Thursday, 9 May 2013

Let's Bowling.....

Salam pagi Khamis....

Hari ini nak cerita pasal bowling. Bulan lepas En. Muz sibuk nak cari bola bowling. Macam biasa tempat yang selalu ermmm tidaklah selalu pun nak bermain bowlingnya. Tapi kalau nak berbowling memang kami akan ke Brem Mall Kepong, dekat dengan rumah jugalah.

So kami cari bola bowling disana sahaja. Uncle tuan punya kedai tu bagus. Bila tanya semua dia cerita. So senanglah En. Muz nak cari bola yang sesuai untuk orang sepertinya yang baru nak menempatkan diri dalam dunia bowling ini. Dan dan kami sekeluarga kena ikut aktiviti itu. Nasiblah memang anak-anak ok jea boleh join sekali.

Uncle tu nak tebuk lubang.

Puteri kesayangan saya.


Selepas seminggu Cyclone berehat so pada hari Jumaat 26 April 2013, En. Muz bawa kami sekeluarga untuk pergi bermain bowling. Ermm udah jadi aktiviti baru kami sekeluarga hihihi. Tapi malam tu selepas isyak punyalah ramai orang yang bermain. So kami kena tunggu turn lah. dalam setengah jam duduk dalam tu baru sampai turn kami. Siap dengan akalili sekali bermain. Guna bola paling ringan tapi saya masih rasa itu berat. Terpaksa Akalili gunakan kedua-dua tangan untuk melontarkan bola...ermmm sian anak ummi tapi memang dia yang bersemangat sangat nak bermain. Sama naik dengan En. Muz. Bola En. Muz lagi la berat 12kg. Saya guna sekali memang adehhh terasa lelah nak membaling bola tu tapi memang strike aka semua pin dijatuhkan pehh sekali tu jea la guna Cyclone En. Muz. Bola yang ringan pun saya boleh strike kan so buat apa nak ambil yang berat-berat gitu...sian tangan saya nie...hihihi







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails