Alhamdulillah pergi kerja macam biasa tidak hujan walaupun sebelum keluar rumah memang hujan lebat sungguh. Bila sudah sampai dalam setengah jam hujan turun lebat semula...Alhamdulillah kan Allah permudahkan segalanya. Syukur..
Ermm sudah dua tiga hari Maritza batuk teruk kadang-kadang sampai muntah. Tapi aktiviti Maritza masih berjalan seperti biasa. Huhhh akan masuk umur setahun enam bulan pada hari Khamis ini. Semoga Allah bagi kesihatan tubuh badan yang pada Maritza aamiin aamiin aamiin...
Aktivit Mairtza sekarang memang semakin lasak. Aktivitinya memang menguji kesabaran sungguh. Kadang-kadang tidak terkawal oleh saya perasaan kemarahan ini. Ohhh sedih kan kalau nak marah-marah anak kecil ini. Tapi apakan daya saya cuma manusia biasa.
Part makan alhamdulillah. Memang berselera sungguh. Semua yang saya makan pasti nak join sekali. Part mulut pula memang tak berhenti mengomel. Kadang tu saja dia menjerit-jerit riuh rumah. Tu yang kakak dia suka mengusik suka dengar dia menjerit comelll. Kalau berlari sekarang bukan main laju lagi. Sekarang pun sudah pandai nak melompat-lompat pula. Ermm memang ikut progress anak-anak sekecil ini progress Maritza berjalan dengan baik sekali. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Maritza sayang...
Nie memang port yang Maritza suka sangat main.
Saya cukup risau jika jari terapit di laci itu.
Maritza yang periang.
Part stokin pula.
Memang pantang jumpa stokin siapa sahaja mesti akan dipakai.
Ohhh anak sabor je kan...
Pampers kalau jumpa habis dimainnyer.
Kadang sampai rosak pelekat pampers tu.
Kan rugi tuh...huhuu
Tapi kalau sudah penat...terus tidur...
Kesian pula tengok dia...
Time ini memang asyik sangat mencium dan tenung Maritza.
Terima Kasih Allah atas nikmat yang Engkau berikan.
No comments:
Post a Comment