Monday, 22 August 2011

Otak-otak...

Salam 22 ramadhan 1432h.

Sedar tak sedar hanya tinggal seminggu sahaja lagi untuk semua umat islam akan menyambut Hari Raya...uhhh tak sabar kan. Nak balik kampung jumpa orang-orang tersayang..

Ermm berbalik pada tajuk aku kat atas itu kan. Tak sangka aku, anak dara sorang ini mengidamkan otak-otak. Alhamdulillah walaupun Akalili ada juga puasa yang tertinggal tapi semangat hendak berpuasa itu buatkan aku bangga. Dalam dua minggu sudah berpuasa tetiba Akalili nak makan otak-otak. Puncanya aku beli pulut panggang, oleh Akalili ingat itu otak-otak. Sian pulak aku tengok. Kebetulan ada satu petang itu tetiba rajin lak aku nak gi jalan-jalan ke pasar ramadhan. Terjumpa pula ada orang jual otak-otak ermm aku apa lagi terus teringatkan Akalili dan tanya makcik itu dari mana semua otak-otak itu, yelah aku ni cerewet sikit. Bila aku rasa ok terus aku beli. Time berbuka tu seronok Akalili dapat makan makanan yang diidamkan...

Hehehe...terasa kelakar pun ada anak dara aku ini. Boleh mengidamkan mengalahkan Ummi pula iya...

tq to en. google...



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails