Hari ini aku masuk kerja macam biasa...sebelum-sebelum ini pun memang aku masuk kerja macam biasa tak ada bezanya. hehehe. Cuma sejak akhir-akhir ini aku rasa banyak sangat benda aku kena buat dengan hal di pejabat dan di rumah. Aku rasa sangat penat sampai nak rehatkan badan pun tak ada masa lagi. Hari ini aku ambil sedikit ruang untuk menaip di dalam blog ini. Rasanya sudah lama aku tidak berkata-kata disini. Sekarang pun sudah masuk pukul1 petang. Jadi aku teruskan menulis memandangkan aku tiada aktiviti makan hari ini. Sungguh seronok rasa walaupun baru setengahari aku berpuasa sunat Syaaban tapi aku bersyukur aku sempat melakukannya di bulan Syaaban ini dan sedih aku tidak dapat melakukannya pada bulan Rejab yang lepas tidak seperti tahun-tahun yang sudah. Semoga Allah terima apa yang aku kerjakan.
Pada bulan lepas aku terlalu sibuk dengan kerja serta kursus-kursus yang perlu aku hadiri. Aku sedih tidak dapat balik kenduri ke Bentong pada 18.07.09 dan aku hanya sempat balik kenduri ke Pilah pada 25.07.09 satu malam dan 26.07.09 aku kena ke Awana Genting untuk hadiri Kursus tinggallah anak-anak kesayangan yang sangat aku sayang bersama opah selama 3 hari. Sedih je... Ala aku rasa mengantuk la pulak. Tak pelah aku nak rehat dulu....chow...
2 comments:
alahai kecian sungguh adik akak niea...banyakkan bersabar yea...
Alhamdulillah sentiasa menyabarkan diri...
Post a Comment