Tuesday, 13 September 2011

28 weeks @ 15 Syawal 1432

 Salam 15 Syawal...

Ooohhh malas sungguh aku hendak update blog lately nie...memang semua bendalah boleh dikatakan aku memang malas nak buat...Nasib aku kerja dengan orang kalo idak sah sah aku tak pergi kerja duk rumah layan tidur sajalah kerjanya...Kerja aku sekarang memang balik melepak dalam bilik saja. Memang kalau buat kerja rumah itu sebab terpaksa saja kalau idak huhuhu orang lain lah yang buatkan. 

Bab masak memasak pula ermm memang merundum terus untuk duduk di dapur. Ooohhh aku tidak tahu pula pregnant kali ini lain pula ragamnya. Memang pregnant lepas lepas pun dua dua berbeza. Macam yang pertama aku biasa-biasa saja, yang kedua aku rajin walaupun aku penat balik dari kerja still boleh layan masak-masak dan kemas-kemas nie. Tetiba masuk yang ketiga ini tahap kemalasan aku makin menjadi-jadi huhhuhu...kalau la keluar baby girl adoiiii takut lah terkenan pulak part malas itu...

Last week hari Isnin aku ada check up so paginya aku masuk office. Aku halfday sahaja petangnya aku ke klinik pula. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik, cumanya darah HB aku still rendah. Maintain macam hari itu juga. Sedih aku bila fikirkan HB aku itu.
Berat pula oklah naik 64.2kg untuk sampai ke tahap tujuh bulan mengandung ni.
Mungkin lepas ini aku kena makan sayur bayam itu hari-hari. Nampaknya aku kena buang tebiat malas itu. Huhuhu tapi mampukah aku.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails