Wednesday, 15 September 2010

kerja weh kerja...


Salam lebaran kepada semua...hari nie sudah enam hari kita menyambut hari raya aidilfitri 1431...pada mereka yang cuti-cuti lagi mesti seronok masih kunjung-mengunjung sanak saudara...aku nie sajalah yang sudah mula bekerja dari semalam lagi...tapi penat masih terasa....walaupun cuti raya aku agak singkat tetapi jadualnya agaklah padat dengan aktiviti...

Dua hari aku bekerja ini adalah agak lewat sedikit sahaja ya aku sampai ke office...bukan apa tidur dan bangun aku adalah tidak menentu so bila waktu sepatutnya aku bangun aku tidak terbangun...tapi tak lari jauh pun sebab itulah waktu sampai ke office pun tidaklah lari jauh bebenou...

Semalam aku breakfast dan lunch di luar dan hari ini aku breakfast berat terus sebab yang ringan-ringan sudah habis...so this lunch time aku lepak kat office jea lah malas da nak keluar sebab perut still full (full lah makan untuk breakfast saja pun sudah rm7 without air hari ini....giloo amattt padahal gulai telur dan ikan goreng yoo)...lagi pun kuih raya yang Kak Saluwa bagi ada so makan jea lah kuih raya kalau tidak tahun depan pun tak habis duk biar kat atas meja aku nie, terima kasih ya Kak...
Sebenarnya aku sudah plan nak masak jea pagi-pagi bawak datang opis tapi alahai...tak dapet nak tolong da asyik terbabas yoo...Nasiblah kat office nie kerja tak banyak sangat so aku buat lah slow slow...

Erm aku nak citer pasal raya pun tak da feel sebab semua gambar-gambar aku En Muz sudah transfer dalam note book dia kosong terus camera aku nie...adoiii...mesti dia lupa nak save dalam laptop or pendrive aku...

Esok cuti lagi...Satu Malaysia...dan kami adik beradik akan ke rumah pakcik aku kebetulan makcik aku dari pahang juga akan datang...dan kalau sempat mungkin akan ke Melaka kalau tidak mungkin pergi waktu cuti sabtu or ahad ke rumah TokCu aku...sebab wan aku sudah bagitahu suruh bawanya ke sana...beraya lagi esok...seronoknyerr...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails