Friday, 30 July 2010

site visit at Pangkor...and Sitiawan....

Erm citer da lama baru aku nak cerita bukan apa lately aku sangat malas nak mengadap komputer...dan banyak kerja-kerja kursus yang aku perlu settlekan...

Pada 18hb hingga 20hb minggu lepas aku ada lawatan tapak di Perak destinasinya adalah di Pulau Pangkor dan Sitiawan. Dua-dua tempat ini adalah kawasan lapangan terbang tetapi bukanlah lapangan terbang besar so ia hanya dipanggil Padang Terbang Pulau Pangkor yang digunakan oleh Berjaya Air... 
  
Airport staff and PWD staff...

Runway....tidak lea panjang macam airport yang lain2...
Bangunan arrival and departure...Kayu baik punya...

perbincangan sedang dijalankan...kikiki...









 DAN Padang Terbang Sitiawan...tapi di Sitiawan hanya tinggal nama dan padangnya sahaja. Tempatnya pun sudah jadi tempat angkatan-angkatan lain untuk melakukan aktiviti masing-masing...Masa kami pergi tengok padang kat sitiawan itu ada Navy kot tengok buat program terjun-terjun dari helikopter nie...tapi kami tak sempatlah tengok mereka terjum sebab lewat sangat dan ada lagi tempat yang kami nak pergi tengok...mari kita lihat Padang Terbang Sitiawan...

Wing shock pun hancur...

 Heli yang digunakan oleh Navy utk penerjunan...

 Baru sampai dan tgh tggu org DCA Ipoh...

 Mereka yang sibuk dgn program penerjunan...

 Hanya tinggal tapak...

 DAN

Aktiviti makan besar sudah pasti...tq bos for open table...



suatu petang di Teluk Batik...

Ahaa...tengok la anak2 kecil teruja melihat pantai...

Anak-anak comel...

Amboi-amboi siap berposing lagi masing2...

Tuesday, 27 July 2010

Permintaan mak buyung...

Gulai Lemak Ketam

Disebabkan ada orang mengidam nak makan gulai lemak ketam so Ahad lepas aku masakkanlah untuk mak muyung sorang ini. Adik aku yang tengah pregnant empat bulan itu mengidam pulak nak makan gulai lemak ketam yang KakLong dia nie buatkan. Memang pekat dan agak pedas aku masakkan untuk adik aku. Itupun dia cakap tak pedas lagi.

Mee Goreng Basah

Petangnya pula aku masak mee goreng basah sebab adik aku kata dia masak hari itu tak sama macam aku buat...erm macam-macam ...so aku masakkanlah juga.


Hadiri Jemputan

 Kad Jemputan

  Buat muka tebal jea lah sebab Akalili nak sangat duduk kat atas nie...

Sabtu lepas aku hadiri kenduri di Komplek Sukan Desa Tasik. Asalnya pergi konvoi ramai-ramai dengan officemate lastly aku satu family sahaja yang pergi dan sampai juga agak lewat so tak jumpalah kawan-kawan yang lain. Selepas habis makan semua Akalili sibuk nak bergambar kat atas pelamin itu. Aku punyalah malas sebab dalam dewan orang memang ramai tapi kawan aku pun beria0ria suruh aku ambil gambar kat atas so layan sahajalah keinginan Akalili. En Muz aku ajak sudah macam segan-segan gitu so aku tak lah paksa sebab En Muz memang pemalu orangnya...hikhikhik...

Lepas aktiviti jemputan itu En Muz tanya aku nak pergi mana lagi aku pun macam ermmm...ingat nak shopping barang-barang dapur tapi balik dululah tukar baju bagai...tapi En Muz kata terus pergi sajalah tak perlu nak balik tukar baju...erm aku apa lagi, kalau macam itu aku ajak En Muz pergi Tesco Ampang. Punyalah ramai orang. Tapi memang tak puas beli barang di sana banyak barang dapur aku nak tidak ada.

Friday, 23 July 2010

Lunch Together

 Hiii...saya NurDiniSorfina...

 Alamak salah order pulak...

 Saya nie pemalu orangnya...

 Lambatnya lapor da nie...

 Ini ummi Sorfina...

 Dan yang hujung tulah KakLong Sorfina...

Seronoknya kalau dapat keluar lunch together gether setiap hari macam nie...tapi masing-masing punya tanggungjawab. Bila En Muz cuti sahaja dapat nak keluar lunch bersama macam nie. Ermm seronok kami lunch di The Mall...

Wednesday, 21 July 2010

Durian time...

Seronok makan durian beramai-ramai...

 Memang fav Sorfina durian nie adalah 2 ulas dia makan...
Memang comot sungguh...siap kena mandi sekali lagilah...

Malam Ahad itu kebetulan di Manjung ada pasar malam, En Muz tanya kot-kot la ada durian tiba-tiba terungin nak makan durian lak. My SIL kata memang selalunya ada...so malam tu adik En Muz bawa kami ke sana mencari durian...Alhamdulillah dapat tapi yang timbanglah...dalam 5 biji kami beli...malam itu juga kami habiskan semua...sodappp sungguh lemak berkrim hingga menjilat jarilah layan...hehehe...


 

KERJA

Hari ini aku sudah masuk office semula. Dari hari Ahad hingga semalam aku outstation ke Perak. Outstation kali ini seronok En Muz dan anak-anak pergi sekali. Pagi ahad, tak la juga paginya sebab kami singgah merata di Kuala Lumpur so agak tengahari juga la baru naik highway ke Perak. Aku ada kerja di Perak pada hari Isnin dan Selasa so En Muz berbesar hati nak join sekali sambil cuti-cuti Malaysia...hehehe...seronok.....kami bermalam di Manjung rumah kakak En Muz.

Sudah nak masuk Manjung tiba2 si kenik nie meragam nak kat abanhnya.

Suka hati dapat duduk kat tempat pemandu...macam2...

Thursday, 15 July 2010

Jamu selera

Sup ayam bersama sayur-sayuran...
Mee hoon yang siap di celur...
Lada kicap...memang podeh sungguh tapi ummhhh...

Alhamdulillah hari Isnin bersamaan 1 Sya'aban 1431H baru ini kami berbuka puasa dengan Mee Hoon Sup. Permulaan bulan Sya'aban yang baik. Semoga puasa akan datang di permudahkan olehNYA...

Bubur Labu...Waaalaaaa......

Tidak ketinggalan juga pencuci mulut tapi aku makan lepas solat Isyak sambil-sambil menonton TV jea...yang syokkk sejuk sebab simpan dalam peti sejuk...waalaaa....

Pada bulan Rejap hari itu juga sempat aku puasa beberapa hari tapi tidak berkesempatan sangat untuk memasak-masak apa yang teringin nak dimakan...cuma yang sempat aku masak adalah mee goreng basah dan teringin nak makan bubur pulut hitam, yang lain-lain sempoi dan kebetulan masa itu Sorfina tidak sihat so asyik membeli lauk sahajalah.

Mee goreng basah...besttt rasa nak buat lagi...

Bubur pulut hitam nak buat malas so beli jea lah...


Tuesday, 13 July 2010

Sup Daging

 

Memang sakit-sakit ini Akalili agak berselera...tapi seleranya hanya pada sup sahaja. Semalam tiba-tiba Akalili nak makan sup daging..Nak masak memang bukan masanyalah jadi aku minta hubby carikan sup daging...Alhamdulillah dapat juga...Sup campur daging dan tulang...bukan beli di tempat biasa tapi sedap dan harga untuk satu mangguk besar ini rm5 juga banyak, puaslah makan dua beranak tu...

My Precious



Sampai pagi tadi di office baru aku perasaan ada sesuatu yang aku jaga sudah di berjaga...sedih aku tengok daun sudah kuning gitu...macam manalah aku boleh lupakan pokok-pokok comel aku itu...terus aku bawa pokok-pokok itu ke pantry cuci apa yang patut dan mandikan sekali...serta tukar air yang baru...lalai sungguh aku...macam manalah nak tambah yang lain yang dua ini pun aku tak dapat nak jaga...aduhaiii...

Monday, 12 July 2010

Gangster Rock

Semalam aku duduk dirumah bersama family sahaja. Lepas lunch petang tu hubby ajak aku layan cerita cina best katanya...erm nak ikutkan memang da lama betul aku tinggalkan saat-saat bersama melayan cerita-cerita begini. Kalau tidak memang pantang cuti mesti layan cerita cina atau korea bersama tapi semenjak ada anak dan kerja hubby yang agak tidak menentu itu semua macam tinggal kenangan dan tak sangka semalam hubby tiba-tiba hubby sudah siap download dan bagitau aku untuk layan cerita itu. Dan syoknya hubby bagitau nanti-nanti akan downloadkan juga cerita-cerita korea yang best..besttt...ohhh aku suka sangattttt...
 
Macam biasalah waktu petang-petang dengan cuaca yang redup dan angin sepoi-sepoi bahasa  mesti Akalili dan Sorfina akan tidur dan selepas mereka tidur aku pun layan la movie Gangster Rock nie...memang kelakar cerita nie dan tak kurang sedihnya...Hampir 2 jam gak la layan...Kejap kejap stop buat air la...angkat baju kat ampaian la...macam-macam...tapi aku seronok lepak-lepak sambil layan movie yang aku suka...

GANGSTER ROCK...

Sipnosis
A young gangster goes to a record company to collect debt and only finds out the owner has run away, leaving a rock band behind to take the fall. The gangster than takes over the business and only finds out the entertainment industry is more dangerous than the gang world…

Pesakit mengidam

Memang soodapp lemak berkrim sungguh...

Selera dengan raja buah tetap ada...hehehe...

Si kecil turut tidak lepaskan peluang...

Akalili teringin nak makan durian la pula. Nak buat macam manakan takkan aku nak balik Bentong untuk makan raja buah ini so semalam kami ke tempat yang menjual raja buah ini, dijual dengan harga timbang rm7 sekilo tapi akak tu bagi rm6 pada kami so sebiji itu berat da 2kg so rm12...tapi memang puas makan, isi tebal lemak berkrim sungguh...
Akalili dengan losyen yang bertompok-tompok memang layan sungguh makan. Sorfina memang sakan juga layan makan...seronok pula aku tengok dua beradik itu makan. Aku makan 3 ulas sudah tak boleh nak makan so selebihnya memang hubby yang habiskan...

Allah menduga

Itulah pun yang NurAkalili nak dan sekarang sudah dapat. Selagi tak dapat asyik cakap ada..dan ada di badannya...tup...tup...dua hari lepas memang nampak semuanya keluar...erm puaslah hati Akalili agaknya.

Sedihnya dia, di muka sahaja hampir semua tempat kena...

Sabtu lepas kebetulan memang nak ke Hospital Besar Kuala Lumpur so aku cakap dengan hubby untuk membawa Akalili jumpa doktor disana sahaja...Macam biasa ubat sapu losyen dan mandian juga ubat demam. 

Aku ke HKL Sabtu lepas kerana melawat nenek saudara aku (adik wan aku) yang berada di CCU. Sebelum itu lagi aku sudah pergi pada hari Selasa minggu lepas. Kebetulan hubby cuti so aku terus ajak hubby pergi HKL itu pun wan aku call bagitahu. Masa hari Selasa aku masuk tengok WanTam aku tu koma. Hari Sabtu sebelum ke HKL aku jemput wan aku di Pekeliling untuk pergi sekali ke HKL. Hari Sabtu lepas pula masa aku masuk bilik CCU tu WanTam aku sudah nazak. TokTam dan anak-anak semua tengah bacakan yasin. Sedih betul aku tengok keadaan WanTam aku tu sampai aku menitiskan airmata...itulah pertama kali aku tengok keadaan orang tengah nazak. Last aku call tanyakan wan aku pasal adiknya still keadaan macam itu...kejap reda kejap nazak...Allahhuakbar...Semoga ALLAH permudahkan segalanya untuk WanTam aku.

 

Sepanyol juara Piala Dunia 2010

ANDRES Iniesta (kiri) menjaringkan gol kemenangan Sepanyol, 
dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 FIFA 
di Stadium Soccer City, Johannesburg, awal pagi ini. - Foto Reuters

JOHANNESBURG: Sepanyol menjuarai Piala Dunia FIFA 2010 selepas menewaskan Belanda 1-0 pada perlawanan akhir di Soccer City sebentar tadi.

Gol kemenangan juara Eropah itu dijaringkan Andres Iniesta pada minit ke-116.

Finally.....WELL DONE.......

Quite disappointed...finally my favorite team was lose to go to final...but I'm still proud for them because can go until this match... Well done...Germany. .


PASUKAN Jerman meraikan kejayaan memenangi tempat ketiga Piala Dunia FIFA 2010 menentang Uruguay di Stadium Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. Jerman menang 3-2.

 

Nota poketku ~~ harap tahun 2014 German akan muncul JUARA...GO GERMANY GOOO...

Thursday, 8 July 2010


Memang suka betul anak dara aku sorang ini tidur begini...aku pula yang tidak selesa tengok tangannya yang tersepit kat belakang kepala...tapi itulah yang buat Sorfina selesa untuk tidur. Aku rasa aku tahu siapa yang suka tidur macam nie...erm mengikut sangatlah...


Alhamdulillah bekas-bekas parut CP Sorfina sudah nampak menghilangkan diri. So sekarang ini aku kena rajin-rajin sapukan losyen pada bekas parut itu sahaja.

German soccer team's Turkish star earns praise...

Today's Zaman   

ISTANBUL, July 8: German Chancellor Angela Merkel has praised German national football player Mesut Özil (pic), who is of Turkish descent, saying she had personally congratulated him for his good game after Tuesday’s match between Argentina and Germany.

Merkel shared her views on the player during a visit to an annual Medium Scale Enterprises Union event. The union is part of her Christian Democratic Union (CDU) party in Berlin. She enjoyed a Turkish döner at the Turkish Aydın Döner stand, cutting off her own portion from the rotisserie.

She engaged in a brief chat with Fikri Arslan, the owner of the Berlin restaurant Pamfilya, about football. Merkel said: “I really like Özil’s game. I congratulated him personally.”

In response to a comment from Arslan that the chancellor appeared to be very excited during and after the game, Merkel said there were few people nearby to share her happiness after Germany’s win because most South Africans supported Argentina.

The chancellor, who ordered green lettuce and onion with her döner, left the stand after finishing her meal. Speaking to journalists after Merkel’s lunch, Hanefi Aydın, owner of Aydın Döner, said döner has become an institution across Europe. “We can bring this further. We should stress quality and hygiene to improve döner even further,” he said.

Akhirnya memasak juga...

Minggu lepas memang seminggu jugalah aku tidak memasak. Tapau dari luar dan makan di rumah tau makan diluar sahaja...Wan dan emak aku pesan jangan memasak sangat kalau boleh lebih-lebih lagi yang goreng-goreng guna minyak ini sebab itu akan menyebabkan badan Sorfina lagi gatal dan miang-miang. Aku pun tak berapa pasti kenapa malas ak tanya lebih-lebih...

 Sup ikan merah...sedap ooo...

 Tang kepala lagi sedap manis...

 Petang ini nak masak mee goreng...teringin pula...

 Lately aku suka minum white coffee together...luv it...

Maka Ahad lepas la baru aku mula semula memasak...hehehe teringin nak makan Sup Ikan Merah so hari Sabtu petang hubby belikan seekor Ikan Merah yang pasti aku pesan ngan hubby supaya ikan merah itu siap-siap di siang dan di potong mudah sikit untuk aku masak nanti...Dan ahadnya aku masaklah...best betul layan pula dengan sambal goreng ikan bilis cili padi...erm sooodappp... bertambahlah makan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails