Wednesday 17 August 2011

24 weeks @ 17 ramadhan

Salam 17 ramadhan 1432

Diam tak diam usia kandungan aku sudah 24 weeks dan hari ini juga sudah masuk hari ke 17 kita semua umat islam menunaikan ibadah puasa. Semoga Allah bagi yang terbaik buat kita semua.

Alhamdulillah dengan izin Allah aku masih menunaikan ibadah ini walaupun ujian demi ujian Dia menduga. Alhamdulillah syukur juga aku sudah semakin baik. Lepas ini buat dressing sendiri tidak perlu ke klinik lagi. Dalam dua tiga hari ini juga Allah menduga aku dengan demam dan selsema yang agak teruk tapi semangat nak berpuasa itu buatkan aku kuat untuk teruskannya. Isnin baru ini demam selsema aku memang teruk betul. Aku keje separuh hari saja balik keje melepet nasib la makanan berbuka sudah siap terhidang. Best berbuka singgang ikan tenggiri + sambal bilis kering, pedas gitu kan. Lepas berbuka makan ubat dan lepas solat terus melepet semula. Sudah malam gitu baru aku bangun semula iron baju untuk hubby kerja esoknya dan baru tidur semula.

Dua minggu lepas aku ada check up usia kandungan aku 22 weeks tapi aku tak pergi, dua hari lepas itu baru aku pergi buat check up. Bukan apa masa itu bisul aku teruk so aku malas nak layan check up. Yang pasti aku tahu baby aku sihat dan ok. Pergerakan baby dalam perut pun sudah aktif. 

Cumanya masa check up itu paras darah hb aku sudah turun semula dari 11.3 turun ke 10.3 makanya aku kenalah makan iron tablets itu da biji semula kalau tidak cuma ambil satu biji saja...huhuhu...
Mana tak aku punya paras darah hb turun semula, aku banyak makan berpantang disebabkan bisul, lagi pula memang selera aku betul-betul down. Berbuka dan bersahur memang aku tak makan sangat.
Tapi sekarang alhamdulillah aku sudah mula berselera semula dan aku pun sudah kurangkan pantang sebab bisul aku semakin baik.

Lepas raya nanti next check up harap masa itu semua ok. Mudah-mudahan masa raya nanti aku sudah boleh makan apa saja.


::: Nota sedih :::
Ntah dapat ke tidak aku balik kampung tahun ini untuk beraya huhuhu...
Sedihnya bila semua orang sibuk duk citer pasal nak balik kampung...



2 comments:

Ms Haslina said...

alahai byk sungguh dugaan akma.
x pe, ibu mengandung banyak pahalanya.

p/s try makan bayam merah utk naik hB.

maidatul said...

itulah redha dgn dugaanNYA...
mudah2an dipermudahkan semuanya...

tq...insyaAllah da selera nie pasti makan semua yg boleh naikkan hb...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails