So hari ahad tu wan aku nak masak lebihlah untuk kami bawa pulang untuk dihidangkan waktu bersahur pula. Dan dan itulah hubby request nak makan rendang ayam dengan lemang..huhuhu rendang bolehlah masak tapi lomang mano den nak cari...Memang rezeki hubby nak makan lemang dengan rendang. Lemang To'ki yang famous kat bentong sudah mula membakar lemang hari ahad itu. Huhuhu hubby beli dua batang dapat le kami semua makan. Alhamdulillah.
Konon nak balik awal KL sebab malam itukan malam pertama terawih boleh pergi. Lastly terawih kat bentong juga sebab jalan jem mungkin sampai KL orang sudah abis terawih. Malam permulaan ni ambil berkat berjemaah esok-esok jemaah kat rumah sama anak beranak pula.
1st time kakngah ni ikut ke terawih ;))
Selesai terawih ada moreh. Siap ada ais krim kon tu. Ada pakcik tu siap bawa box ais krim jualan untuk menjamu orang ramai. Wan aku sibuk nak ambilkan untuk cicit dia. Aku just ambil satu bekas polistren makcik tu bagi. Balik tengok pulut kuning dengan rendang hati dan limpa kot. Aku tak makan pun. Bubur lambuk pun ada makcik itu bagi pun aku tak ambil. Da settle semua balik KL. Sampai rumah baru kami moreh. Lemang dan rendang yang wan bekalkan.
Tapi terawih aku untuk malam itu sahaja..
Sampai hari ini aku cuma mengerjakan yang wajib sahaja...
:((
No comments:
Post a Comment