Salam pagi Khamis...
Huhuhu lepas makan confirm mata asyik kuyu saja kalau di rumah ini pasti aku lelapkan mata dulu nak nak diiringi oleh hujan...sejuk tu memang sodap lea tarik selimut...
Lama juga aku menyepi dalam penulisan ini bukan apa mood untuk menulis memang down sungguh dengan kerja yang melambak di office itu pun masih ada yang belum settle tapi buat slow slow saja, terikat juga dengan kemalasan yang amat sangat semenjak dua menjak ini.
Tapi kalau part makan memang kalau boleh tak tolak iyelah sekarang orang tengah sibuk open house sana open house sini. Boleh dikatakan every weekend ada sahaja jemputan tapi kena ikut jadual en. suamilah kalau tidak sibuk dengan kerja haruslah pergi kan. Tapi kalau sibuk haruslah duduk rumah diam-diam buat program sendiri. Kalau sendiri nak buat open house pulak ermm macam sudah tidak larat gitu aku nak siapkan berjenis-jenis masakan walaupun ramai yang tanya bila nak buat open house...huhuhu tak dapet den nak nolong...nak masak sendiri pun udah malas gitu...sian en. suami dan anak-anak nasib lea mereka idak lea begitu cerewet bila nengok ummi ni asyik lemau saja.
Di office ini pula aku sibuk nak menyiapkan kertas kerja kursus untuk tahun 2012 padahal kursus tahun ini pun belum settle lagi...aduyai...udah lea sekarang ini asyik jemputan hari raya...uihsss memang sakan makan makanan raya. Tapi apakan daya nafsu memang seperti biasa tapi bila part penerimaan dalam mulut ini alahai baru makan sikit udah tidak boleh masuk. Memang pakat-pakat rasa semua jenis makanan ala ala chef tu saja yang mampu.
Sebab itu aku rasa tahun ini macam tak puas sahaja bukan pasal apa pasal makan saja hihihi rasa macam tak jumpa makanan yang dicari tapi aku sendiri pun tak tau nak cari makanan apa...ermmm pelik tapi benar hihihihi.....
2 comments:
biasalah tu kan. time pregnant ni mmg sentiasa hendak merasa itu dan ini.
part malas itu mmg benar belaka.
untung klu org rajin time pregnant nie.hehe
memang akak kan...macam2 ragam nasiblah semua senang nak dapat...
part malas itu entahlah...gamaknya sampai bersalinlah jawabnya...
:((
Post a Comment