain bowlingnya. Tapi kalau nak berbowling memang kami akan ke Brem Mall Kepong, dekat dengan rumah jugalah.

So kami cari bola bowling disana sahaja. Uncle tuan punya kedai tu bagus. Bila tanya semua dia cerita. So senanglah En. Muz nak cari bola yang sesuai untuk orang sepertinya yang baru nak menempatkan diri dalam dunia bowling ini. Dan dan kami sekeluarga kena ikut aktiviti itu. Nasiblah memang anak-anak ok jea boleh join sekali.

Uncle tu nak tebuk lubang.

Puteri kesayangan saya.


Selepas seminggu Cyclone berehat so pada hari Jumaat 26 April 2013, En. Muz bawa kami sekeluarga untuk pergi bermain bowling. Ermm udah jadi aktiviti baru kami sekeluarga hihihi. Tapi malam tu selepas isyak punyalah ramai orang yang bermain. So kami kena tunggu turn lah. dalam setengah jam duduk dalam tu baru sampai turn kami. Siap dengan akalili sekali bermain. Guna bola paling ringan tapi saya masih rasa itu berat. Terpaksa Akalili gunakan kedua-dua tangan untuk melontarkan bola...ermmm sian anak ummi tapi memang dia yang bersemangat sangat nak bermain. Sama naik dengan En. Muz. Bola En. Muz lagi la berat 12kg. Saya guna sekali memang adehhh terasa lelah nak membaling bola tu tapi memang strike aka semua pin dijatuhkan pehh sekali tu jea la guna Cyclone En. Muz. Bola yang ringan pun saya boleh strike kan so buat apa nak ambil yang berat-berat gitu...sian tangan saya nie...hihihi







Wednesday, 29 December 2010

FamilyDay story

Aahaa ... now there is the little stories posted family day article that day was right ... What fun ... thank God everything went well ... despite the rain there, but activity is still running the normal range for all possible ... that happens, it is provided with a plan B. .. hihihi

What is important is the cooperation of all parties ... and all the very best in cooperation ...... I think this is the end of my committee for three years I have been playing with it all hope there is someone new who will replace me. although the meeting the boss want me to keep jugak financial and related matters... hope others will too...


The first day at Suria Cherating Beach Resort ...

Afternoon activities after lunch kind of usual check in the room and rested for a while ... and of course the evening there will be sports activities but this time there are variations that we do ... hehehe .... batik painting event ... ... let's enjoy we treat the picture ...


To dry the batik colors take a day...so the next day ready to take the box...




Pemenang kanak-kanak terkejut aku bila NurDiniSorfina yang menang...sebab yang buat pemilihan ini dari orang batik itu sendiri...
Tapi yang sedihnya Akalili lah...Lili sedih bangat sebab tidak menang sampai menangis gitu...aku pun sedih tapi aku tak menangis depan dia mestilah aku kena bagi semangat kat Lili...
Dan yang bestnya Sorfina bila tengok kakak dia nangis dia boleh tenangkan kakak dia... "akak jangan nangis, nanti adik bagi sikit ni..." Ya Allah masa aku dengar tu sayu jea aku rasa sebab dalam umur Sorfina yang baru 2 tahun 7 bulan tu da boleh cakap macam itu dan cool kan kakak dia...
Ummi proud of you NurDiniSorfina...same too you NurAkaliliHanis...
Love both of you...




Thursday, 11 March 2010

tak aci betoi la......

Huuuuhuuu...menci...menci...masa aku study dulu sport ini tak pula aktif...aku pun sibuklah main hoki sebab tak syok rasanya tak beraktiviti waktu-waktu terluang itu...dan ahad lepas hubby lah sibuk nak tengok polisas...ialah tempat hubby duk sibuk hantar dan jemput aku masa study duloo dulooo...tengok-tengok ada budak-budak ni tengah syokk berlatih...ohh terasa sedikit kucewa akak...ehemm...ehemm...

Berbalik dengan sukan yang aku suka sangat ini...sofball adalah satu permainan kesukaan aku masa school dulu...uhh rindunya aku pada waktu-waktu dulu...aku sempat main 2 tahun sahaja. Form 3 dan form 4. Sempat wakil daerah ke sek Clifford Kuala Lipis...yang aku ingat budak melayu perempuan 4 or 5 orang jea termasuk aku yang lain semua chinese girl...kalau lelaki memang ramai melayulah...seronok juga bila teringat kisah-kisah lama ini...

terima kasih to my hubby sebab bawak aku jalan-jalan to flash back our memories....;)


Wednesday, 10 March 2010

rubik's cube.......dough........



Erm minggu lepas sibuk mencari rubik's cube nie lah pula. Mulanya Akalili yang sibuk nak main benda nie. Akalili beli di kedai area rumah itu jea yang kecik kecik sahaja and last dia punya abah pula yang sibuk mencari dan berusaha gigih untuk belajar menyelesaikan masalah rubik's cube ini. Punyalah banyak tempat aku cari rubik's cube ini lastly hubby search dan ianya hanya ada di TOYS'R'US seperti yang hubby search...so semalam kami ke Midvalley untuk cari cube itu...Now hubby sibuk nak ajar Akalili buat menda ini sebab dia terujalah kot ada budak dalam usia 3 tahun sudah boleh settlekan problem rubik's cube ini. Dan semalam malam aku sibuk tengah iron baju sesambil itu hubby cakap..."nanti abang ajar mar buat nie ye..." siap tunjuk kat aku cara-cara dan sebutan-sebutan note untuk settlekan sampai anak aku Akalili pun sudah pandai sebut note yang digunakan...erm aku angguk jelah sebab niat murni hubby aku itu nak mengajar aku permainan IQ sebabnya aku paling tak suka permainan IQ nie...last permainan IQ yang aku selalu main ngan hubby adalah chess lepas itu aku da syok ngan game aku sendiri...hehehe....sekali-sekala aku layan gak IQ game ni tapi kalau nak focus bab-bab IQ nie aku kureng sikit...hehehe...

--- Akalili pula menambah koleksi dough pula ---

Setelah penat berjalan kami ke KFC untuk mengisi perut yang tengah berkeroncong...asyik sibuk mencari rubik's cube itu lupa nak isi perut...ok kita makan duluu....erm ini adalah salah satu aktiviti Akalili apabila masuk KFC atau Mc D....

Monday, 1 December 2008

Story kelmarin dan kelmarin...

Jumaat hari tu lepas hubby jemput...kami terus gi makan kat luar jer...bila tanya hubby nape tak bawak anak2 join skali....hubby cakap da lama kita tak berdua2an so apa salahnya kita berdua je utk hari ini...so aku iya kan jer...memang da lama betul kami tak berdua-dua je sejak ada anak2 nie... syokkk jugak ek...bila dah berdua dua nie...teringat macam tengah bercinta jer...lewat jugak la kami balik...sampai ambil anak2 siapkan ape2 yang patut dan bagi makan...kemas2 aku pun da penat so nak rehat la...aku bawak dini duduk baring2 dlm bilik...hubby n lili pun nak join gak...tak pe lah...tapi rupa2nyer kami empat beranak da tetido awal....nasib la dalam 3.45 am macam tu hubby kejutkan aku utk solat isyak...then sambung tidur semula...
Iyalah sudah bangun tengah-tengah pagi nak tidur semula itu agak susah sikit duduk terkebil-kebil  jugalah nak tidur semula tapi bila sudah tidur...erm nasiblah ya Allah Engkau kejutkan hubby kalo tak sedap la kami tdo sampai ke pagi gaknyer....bila da siap solat aku pun sambung tdo sbb terlalu awal pulak aku nak memulakan aktiviti utk hari sabtu...bestttnyer tidooo...

29.11.2008

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD YAMIN...SEMOGA PANJANG UMUR, MURAH REZEKI DAN SENTIASA BERADA DIBAWAH PELINDUNGANNYA...

SABTU - 29.11.2008

pagi nie aku ingat nak berehat di rumah je...lepas subuh tadi aku dah memulakan aktiviti membasuh baju yg dibasuh oleh mesin...siapkan sarapan...since lili da tukar menu....dari mee goreng udang kepada kueh teow goreng udang so aku masak kueh teow goreng udang je lah... sebab bila aku masak yang lain lili akan minta kueh teow...kalo masak yg lain sure lili tak akan makan...kesian pulak anak aku nanti...menu aku sekarang berpandukan selera lili lah sejak die da pandai bab makan-makan nie...
da siap masak...da siap makan...mesin aku masih berputar...ape citer nie...banyak rupenye baju kami sekeluarga nie...my hubby da bising asyik basuh baju je...nak kluar tak kluar kluar lagi... lagi pun aku memang malas sungguh keluar hari nie...memang nak tido je rasa kalo dapat la kan...lastly kena kluar gak...12 lebih macam tu...sume da duduk dalam kereta tunggu aku siap...so aku kena la bersiap jugak...uhwwss...tak dapat tido...
rupanya hubby da plan nak gi Pusat Sains Negara...nak jadi saintis ke ape aku pun tak tau...ikutkan je lah...

PUSAT SAINS NEGARA
Banyak menda menda yang dapat kita pelajari disana...Akalili paling suka sekali dapat belajar macam-macam...dalam keadaan lili yang suka mencuba itu dan ini...tak sia-sialah my hubby bawa kami kesana...satu part tu aku paling seronok...part timbang2 nie...kalo aku berada di planet pluto berat aku hanya 4kg...oh biar betul...ringan bangat...yang paling berat apabila kita berada di matahari...my hubby asyik betul melayan lili mencuba menda kat situ...ada juga show ujikaji dibuat semasa kami dtg...sungguh seronok...sesiapa yg sukakan subjek ssains memang sesuai la dtg utk mengetahui lagi ilmu sains...aku juga suka pergi kat PSN ni sbb keperluan yg disediakan sgt bagus...tempat makan, kedai2 cenderahati, bilik solat turut disediakan...petang baru kami gerak balik dari PSN...on the way balik kami singgah utk makan...lapornyerr...aku n my hubby makan nasi...lili jer makan roti canai...suka pulak die makan roti canai...dini cuma minum susu jer...
smpi rumah malam kami siap2 nak rehat jer...penatnyer aku rasa...semua tido awal...

30.11.2008

Aku da bangun pagi macam biasa...tapi my hubby bangun awal jugak...kenapa nie...nak keluar lagi ker...pening da aku pikir...aku baru nak rehat2 je kat rumah hari nie...ohh tidakkkk...aku da kena siap2 kan anak2 serta aku sendiri utk keluar lebih awal...tak dapat tido lagi hari nie... kami breakfast kat luar hari nie...lepas tu terus my hubby cakap jommm...kita pergi timesquare...kita main COSMO'S WORLD THEME PARK....aku da kata mesti my hubby nak pergi sana jugak...sbb masa dekat Pusat Sains Negara tu hubby ada cakap nak pergi main kat tempat nie...kebetulan dapat 15% diskaun utk 2 org...
yang pasti semalam aku tak naik satu pun permainan kat situ...cukuplah aku da terkena masa di Taman Tema Genting dulu....aku naik salero sampai nangis2...masa tu baru2 kawin konon pergi jalan kat sana...my hubby ajak naik so naik la...ambik kau menangis aku kat atas tu...da turun pun aku nangis lagi...

Dari pukul 12 sampai 3lebih baru keluar dari theme park...seronok betul anak mereka main kat dalam tu...aku just jaga dini je la...n naik yang boleh bawa dini skali je...lepas keluar tu pening juga cari tempat solat sebab tak pernah solat kat timesquare lagikan so kena tanya pengawal kat situ...da settle sume kami keluar dan kebuluran mencari tempat makan...ingat nak makan pizza...x boleh kot mesti kena tunggu lama je nanti...so makan kat mc donald je...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails