Semalam genaplah Nur Akalili Hanis 6 tahun. Alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik buatnya. Walaupun di bulan puasa ini Akalili nampak semakin kurus. Habis semua seluarnya longgar alahai...
Akalili memang jenis yang kurang makan. Bila berpuasa lagilah kurang anak dara aku ini makan. Berbuka dan bersahur aku pun tak tahulah makanannya memang sungguh sungguh ala kadar sangat.
Tapi kalau masak apa yang diminta memang oklah dilayannya makanan itu kalau tidak berbuka dengan air dan murtabak saja. Sebab itulah hari-hari aku kena cari murtabak huhuhu...
Sahur pula Akalili layan roti dengan jem sekeping bersama air vico. Kadang-kadang nak minum air kosong sahaja...huhuhu mana la taknya semakin kurus. Orang nak diet pun tak sanggup aku rasa nak buat macam Akalili buat.
Berbeza dengan Dini yang seleranya semakin bertambah di bulan puasa. Waktu berbuka pun makan macam orang berbuka huhuhu.
Semalam plan nak berbuka di luar untuk celebrate birthday Akalili tapi bila fikir-fikir mesti sesak mana keadaan aku macam ini nak dengan nak solat lagi dalam waktu yang singkat itu.
Makanya kami bincang tapau kek dan beli nasi ayamas dengan seekor ayam percik...ermm ok juga kan semua sudah ada...balik tunggu berbuka sahaja..
::: Set Rasamas totally bill out rm64.70 :::
::: Ayam percik seekor :::
:::Ayam blackpaper :::
::: Nasi Rasamas :::
No comments:
Post a Comment