Entahlah...malam nie aku rasa susah nak tidur rasa sangat sedih atau terkilan pun ada...aku tak faham kehendak manusia ini...baik yang kita buat tetap buruk perbualannya kalau buruk yang kita buat pasti lagi meriah perbualannya mengenai kita....aku kadang-kadang bosan dengan semua ini...sebab itu sudah lama rasanya aku nak ambil tahu pasal keluarga aku kecuali mak dan adik beradik aku sahaja...kalau tidak dulu aku selalu juga tanya kabar pasal makcik pakcik aku tetapi semenjak dua menjak ini malas aku nak fikir pasal orang lain dah...penat rasanya...
Perbualan petang tadi lagi membuatkan aku menjadi sangat terkilan...kalau nak suruh aku balas budi setiap orang yang berbudi dengan aku ini rasanya sudah terlebih budi aku ini dari budi orang itu...cuma aku bukan jenis yang suka bercerita sahaja...so kalau tak tahu cerita jangan cakap sebarangan nanti diri sendiri kena balik baru senyap seribu bahasa...aku memang cukup bosan orang macam ini...ada ke patut sebab budinya yang sikit aku kena berbudi seumur hidup...ingat aku takde kerja lain kea...orang lain berbudi juga tapi tak pula begitu...sungguh aku tak faham.....hati aku memang sedih sikit mengenangkan semua ini...masalah yang aku kena tanggung bertahun-tahun ini ada engkau ambil kisah...aku senyap jea takde siapa pun tahu aku tolong engkau...lagipun kita nak tolong biar ikhlas tak ikhlas pun diam jea tak perlu nak pergi menjaja kat orang sana sini...
No comments:
Post a Comment