semalam kami ke Seri Kembangan...rumah MakLong aku...da lama sangat dia jemput datang ke rumah semalam baru berpeluang untuk pergi...ramai juga pergi...aku sefamily, Angah sefamily dan KakDe sefamily...seronok jea MakLong aku tengok anak2 saudara dia datang rumah...yang pasti PakLong abang kepada mak yang riuh bila kami datang...semestinya lamalah kalau kami kesini dari lunch sampai dinner selalunya kami akan disini...dan kami akan masak beramai-ramai...memang riuh rendahlah kat rumah itu...tapi semalam tak sempat dinner kat sana sebab aku dan adik ada hal lain pula nak buat...tapi Alhamdulillah dapat juga berkumpul2 begitu...seronokkk jeaaa.....
sampai dirumah pun da lewat...singgah pasar malam tapau nasi ayam berlada dan laksa...bersama keropok lekor kegemaran En Muz...malamnya selepas maghrib kami keluar lagi...cari barang sikit...sebab Akalili kata nak jalan-jalan...En Muz terus ke Kuala Lumpur...waktu pun tak silap aku da 10 lebih malam macam tu...makan angin malamlah kami nie...tengok bangunan-bangunan di KL memang takde kerja sungguhlah tu...bila sampai di KLCC boleh Akalili ajak kami tengok wayang cerita kartun...aku dan En Muz ketawa bersama dengar ayat dia...bila da habis pusing-pusing baru kami balik...Nur Dini Sorfina buat pertama kalinya bawa dia berjalan-jalan macam itu sungguhlah bisingnya di dalam kereta...sudahlah sekarang ini kegemarannya menjerit kuat-kuat...nyaring sungguh memang sakit telinga tapi seronok tangok bila Dini seronok macam itu...sayanggg sungguh anak-anak umi yee...
No comments:
Post a Comment