Tuesday, 27 August 2013

Raya Lagi...

Salam pagi Selasa...

Alhamdulillah dengan izinNya saya berhari raya lagi hari ini.
Yeahh seronok hari ini raya yek...
Semalam last saya berpuasa sunat enam.
Kebetulan di pejabat saya ada buat makan-makan sikit.
Sempena merasmikan bilik baru...hihihi
Alhamdulillah kenyang...

Malam tadi saya membakar kek.
Dan yang paling suka adalah anak-anak.
Bila cakap nak masak kek marble...
Amboiii bukan main masing sibuk masing-masing ke dapur dulu dari ummi..
Masing nak menolong...yang best Maritza membontot jer kakak-kakaknya..
Masa buat tu udah berebut masing nak putar...
Sudahnya bertukar kejap KakLong putar lepas tu KakNgah pula...
Maritza pula sibuk duduk atas kerusi, tengok gelagat kakak-kakaknya..

 Siap untuk dimasak.

 Panas-panas terus potong.
I like.

Sudah tinggal setengah malam tadi.

Pagi tadi saya bekalkan kek ini ke Akalili.
Malam tadi masa tengah membancuh kek ni awal-awal Akalili cakap nak bawa bekal kek ni ke sekolah.
Akalili memang suka benor kalau saya buat kek marble nie. So saya bekalkan lebih untuk Akalili dan kawan-kawan.




Monday, 26 August 2013

Mengimbau kenangan Raya 2013

Salam petang Isnin.

Pergghh tajuk tak boleh blah kan...Ermm sekarang barulah ada masa sikit nak berblgging kalo tak intai-intai gitu jer. BW pun susah. Setelah habis bercuti raya hari tu naik kerja terus sibuk nak buat persiapan Majlis Sambutan Raya 2013 CPUM pulak. Group saya terlibat dengan deco so haruslah sebelum cuti lagi sudah buat persiapan. So naik kerja nanti tidaklah kelam kabut sangat. Tapi bila naik lagi banyak pula kerja mendeco saya dan group nak buat. Hinggalah rabu lepas semuanya settle...mood happy sangat...penatt sangat-sangat.. erm nenantilah citer pasal Raya 2013 CPUM saya itu.

Now nak story pasal raya saya dan family. Tahun ini balik ke Kuala Pilah dulu. Seronoknyer...Yup dua-dua sama ada turn rumah saya or en.suami kami memang enjoy jer. Yelah dua-dua nak berkumpul ramai-ramai sapa tak suka. Lama tak jumpa bila jumpa riuh satu rumah.

Wajah-wajah kesayangan saya.

Bersama ibu mentuaku.

 Girls time...
Tidak semua juga ada.
Ateh family & Pokde family tiada.

Di pagi raya saya sempat ke surau yang berdekatan dengan rumah untuk Solat Sunat Aidilfitri. Masa tu Maritza masih tidur...huhuhu mungkin sebab lewat sangat tidur masa malam raya tu so sudah terlajak gitu tidurnya. Selepas balik dari surau Maritza sudah jaga tapi dia ok sahaja...good girl tidak meragam pun...seronok ramai sepupu-sepupu yang melayan dia.

Wajah-wajah kesayangan saya.
Maritza suka sangat sampai luka bibir mulut tu terjatuh.
Alhamdulillah syukurlah Maritza boleh tahan kejap jer nangis nyer..

Selepas bersalaman semua ke bandar Kuala Pilah untuk acara bergambar pula. Tahun ini en.suami sponser untuk gambar. Terima kasih sayang. Tapi kalau ada lagi dua keluarga mesti best semua family ada. InshaAllah semoga Allah permudahkan suatu hari nanti.

Opsss sudah jam 4.30 petang. Saya berhenti disini dulu nak balik awal. Nanti sambung lagi pasal raya saya.




Friday, 23 August 2013

Hukum Puasa Ganti Pada Hari Jumaat.

Salam pagi Jumaat...
Salam 16 Syawal 1434...

Hari ini bangun sahur hujan turun dengan lebat sungguh.
Lama sungguh pagi ini hujan. Alhamdulillah hujan rahmat..
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan puasa ganti pada hari Jumaat.

Ditegah berpuasa sunat hari Jumaat kecuali orang yang biasa berpuasa (macam puasa Nabi Daud sehari puasa sehari berbuka) atau yang biasa berpuasa pada pertengahan bulan hijrah.  Puasa ganti ramadhan TIDAK di tegah.

Hari Jumaat disunatkan melakukan amalan-amalan Soleh (seperti berselawat), akan tetapi mengkhususkan hari jumaat untuk berqiam al-lail dan juga berpuasa adalah ditegah. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda :

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ

"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk Qiam Al-Lail dari malam yg lain, dan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari yang lain, melainkan telah biasa berpuasa salah seorang dari kamu" - [Hadith Riwayat Muslim #1144].

Al-San'aani menjelaskan (didalam Subul al-Salaam) :

الحديث دليل على تحريم تخصيص ليلة الجمعة بالعبادة، وتلاوة غير معتادة إلا ما ورد به النص على ذلك كقراءة سورة الكهف .

"hadith ini menunjukkan haram mengkhususkan hari Jumaat untuk beribadat atau membaca Al-Quran yang bukannya amalan kebiasaan seseorang, selain dari mana yang telah diajarkan, seperti membaca surat al-Kahf."

Kata Al-Nawawi pula:

وَفِي هَذَا الْحَدِيث النَّهْي الصَّرِيح عَنْ تَخْصِيص لَيْلَة الْجُمُعَة بِصَلاةٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِيِ , وَيَوْمِهَا بِصَوْمٍ. وَهَذَا مُتَّفَقٌ عَلَى كَرَاهِيَته

"Hadith ini jelas menunjukkan haram mengkhususkan malam Jumaat untuk solat atau siang harinya berpuasa. Telag dipersetujui bahawa hukumnya MAKRUH"

Beliau mengatakan bahawa hari Jumaat ialah hari berdo'a, zikir, beribadat seperti ; mandi, pergi ke masjis awal, mendengar khutbah dan mengingat Allah banyak-banyak selepasnya sebagaimana yang dinyatakan didalam surah Al-jum'ah 62:10.

Shikeh Al-Islam, Ibn Taimiyah berkata :

إن السنة مضت بكراهة إفراد رجب بالصوم ، وكراهة إفراد يوم الجمعة ..

"Sunnah mengatakan adalah makruh mengkhususkan satu hari berpuasa didalam bulan Rejab, dan Makruh mengkhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat" - [al-Fataawa al-Kubra, 6/180]

Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Ibn Utsaimin berkata :

وأما الجمعة فلا يُسنّ صوم يومها ، ويُكره أن يفرد صومه

"Bagi hari Jumaat, bukanlah sunat berpuasa pada hari itu, dan hukumnya MAKRUH berpuasa satu hari" - [al-Sharh Al-Mumti' 6/465]

Dari Hadith dan pandangan ulama'-ulama' ini, menunjukkan bahawa adalah makruh berpausa 1 hari atau dikhususkan berpuasa satu hari pada hari Jumaat. Yang dimaksudkan berpuasa itu merujuk kepada puasa sunat. Mereka yang melakukan puasa Qadha' Ramadhan dikecualikan dari tegahan ini. Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Al-Lajnah Al-Daa'imah Arab Saudi :-

فيجوز للمسلم أن يصوم يوم الجمعة قضاء عن يوم رمضان ولو منفرداً

"Dibenarkan bagi seseorang Islam berpuasa pada hari Jumaat bagi mengqadha' puasa Ramadhan walaupun berpuasa 1 hari" - [Al-Lajnah Al-Daa'imah, 10/347].

Kesimpulannya, mengkhususkan melakukan puasa sunat atau Solat malam pada hari Jumaat adalah perkara yang ditegah, kecuali bagi mereka yang sentiasa melakukan amalan tersebut, seperti kebiasaan berpuasa dipertegahan bulan hijrah yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat. Bagi mereka yang melakukan qadha' puasa Ramadhan, tidaklah ditegah melakukan puasa dihari tersebut. wallahu 'alam.

wassalam
===============
Rujukan :

1] Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 10. cetakan ke 3. Riyad : dar Al-Mua'yad, 2000.


p/s: Jika ada salah silap saya tentang info ini sila kongsi pandangan anda. Sharing is caring...



Tuesday, 13 August 2013

Raya semalam dan kerja kembali hari ini...

Salam 6 Syawal.

Hari ini saya sudah kembali bekerja. Sungguh dijalan masih tidak sibuk lagi. So saya bersenang lenang di atas jalan raya. Tiba-tiba...alamak minyak habis...erm ini adik la guna semalam..pandai bawa jer kan tak tengok pun minyak ada ke tidak..Sudahnya menyinggah lea juga mengisi minyak..Sudah makan masa disitu dan akibatnya saya sampai di pejabat sudah lebih dari 7.30 am....

Di pejabat masih ramai yang bercuti. Saya memang cuti sampai semalam sahaja. Kantin di bawah pun semuanya masih tutup. Terpaksalah kami yang dua tiga orang ini cari pakcik driver bawa kami ke tempat makan diluar.

Punyalah pusing-pusing...lastly makan di KL Festival di area danau kota. Ada satu kedai melayu yang buka. Kalau kedai mamak memang banyaklah tapi saya sudah STOP makan di kedai mamak sajak 6 tahun yang lalu. Kebetulan yang lain pun kureng layan mamak style...Jauh tu kami makan pagi...adehh jalan-jalan cari makan kami hari ini...harap esok sudah buka kantin dibawah...

Semalam punya penat tak habis lagi tapi datang juga kerja sebab cuti tidak banyak.. Semalam seharian di rumah mengemas sambil memasak. Mulanya hanya nak masak masakan request dari en suami. Penyudahnya masak banyak sekali siap jemput adik beradik semua datang dan jiran sebelah sekali join.

Menu semalam laksa dan lontong. Sambil mendobi sambil memasak. Layannn....petang lepas asar semua sampai...Terus makan...Layan sampai malam...Pehh penat tapi puas jumpa adik beradik...

















Thursday, 8 August 2013

Selamat Hari Raya......

Salam pagi Syawal...

Alhamdulillah syukur dengan izin ALLAH pagi ini saya dan keluarga dapat menyambut Aidilfitri bersama...

Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di Syawal ini....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI &
MAAF ZAHIR & BATIN...

Monday, 5 August 2013

Salam 27 Ramadhan 1434

Assalam...
Alhamdulillah sudah hari ke 27 kita semua berpuasa.
Peh baru ada semangat nak menulis. Kalau tidak ermm mood ke laut sokmo.
Nak nak now busy dengan persiapan raya di bahagian pejabat saya ini.

Huhuu hari ini semua orang sudah balik ke kampung masing-masing. Jalan lengang sungguh.
Tapi saya masih sini bekerja dan akan bekerja juga esok.
Tapi yang pasti esok saya separuh hari sahaja. Dan sudah inform my bos awal-awal.
Nak ambil cuti en.suami kerja lagi so baik saya kerja.
Cuti pun tidak banyak.

Semangat nak balik kampung. Hari Ahad malam tu saya sudah siapkan beg pakaian untuk dibawa pulang ke kampung. Yang dalam beg dalam beg lah. Yang bergantung pun sudah siap bergantung.
InshaAllah esok petang pulang ke kampung...

Alhamdulillah walau banyak dugaan di bulan mulia ini saya patut bersyukur Allah permudahkan segalanya. Terima kasih ALLAH....

Ramadhan kali ini banyak kenangan buat saya dan keluarga.
Semoga apa yang kami lalui ini dapat mendekatkan diri kami dan keluarga kepadaNya.
Aamiin aamiin aamiin...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails