Minggu lepas sudah plan nak balik Bentong hari Jumaat nya tetapi hubby sibuk pula dengan kerja so hari Sabtu baru gerak. Tetapi plan sudah berubah sedikit sebab kami nak jumpa Umi dan ayah dulu yang ada di Temerloh sebab kami semua rindu sangat pada mereka.
Sampai di Temerloh pun sudah tengahari aku pun saja cakap ngan hubby kalau lunch Tempoyak Ikan Patin nie pun sodap...lagipun aku tak bagitau pun my SIL yang kami nak datang sana...so malas nak susahkan mereka. DAN hubby terus bawa kami makan kat tempat biasa hubby makan...memang ramai sungguh orang makan kat kedai ikan patin ini...dan yang hubby suka di kedai ini ialah air Jagungnya, aku pun pertama kali rasa ermmm sodapp tapi air jagung aku tak sempat nak snap gambornya sebab sampai masa tengah makan so alhamdulillah jea lea... Lepas makan baru pergi rumah Along....
Masa sampai pun rupanya Along tengah siap-siap nak makan...lauk pun sodap tapi tak dapek nak nolong da kenyang...Bismillah jea lea...petang itu lepas settle perkara nak buat hubby terus ajak balik Bentong aku ikut jea...
Seronok dua beradik tu dapat jumpa sepupu-sepupunya....
So aku bermalam di Bentong. Rindunya tilam dan bantal di kampung dan suasana sejuknya....tak payah aku nak tidur dalam bilik yang ber'accond' itu...suasana kampung sudah buat aku sejuk sampai ke tulang nak mandi pagi??? lagilah fikir dua tiga kali tapi sekarang Uwan aku sudah tambah satu bilik air yang ada pasang paip utk air panas oklah kalau terpaksa mandi...heheheh....
Anak-anak kecil ini lagilah seronok dapat balik rumah Onyang sebab dapat main sana sini...
Masa adik aku bawa balik pokok ini kecil lagi sekarang sudah besar sampai macam ini sekali aku tengok... Tak silap aku nama pokok ini pokok Tanduk Rusa, apa orang lain panggil aku tak tahulah aku panggil macam itu sebab yang jurai-jurai itu nampak macam tanduk rusa kot... tapi memang senang jea nak jaga...Uwan aku just tumpangkan pokok ini di pokok rambutan sampai la nie pokok ini hidup lagi...
*** sekarang aku sudah lega sikit bila aku sudah luahkan rasa sedih aku pada makcik aku on the phone...
No comments:
Post a Comment