Friday, 26 August 2011

Salam Aidilfitri 2011


::: SeLaMaT Hari RaYa AiDiLFiTri :::
::: SeMoGa SeLaMaT PuLaNG & KeMBaLi Ke KeDiaMaN MaSiNG2 :::


Thursday, 25 August 2011

Our Small Celebration for Akalili

Salam 25 Ramadhan 1432h


Semalam genaplah Nur Akalili Hanis 6 tahun. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik buatnya. Walaupun di bulan puasa ini Akalili nampak semakin kurus. Habis semua seluarnya longgar alahai...
Akalili memang jenis yang kurang makan. Bila berpuasa lagilah kurang anak dara aku ini makan. Berbuka dan bersahur aku pun tak tahulah makanannya memang sungguh sungguh ala kadar sangat.

Tapi kalau masak apa yang diminta memang oklah dilayannya makanan itu kalau tidak berbuka dengan air dan murtabak saja. Sebab itulah hari-hari aku kena cari murtabak huhuhu...

Sahur pula Akalili layan roti dengan jem sekeping bersama air vico. Kadang-kadang nak minum air kosong sahaja...huhuhu mana la taknya semakin kurus. Orang nak diet pun tak sanggup aku rasa nak buat macam Akalili buat.

Berbeza dengan Dini yang seleranya semakin bertambah di bulan puasa. Waktu berbuka pun makan macam orang berbuka huhuhu.

Semalam plan nak berbuka di luar untuk celebrate birthday Akalili tapi bila fikir-fikir mesti sesak mana keadaan aku macam ini nak dengan nak solat lagi dalam waktu yang singkat itu.
Makanya kami bincang tapau kek dan beli nasi ayamas dengan seekor ayam percik...ermm ok juga kan semua sudah ada...balik tunggu berbuka sahaja..



 ::: Set Rasamas totally bill out rm64.70 :::

 ::: Ayam percik seekor :::

 :::Ayam blackpaper :::

::: Nasi Rasamas :::







Wednesday, 24 August 2011

Selamat Hari Lahir Sayang

SeLaMaT HaRi LaHiR
NUR AKALILI HANIS bt MUZLIENOR
24 Ogos 2005 @ Rabu
Jam 1139
Berat 2.8 kg

Semoga jadi anak yang solehah.
Berjaya di dunia dan di akhirat.
Sentiasa berada di bawah Rahmat ALLAH...
Amin...Amin...Amin...
Ummi sayang kamu sangat...sangat...




Monday, 22 August 2011

Otak-otak...

Salam 22 ramadhan 1432h.

Sedar tak sedar hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk semua umat islam akan menyambut Hari Raya...uhhh tak sabar kan. Nak balik kampung jumpa orang-orang tersayang..

Ermm berbalik pada tajuk aku kat atas itu kan. Tak sangka aku, anak dara sorang ini mengidamkan otak-otak. Alhamdulillah walaupun Akalili ada juga puasa yang tertinggal tapi semangat hendak berpuasa itu buatkan aku bangga. Dalam dua minggu sudah berpuasa tetiba Akalili nak makan otak-otak. Puncanya aku beli pulut panggang, oleh Akalili ingat itu otak-otak. Sian pulak aku tengok. Kebetulan ada satu petang itu tetiba rajin lak aku nak gi jalan-jalan ke pasar ramadhan. Terjumpa pula ada orang jual otak-otak ermm aku apa lagi terus teringatkan Akalili dan tanya makcik itu dari mana semua otak-otak itu, yelah aku ni cerewet sikit. Bila aku rasa ok terus aku beli. Time berbuka tu seronok Akalili dapat makan makanan yang diidamkan...

Hehehe...terasa kelakar pun ada anak dara aku ini. Boleh mengidamkan mengalahkan Ummi pula iya...

tq to en. google...



Wednesday, 17 August 2011

24 weeks @ 17 ramadhan

Salam 17 ramadhan 1432

Diam tak diam usia kandungan aku sudah 24 weeks dan hari ini juga sudah masuk hari ke 17 kita semua umat islam menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah bagi yang terbaik buat kita semua.

Alhamdulillah dengan izin Allah aku masih menunaikan ibadah ini walaupun ujian demi ujian Dia menduga. Alhamdulillah syukur juga aku sudah semakin baik. Lepas ini buat dressing sendiri tidak perlu ke klinik lagi. Dalam dua tiga hari ini juga Allah menduga aku dengan demam dan selsema yang agak teruk tapi semangat nak berpuasa itu buatkan aku kuat untuk teruskannya. Isnin baru ini demam selsema aku memang teruk betul. Aku keje separuh hari saja balik keje melepet nasib la makanan berbuka sudah siap terhidang. Best berbuka singgang ikan tenggiri + sambal bilis kering, pedas gitu kan. Lepas berbuka makan ubat dan lepas solat terus melepet semula. Sudah malam gitu baru aku bangun semula iron baju untuk hubby kerja esoknya dan baru tidur semula.

Dua minggu lepas aku ada check up usia kandungan aku 22 weeks tapi aku tak pergi, dua hari lepas itu baru aku pergi buat check up. Bukan apa masa itu bisul aku teruk so aku malas nak layan check up. Yang pasti aku tahu baby aku sihat dan ok. Pergerakan baby dalam perut pun sudah aktif. 

Cumanya masa check up itu paras darah hb aku sudah turun semula dari 11.3 turun ke 10.3 makanya aku kenalah makan iron tablets itu da biji semula kalau tidak cuma ambil satu biji saja...huhuhu...
Mana tak aku punya paras darah hb turun semula, aku banyak makan berpantang disebabkan bisul, lagi pula memang selera aku betul-betul down. Berbuka dan bersahur memang aku tak makan sangat.
Tapi sekarang alhamdulillah aku sudah mula berselera semula dan aku pun sudah kurangkan pantang sebab bisul aku semakin baik.

Lepas raya nanti next check up harap masa itu semua ok. Mudah-mudahan masa raya nanti aku sudah boleh makan apa saja.


::: Nota sedih :::
Ntah dapat ke tidak aku balik kampung tahun ini untuk beraya huhuhu...
Sedihnya bila semua orang sibuk duk citer pasal nak balik kampung...



Thursday, 11 August 2011

::: Pot Luck Lunch Party :::

Sudah lama baru nak ditulis disini. 
Yelah aku pun baru sihat dan baru ada mood sikit nak mengadap blog. 
Kisah pot luck BLT sempena menyambut ramadhan. Sangat meriah.


::: Buah-buahan segar :::

::: Lauk pauk yang dibawa :::

::: Sedang menjamu selera :::

::: Mak buyong sorang ni prepare satay :::

::: Secret Recipe Carrot Cake :::
::: Filled with grated carrots, walnuts and raisins, topped with cheese :::
 
 
 

Nasi Briyani

Alhamdulillah semalam 9 ramadhan aku masak nasi briyani dengan ayam kari saja.
Semalam memang simple saja. Sebab teringin nak makan pula.

::: Nasi Briyani :::

 ::: Kari Ayam :::

::: Nasi ini aku punya sambil suapkan Akalili :::
::: Nak manja-manja anak dara aku sorang tu :::




::: 6 ramadhan 1432 / Sabtu :::
Seronok berbuka puasa pada hari Sabtu lepas. Ramai datang berbuka di rumah. Adik-adik aku, wan dan pakcik aku pun ada. Menu aku pada hari itu gulai lemak masak ketam + ikan merah masak sambal (untuk orang berpantang ini) + kacang buncis goreng. Ada juga yang sponsor lauk ayam berempah, kepak ayam madu dan kuih muih.

::: 7 ramadhan 1432 / Ahad :::
::: Menu :::
Sup ikan merah
Sotong masak kicap
Bayam merah masak air
Tauhu cina sos tiram
Salad


::: Nota Kaki :::
pagi-pagi buat dressing,
petang-petang aku memasak.
Alhamdulillah semakin sembuh.



Wednesday, 10 August 2011

BiSuL...

Kisah aku dan bisul.

Tanpa aku sedar seminggu sebelum nak menjalani ibadah puasa aku dapat bisul. Ya Allah tempat yang sama lagi. Aku still buat buat cool malas nak fikir sangat lelama semakin teruk. Erm confirm aku rasa akan terjadi seperti yang lalu. Huhuhu pening kepala fikirkannya.

27hb & 28hb Julai 2011 aku dapat mc aku pergi Klinik Idzham.
29hb Julai 2011 aku masuk office sekejap nak settelkan apa yang patut. Then pergi follow up semula ke Klinik Idzham. Still tak boleh buat apa lagi dengan bisul aku.

Petang itu aku balik kampung. Malas nak fikir nanti lagi sakit kan. Aku just makan ubat yang doktor bagi. Sakit makin teruk. Search punya search ada satu ubat ini ramai juga yang guna. Koyok katak namanya. Hubby pun sibuk pergi cari kat kedai seng seh. Aku pun dalam takut takut cubalah. Ermmm still gitu gak.

Lastly apa yang aku buat hanya solat hajat. Aku betul-betul mohon semoga ALLAH permudahkan sakit aku ini. Memang dua kali yang lepas aku kena memang hazab sangat aku rasa. Rasanya kali ini aku tak naklah di operate bagai.

31hb Julai 2011 malam pertama terawih, aku masih mengerjakannya walaupun agak sukar dalam pergerakkan. Lepas terawih balik KL.

1hb Ogos 2011 Hari pertama puasa aku bersahur macam biasa semua sudah siap tersedia. Alhamdulillah. Kerja pun halfday nak ke klinik semula. Buka puasa pun beli yang siap sahaja sebab aku memang tak larat nak masak.

2hb & 3hb Ogos 2011 aku dapat mc lagi.
Sahur untuk hari kedua. Tetiba kain aku basah. Cepat-cepat panggil hubby tengok apa sudah jadi. Nasib hubby tak pengsan. Bisul aku sudah pecah. Terus aku tak lalu makan. Sahur pagi itu aku just minum air semata dan makan ubat sahaja. Huhuhu sian kat baby dalam perut ini. Sebab aku mc so duk rumah saja dan buat dressing sendiri.

Sahur hari ketiga still tak makan apa just minum air dan ubat. Berbuka dua hari itupun sama aku tak makan apa pun just kurma dan air. Bila sudah memalan sikit aku buat air vico cicah biskut kering saja. Itu yang aku mampu. Bila nak tidur hubby buatkan susu dan makan roti gardenia coklat kismis tu. Baru aku tidur.

Sahur hari keempat aku makan roti coklat kismis itu juga dengan vico. Pagi itu aku pergi klinik. Bila Dr. Anita tengok ermmm aku sudah boleh start dressing kat klinik. Dr. Anita nak aku datang setiap hari untuk dressing. Lega aku bila doktor cakap aku tak perlu nak operate lagi sebab sudah pecah sendiri.

Alhamdulillah. Syukur sangat kali ini aku kena memang Allah permudahkan segalanya. Hingga semalan aku buat dressing takde lah aku rasa teruk, seteruk yang aku kena dulu. Mungkin Allah perkenankan doa aku dan dalam bulan mulia ini Allah bagi keringan. Syukur.

Bila aku sudah mula buat dressing kat klinik semuanya teratur. Pergerakan aku agak mudah dan kurang sudah sakitnya. Dan alhamdulillah juga aku sudah mula hendak makan semula dan sudah mula untuk masak-masak. Walaupun aku berpantang dalam pemakanan tapi aku still masak untuk keluarga. Bila dapat masak untuk keluarga di bulan mulia ini rasa macam aku tidak sakit pula.


Sudah seminggu aku buat dressing di Klinik Idzham, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali. Nurse yang buat dressing aku pun semuanya baik-baik. Hilang rasa takut aku tu. Yelah aku agak penakut sikit. Aku berdoa agar bisul ini cepat sembuh.

Bila satu sahaja nikmat itu ALLAH ambil memang terasa sangat. Mudah-mudahan aku sentiasa menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang diberi.






Salam 10 ramadhan

Sudah 10 ramadhan bersamaan minggu ke dua kita semua berpuasa. Hari ini jugalah aku sudah mula masuk office. Alhamdulillah keadaan aku semakin baik. Sekarang aku cuma buat dressing luka tu.

Masuk office banyak juga kerja yang aku perlu settlekan.
Ermm sudah hampir dua minggu lebih juga aku berehat di rumah.
Manalah tidaknya banyak kerja hendak dibuat.
Untung juga bos aku cuti seminggu.
Dapatlah aku settlekan kerja yang sedia ada ini sebelum bos masuk office semula.

Harapnya aku dapat buat kerja macam biasa. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk aku. Masih berpuasa penuh setakat ini. Kandungan aku juga sudah masuk 23 minggu.



Friday, 5 August 2011

Terawih malam pertama di kampung...

Last week aku balik kampung lagi. Kiranya dua minggu berturut aku balik kampung. Syok gitu kan. Bukan apa sebelum puasa nak rasa masakan kampung dulu. Nanti bila balik KL susah nak makan masakan kampung sebab hubby tidak layan sangat makanan kampung-kampung aku itu. Ye lah aku punya makanan kampung memang pelik-pelik sikit. Lelaki ni susah sikit nak tengok dia boleh makan betul-betul masakan kampung. Nak nak hubby aku yang sememangnya dari kecil jugalah tidak duduk dengan parents dia. Sudah besar panjang baru nak manja-manja semula dengan parents.

So hari ahad tu wan aku nak masak lebihlah untuk kami bawa pulang untuk dihidangkan waktu bersahur pula. Dan dan itulah hubby request nak makan rendang ayam dengan lemang..huhuhu rendang bolehlah masak tapi lomang mano den nak cari...Memang rezeki hubby nak makan lemang dengan rendang. Lemang To'ki yang famous kat bentong sudah mula membakar lemang hari ahad itu. Huhuhu hubby beli dua batang dapat le kami semua makan. Alhamdulillah.

Konon nak balik awal KL sebab malam itukan malam pertama terawih boleh pergi. Lastly terawih kat bentong juga sebab jalan jem mungkin sampai KL orang sudah abis terawih. Malam permulaan ni ambil berkat berjemaah esok-esok jemaah kat rumah sama anak beranak pula.

1st time kakngah ni ikut ke terawih ;))

Kisah malam pertama berterawih Dini pertama kali ikut aku ke surau untuk solat terawih...erm macam pelik kan ramai orang gitu. Selalu kalau singgah solat kat surau or masjid tak ramai orang pun atau pun kami anak beranak sahaja. Malam itu betul-betul ramai penuh surau meriah sungguh.

Selesai terawih ada moreh. Siap ada ais krim kon tu. Ada pakcik tu siap bawa box ais krim jualan untuk menjamu orang ramai. Wan aku sibuk nak ambilkan untuk cicit dia. Aku just ambil satu bekas polistren makcik tu bagi. Balik tengok pulut kuning dengan rendang hati dan limpa kot. Aku tak makan pun. Bubur lambuk pun ada makcik itu bagi pun aku tak ambil. Da settle semua balik KL. Sampai rumah baru kami moreh. Lemang dan rendang yang wan bekalkan.

Tapi terawih aku untuk malam itu sahaja..
Sampai hari ini aku cuma mengerjakan yang wajib sahaja...
:((

Salam 5 Ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa semua.

Sudah masuk hari kelima kita semua berpuasa. Alhamdulillah aku masih mampu berpuasa walaupun pagi tadi masa aku buat dressing doktor suruh aku tidak berpuasa buat sementara waktu untuk ambil ubat mengikut jam yang telah ditetapkan. Tapi aku hanya tawakal pada Allah agar Dia permudahkan semuanya untuk aku dan aku masih meneruskan perjuangan. Amin.

Sekarang ini aku cuma duduk dirumah. Mc aku bersambung-sambung. Walaupun aku mc tapi kepala ni duk fikir pasal kerja yang melambak di office. Tadi aku ikut hubby hantar Akalili ke sekolah dan aku singgah sekejap di office nak cari dokumen penting. Tup  tup tengok banyak kerja da. Bos bagitau minggu depan sudah ada audit pulak. Aku pun tak pasti lagi dapat masuk office ke tidak minggu depan. Huhuhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails