Tuesday, 30 November 2010

Salam pagi semua..

Hari nie bangun pagi dengan penuh semangat...alhamdulillah terima kasih Allah...badan aku sudah selesa dan segar kembali...empat hari dikampung merehatkan badan dan sekarang sudah bersemangat kembali...Dan esok pasti sudah boleh masuk ke office seperti biasa untuk menjalankan tugas yang di amanatkan...

Oklah aku just dropped by jea to say today is my last day for holidaysss heheheh happy....


p/s ---> alhamdulillah my sis sudah lahir baby girl yang sihat dan comel...sama hari lahir dengan maklong dia nie pulak...sok2 leh la kita celebrate bersama ya Nur Amni Damia Bt Rohaizad....

Thursday, 25 November 2010

kesibukan melanda...

May Allah give me strength...within this week i'm very busy with work in office...common in end of the year right...ermmm masa aku nak kejar semua kerja itulah Allah nak uji alhamdulillah...terima kasih Allah...
Masuk jea kerja hari Selasa...pagi-pagi tu sudah nak ke istana negara ada lawatan tapak kat sana...duk sana kat separuh hari...punyalah luas nak melawat...badan sudah rasa lain macam masa tu...so bila sudah nak lunch time nasib semua settle...lagi pun dorang tak leh nak show us lama-lama sangat sebab raja perlis datang nak tengok site gak...

that's me...

find me where???.. 
 
ye...sudah habis dan mau pulang...

Huhh dalam hati legalah bila sudah habis...perut pun sudah lapar...before pergi site visit..member ajak keluar lunch di KFC...erm aku on jea lah...so bila sampai office kami pun keluarlah bersama...hehehe aku boleh tak perasan langsung cik pida esok sudah xde title cik dan cik anim nie nak buat kejutan kat aku...macam-macam lea korangkan...apapun tq so much...dorang sambut hari kelahiran aku awal sikit sebab cik pida sudah start cuti dari semalam...patut la masa hari Isnin tu pida call aku dengan nada yang frust bila tahu aku cuti...kalau tidak that day lagi dorang nak buat surprise...so lunch aku ditaja oleh mereka...
 Variety Bucket...Yummy...


 Cupcakes for me...so touching that time...
 

Tuesday, 23 November 2010

make her bored...


With reference to picture above....already time children that studying to rest and end their school term...but different on the other hand with Akalili...just now time loafing watch TV Akalili sigh at me..."ummi...akak nak buat apa nie, akak tak boleh duduk diam..." haiya...aku tak tau nak cakap apa da...Makanya itu semuanya tanggunjawab En Muz menguruskan anaknya bila sudah tidak boleh duduk diamkan macam abahnya juga...

Nur Akalili Hanis mean cahaya mahkotaku yang beriman... dan bukan itu saja bagi aku dan En Muz, Akalili seorang anak yang sangat peka pada semua keadaan, aku dan En Muz bersyukur pada Allah kurniakan Akalili kepada kami...semoga kamu jadi anak yang solehah ya Akalili...setiap kali abahnya bagi tazkirah setiap kali itu jugalah airmatanya menitis....kesian Akalili masih baru belajar mengenali itu dan ini serta banyak benda yang perlu di ajar perlahan-lahan...

Tapi yang membuat hati Akalili terguris apabila En Muz sentuh tentang menghormati ibubapa dan hormati orang tua...bila part suruh jaga kami masa tua nanti terus Akalili bangkang...katanya aku dan En Muz tidak boleh tua dan tidak boleh mati...bila aku dengar, aku pun explained baik-baik tapi Akalili still tak boleh terima dengan itu semua...sampai beria-ria Akalili nangis dan aku tidak sanggup tengok Akalili nangis aku kata "oklah...akak jangan nangis doakan ummi dan abah sentiasa sihat dan muda..." tu saja ayat yang boleh redakan tangis si anak kecil ini...


 
p/s ---> kemana ya destinasi cuti sekolah kali ini...mesti seronok...

 

Monday, 22 November 2010

on leave.....


Assalammualaikum....

Alhamdulillah permulaan hari yang baik dengan rahmatMu Ya ALLAH...wahhhh seronok hari ini cuti-cuti di rumah merehatkan minda dan ummi serta dua anak yang comel membesar bersama-sama bagai johan...hehehe...

Apalah aktiviti yang aku nak buat hari ini...masak-masak sudah pasti gitu...tapi yang belum pasti nak masak apa ye...dua tiga hari ini masak daging saja...alhamdulillah daging korban...yang best sekali buat rendang tok hari sabtu lepas...pertama kali masak...yummy...

Oklah selamat bercuti pada yang sedang bercuti dan selamat bekerja pada yang sedang bekerja...cuti-cutilah rehatkan minda anda...renung-renungkanlah dan selamat berfikir... :)


p/s ---> iringi air hujan yang turun kebumi bersama doa...

Friday, 19 November 2010

Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Sebelah petang raya haji tu lepas asar hubby ajak ke Jusco kepong pula sebab tidak jadi balik Bentong kan...sudah sampai sana apalagi layan movie lah...itu pun punyalah ramai orang so kami ke wangsa walk ingat kat sana takde orang rupanya sama saja...bila sudah penat hubby ajak layan A&W tapi best juga on the way nak ke A&W aku dan hubby dapat voucher...baru cadang-cadang nak beli tup tup dapat voucher free...alhamdulillah tq ALLAH...

So terpaksalah kami layan movie di kepong semula tapi waktu malam...jam 2100 di BremMall kepong...itu pun still ramai orang...


 
  
Harry Potter dan Deathly Hallows sebagai filem ketujuh ialah pengalaman khayalan yang baru dan penuh peristiwa dua bahagian diarahkan oleh David Yates dan berdasarkan novel oleh J K Rowling. Dibintangi oleh Harry Potter Daniel Radcliffe sebagai Harry Potter menggabungkan dengan Emma Watson dan Rupert Grint sebagai sahabat-sahabat baik Harry.

Tugas mereka ialah untuk mencari dan memusnahkan Voldemort baki Horcruxes supaya menamatkan dia dari kekal. Mereka kelak menjadi rahsia untuk Legend Deathly Hallows dipromosikan dalam cerita dongeng yang nampaknya tidak penting yang mana membayangkan pada kehebatan Harry dan kemusnahan Lord Voldemort.




p/s  ---> Part 1 adalah pada 17 November, 2010 dan Part II pada 15 Julai 2011. Tidak sabar nak menanti Julai 2011...hehehe...

Thursday, 18 November 2010

salam pagi khamis...


Pagi aku sampai office...tq to hubby temankan aku breakfast...so bila da makan heavy pagi-pagi nie rasa nak tidur pulak...nasib lea jam 1100 baru start dengar pasal hrmis pulak...adoiii kenapa perlunya hrmis ini dalam kerja...kan senang buat macam dulu dulu itu...tak larat aku nak kena update selalu...ewah..ewah...kalau aku update blog boleh pulak ek...ntah la bosan giler nak layan hrmis nie...tapi aku tengok En Muz ok jea bila aku tanya pasal hrmis...semuanya sudah buat memang advance betul lea gitu...kat sini baru nak merangkak-rangkak...adoiii...

oklah aku nak siapkan apa yang patut dulu before gi buat hrmis tu...


 Kalau tak mee hoon...nasi lemak...kalau tak nasi lemak...mee hoon lea...
Lauk kompom sambal sausage/tauhu dan sambal telur...alhamdulillah...


Minum lak kopi...kalau tak kopi teh o...
Kalau tak teh o...kopi...segar rasa...



Wednesday, 17 November 2010

Hayati AidilAdha dengan penuh keinsafan


AidilAdha disebut juga Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji. Ketika itu, sejak malam 10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah, ummat Islam di seluruh dunia menyambut hari yang mulia ini dengan takbir, tauhid dan tahmid.

Bagi mereka yang ada kemampuan disembelih korban dan dengannya di bahagi-bahagikan terutama sekali kepada fakir miskin, sebagai tanda pengabdian yang tulus dan ikhlas dengan niat mencari keredhaan Allah.

Ibadah haji salah satu rukun Islam yang wajib kepada mereka yang mampu sekali seumur hidup. Di dalamnya banyak terkandung pelajaran, pendidikan dan pengalaman yang sangat berguna bagi kita yang mengerjakannya, Allah berfirman yang maksudnya:
“Dan serulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta yang kurus (kerana jauh perjalanan) yang datang dari segenap penjuru yang jauh. Supaya mereka menyaksi berbagai-bagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah anugerahkan kepada mereka, berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berikanlah makan orang-orang yang sengsara dan fakir.”
(Surah Al-Hajj:27-28)

Berbagai-bagai manfaat dapat kita perolehi apabila kita menunaikan ibadah haji secara baik menurut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan, antaranya ialah:

Dapat menanamkan rasa ukhuwwah Islamiyah sedunia, menanamkan rasa persamaan, mendidik rohani dan jasmani kita supaya tabah dan sabar dalam menghadapi segala kesukaran didalam mengerjakan sesuatu perkara, dapat menambah pengetahuan dan pengalaman untuk mempelajari adat istiadat dan keadaan bangsa-bangsa lainnya dari seluruh dunia.

Yang datang menunaikan ibadah haji itu terdiri dari ummat Islam dari berbagai-bagai bangsa dan suku dan dari berbagai-bagai tingkat. Walaupun demikian, dihadapan Allah, mereka sama-sama hamba Allah, sama-sama berpakaian ihram bagi lelaki, iaitu pakaian yang tidak berjahit serba putih yang sehelai disarungkan dan sehelai yang lainnya diselempangkan menutupi sebahagian tubuh.

Padang Arafah merupakan tempat mereka berkumpul, kaya dan miskin,pegawai tinggi ataupun rendah, semuanya bersaudara, merupakan satu ummat yang bersatu padu di bawah kalimah ‘Lailaahaillallah, Muhammadurrasulullah.”

Alangkah gembiranya hati jika memandang betapa banyaknya mereka yang datang ke tanah suci, semuanya memohon kepada Ilahi Rabbi semoga dilimpahi kurnia menurut apa yang mereka hajatkan. Dikala itu, berkumandanglah ucapan zikir, talbiah, tasbih, tahlil, tahmid, doa dan sebagainya.

Penyembelihan korban yang dilakukan pada hari Raya AidilAdha merupakan pengorbanan yang telah diberikan oleh nabi Ibrahim alaihissalam dan anakandanya Ismail a.s.

Sewaktu Ismail telah dewasa dan dapat menolong ayahandanya, maka Allah telah menguji mereka berdua sebagaimana yang di ceritakan oleh Allah,
“Ketika anak itu pandai berusaha (dewasa), berkatalah Ibrahim:”Hai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku menyembelih engkau, maka fikirkanlah, apa pendapatmu?” Ia menjawab: Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan itu, Insyaallah ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.”
“Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya di atas pelipisnya, dan Kami panggilah dia: “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.”
(Surah As Sooffat:102-107)

Inilah sebahagian daripada pengorbanan yang telah diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Ismail dalam mematuhi perintah Allah atau dengan kata lain pengorbanan seorang ayah yang mendapat perintah untuk menyembelih anaknya sendiri yang sangat dikasihi dan Ismail sebagai seorang anak yang taat dan setia di atas perintah Allah dan dengan tidak ragu-ragu meminta supaya ayahnya melaksanakan perintah itu dengan segera.

Akan tetapi Allah tidaklah sekejam itu, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Hanya itu merupakan satu cubaan daripada Allah terhadap hamba-hambanya sampai ke mana kecintaan dan ketaatan hamba itu akan terbukti di dalam menempuh cubaan dan dugaan. Kerana Nabi Ibrahim dan Ismail telah lulus dalam menempuh cubaan itu, maka Allah menggantikan Ismail dengan seekor sembelihan.

Semoga dalam menyambut AidilAdha dapatlah kita hayati hikmah-hikmah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan Allah menyatukan kembali seluruh hati ummat Islam yang sedang berada di tebing bahaya kemusnahan.

Semoga kita semua sedia untuk berkorban demi kepentingan ummat Islam, dan terciptanya kembali keagungan Islam dan ummatnya.

p/s --->    Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang bangun pada kedua malam dari Raya (Aidilfitri dan Aidiladha) dengan ikhlas, kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada saat hati semua orang telah mati". (Riwayat Ibnu Majah dari Abu Umam)

Tuesday, 16 November 2010

Salam AidilAdha buat semua.....

Salam AidilAdha buat semua yang mengenali diri ini...
Maaf Zahir & Batin dari nurcinta family...
Semoga di hari yang mulia kita bermaaf-maafan agar silaturahim berkekalan hendakNya...


p/s ---> balik awal untuk masak-masak...seronoknya...

Kepong again...

Erm hari Sabtu lepas aku ada program bengkel motosikal...hehehe ada hati nak ambil lesen motor...terima kasih to En Muzlienor sebab layan karenah saya ini...siap-siapkan motor untuk hujung bulan ini ye sayang...statement kekejaman...amik pun B2 bukan B Full pun...tapi hari tu aku lihat ada seorang perempuan kecil jea dari aku belajar bawak motor kuasa tinggi tu...kompom dia amik B Full...siap terjatuh bagailah...seingat aku yang pernah pegang motor berkuasa tinggi nie...motor motor tu semuanya agak berat oooo...pakcik aku sempat ajar aku bawak tapi malas nak layan berat aku rasa...tapi terima kasih kat pakcik aku sebab layan aku yang gila-gila masa muda-muda dulu...so bila sudah remaja nie fikir-fikir amik B2 je lah...
Sebab kerja aku bila balik Bentong asyik naik motor skuter adik aku tanpa lesen bermaharajalela di bandar Bentong...adoiii memang degil sungguh...nasib orang lain sporting...tapi kalau En Muz ada memang aku tiada peluang makan angin la takut kena marah...so bila aku sudah seharian aku berurusan diluar tinggalkan suami dan anak-anak...petang baru habis semua bagai aku pun ajak En Muz ke Kepong...kat mana lagi kalau bukan di Taman Rekreasi Metropolitan Layang-layang tu...memang suka sangat lea Akalili...so kami beriadah di sana pula...apalagi main layang-layang...
 
 Barang yang digunakan...

 Sudah siap untuk diterbangkan...

 Amacam...sudah naik...macam burung jea nampak...

 Dari tempat aku duduk...hubby lari nak naikkan layang2 sampai ke bukit yang kecil tu...
So aku kenalah bangun lepak kat sana...sambil tengok dua beradik tu main turun naik bukit ikut abah dia setting layang bagi cantik...lepas tu...

 Suruh Akalili jaga...tetiba layang nak jatuh berlari pula kat ummi dia...

 So apalagi dengan steady jea ummi dia control...

 Dan sudah naik semula...

Riadah lagi...

Ha..ha...hari Jumaat lepas selepas aku balik kerja kami ke Taman Tasik Titiwangsa...kebetulan hubby kerja separuh hari...sudah lama rasanya tidak kesana untuk beriadah ini...macam biasalah dua beradik ini pasti keseronokan dapat pergi...memang tidak lepas peluang dua beradik ini... Penatlah aku dan hubby ke hulu ke hilir melayannya...




Dua beradik ni boleh layan gelongsor yang tinggi ni aku punyalah risau...
Tapi boleh mereka seronok dok ulang2 main nie...
Alhamdulillah semua ok dan happy...

 Yeh...semangat sungguh...

Part ni aku memang suruh hubby yang jawab sapa suruh dia yang buat...
Masa on the way nak balik tu tetiba hubby pegang tangan aku sambil jalan padahal memang hubby suka pegang tangan aku bila jalan2 nie...aku pun mestilah sukakan...hehehe...
DAN
Disebabkan ada gambar pangkah pada pasangan lelaki dan perempuan di signboard itu, Akalili tetiba cakap ngan hubby dan aku...."eh ummi dan abah mana boleh pegang tanganlah, dalam gambar itu dia pangkah...kan" sudahlah Akalili cakap kuat aku pun erm... Hubby pun cakap "ooo...ummi dan abah boleh sebab ummi dan abah sudah kawin..." terus aku tukar topik masa tu kalau tidak lagi mengarut2 pulak Akalili tanya...sebab sekarang ini Akalili suka bertanya itu dan ini...sampaikan aku pun sudah tak tau nak sediakan jawapan apa...adoiii anak...anak...


Spaghetti...

Erm hari ini aku sudah kembali pulih dengan simptom simptom yang aku dapat semalam...alhamdulillah. So pagi masuk office macam biasa singgah kedai adik tu tapau nasi lemak berlaukkan sambal telur rebus dan sambal tauhu...erm berselera kembali...alhamdulillah..

Lihat gambar ini...ini untuk kali kedua aku buat spaghetti...request by my sister...sebab hari itu dia tak dapat rasa so weekend hari tu aku buat lagi...hihihi...bila sudah pandai buat memang aku suka buat...buat dan buat....

   .
.
.
.
.

  .
.
.
.
.

 .
.
.
.
.
TADA...

Monday, 15 November 2010

i'm not feeling well

Today I enter office as usual... fairly late also reason find something is housed not find... so when reach my office went straight buy breakfast... after breakfast badan sudah rasa lain macam...aku buat donno lagi...gradually watery eyes and a stuffy nose and preoccupied sneeze only... perhaps I did not enough rest.. two-day leave last also I certainly not sit in house...whatever ok lah not really painless ...

And after i has written all this and eat my medicine i felt better and after a short rest before me make this post...so now i can go to lepak...lepak... feeling to doing work gone...hahaha...gilaaa....

Friday, 12 November 2010

this is what i hate......

today in the office some people already make me vexed ok... but what to do indeed already his attitude like that.... why must have some people like that around me...eekkk... i am sure others will be disgusted on what this person done...

lucky today i have work until evening... so can I forget all the matter...  but I think certainly in any office must have people like this...so bored right...ah just forget it lah... a waste of my time only to think about them...



Thursday, 11 November 2010

ad hoc meeting.....

erm hari nie aku rasa busy sangat...why? pagi-pagi lagi aku sudah buka email...erm macam biasalah pasal kursus or taklimat untuk di attend...siapalah lagi nak pergi nie...da settle pasal kursus...aku sambung pasal projek bulan depan...erm satu hal lagi nak contact orang yang terlibat pula...dugaan...semalam memang aku tak usik kerja langsung sebab sebelah pagi ada taklimat pasal hrmis aku dengar tak dengar jea...bila petang perut aku buat hal balik...maybe aku makan pedas kot lunch tu...so jawabnya petang aku menahan sakit yang amat sangat...

Suddenly my bos says that we will have an ad hoc meeting...what does this.....a meeting created to address a specific task...yup thats what i think...oh mannn.....Lusa lea program tu...adoiii masak aku...Lawatan Peserta2 MTCP - PSDC Kump C ke Jab. kerjaraya untuk melaksanakan Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)... Kerja aku oklah senang juga just siapkan ...
.
.
.
.
.
.

Untuk semua peserta dari enam negara asian...Laos, Kemboja, Myanmar, Bangladesh, Uganda dan Sudan...nasib lea peserta dari enam negara yang attend this program tak ramai...MAKAnya aku lepas habis ad hoc meeting tu terus aku cari orang hantarkan aku ke Bukit Bintang...bos nak Selangor Royal Pewter mahal tu weh...so memang dari dulu bila ada event yang melibatkan pewter nie aku just order kat BB jea Tumasek Pewter...kualiti still bagus dan harga pun oklah boleh dirunding...so besok aku kena ambil...nasib lea tokey kedai tu ok jea sebab aku sudah biasa ngan dia so boleh siapkan...kalau tidak manolah den nak cekau...alhamdulillah ALLAH permudahkan kerja aku...



Tuesday, 9 November 2010

satar...cakoi...and dinner....

Satar ikan...

Satar ikan yang sedang di panggang...


Cakoi...

Masa gi kuantan pada hari Khamis lepas atas urusan kerja disana bos aku memang tak lepas peluang betul untuk menikmatai satar ikan kat kemaman tu...site visit kami hari tu memang sudah sempadan Kuantan-Kemaman so memang tak lepas peluanglah...then bila sudah habis jea aktiviti di tapak...bos ajak makan-makan disana...we all ikutkan jea...before nie pada awal tahun tak silap aku ada gak ke sini selepas abis meeting datang makan-makan then baru balik...tapi kali nie aku layan dua ketul jea satar dan dua ketul cakoi dan minum bali panas jea da tak lalu...penat kot...yang lain aku tengok memang excited dapat makan-makan...

Lagi pun masa tengah makan-makan En Muz hantar message...kalau aku sampai lewat hubby suh makan kat sana jea...tapi aku reply "no...we take dinner together" sebab aku memang takde mood oo nak makan kat sana even stop kat RnR Temerloh pun aku just duk lepak ngan dorang jea...makan or minum memang tak lalu...

Then....bila sampai jam 2230 camtu kat TolGombak i saw them was slept in the car...so sad...oh noo...tapi bila aku masuk kereta semua sudah jaga...then kami pergi makan-makan...dan inilah hasil tangkapan aku that night...memang agak kelaparan aku makan tanpa menoleh kiri dan kanan hehehe...selera terbuka bila makan dengan orang tersayang walaupun penat...

Rindu weh dengan fav air aku nie...
Kopi kaw memang kaw...

Sotong goreng tepung...

Telur dadar semacam harus ada...


Siakap steam...
Kerapu sudah habis so layan siakap tapi mesti masak steam baru leh layan...

Kailan goreng biasa...
Kailan goreng ikan masin/belacan tidak sesuai untuk En Muz..



Monday, 8 November 2010

stori mori last weekend again.....

~ RisE oF ThE MummY ~

 

 

Sipnosis:
ADELE: Rise Of The Mummy" mengisahkan tentang bagaimana seorang wartawan muda bernama Adele Blanc-Sec dibawa untuk merentasi sejarah terulung kewujudan mumia pelbagai bentuk dan saiz. Berlatarbelakangkan zaman sebelum Perang Dunia Pertama, di kota Perancis, suatu perkara aneh telah berlaku apabila sebiji telur dinosor jenis pterodactyl yang berusia 136 juta tahun menetas dengan tiba-tiba.



Petang Sabtu lepas hubby ajak tengok movie...aku pun tak tahu apa tajuk citer masa hubby decide nak pergi tengok aku hanya iya kan saja sebab dari Jumaat malam itu lagi hubby sudah ajak tengok movie tapi time tu aku rasa malas sangat nak keluar so aku buat diam jea...so bila hari Sabtu tu when birthday boy still push me to go out to watch the movie erm i'm just follow... Bila sampai dan beli tiket baru aku tanya then hubby cakap citer mummy...erm layannn jea lah...cerita yang ringan dan komedi la jugak bagi aku...dan ada juga part yang sedih...hehehe...



Sebelum balik dua beradik sempat lagi ber'posing'...

Terus ke Sogo cari hadiah...sudah hendak tutup baru balik...


Antara hadiah yang dipilih...

Lepas tengok movie aku terus ajak hubby pergi ke Sogo...sebab aku kekurangan masa nak beli before celebrate...dalam banyak-banyak yang di beli....Akalili nak balut hadiah nie aku siap carikan pembalutlah, walaupun abah dia sudah tahu tapi Akalili still nak buat surprise...Akalili excited betul aku tengok...


p/s --> hari nie sudah start mencari barang projek bulan depan...adoiii agak kepenatan ke sana ke sinun...tapi amanah yang diberi...layan jugalah...


 

Sunday, 7 November 2010

cuti....seronokkkkkk

Malam nie baru lea ada masa nak meng'update' blog aku nie. Dari hari Khamis aku quite busy dengan kerja dan family tersayang...penat tapi seronok...itu lebih membahagiakan bagi aku...dan yang pasti aku akan lebih GemBiRa bila melihat suami dan anak-anak GemBiRa...


Layan cerita cuti-cuti...

Cerita hari Khamis ---> aku kena outstation ke Kuantan projek APMM just site visit...kecian pada En Muz sebab terpaksa tunggu aku di tol Gombak....hehehe maybe tak sabau tunggu aku di rumah...dan sian pada anak-anak kecil sudah tidur didalam kereta...tapi bila ummi mereka sampai semua sudah jaga...sorry yea sayang...

Cerita hari Jumaat ---> pagi keluar beli barang then hanya lepak di rumah saja kebetulan hujan, bila petang mulalah aktiviti memasak aku... Resepi baru spaghetti sos daging by me...tQ to my friend bagi resepi kat aku. malam baru makan spaghetti...ermmmm...

Cerita Hari Sabtu ---> pagi-pagi lagi En Muz keluar sebab ada urusan kerja...aku dan anak-anak saja di rumah...seronok layan anak-anak...ingat En Muz balik awal punyalah masak awal sekali jam 1400 lebih gak baru sampai rumah...nasib la tak sambung kerja petang tu...so we all siap-siap petang tu sebab nak jumpa ummi, ayah dan lain-lain di seremban 2... yang paling tak sabar sekali Nur Akalili Hanis sebab rindu sangat kat wan dan atuknya...dan sepupu-sepupu dia...on the way tu asyik tanya 'jauh lagi ke ni' always ask that questions...nasib lea dapat abah yang penyabar...layannn kan jea...lepas maghrib angah ajak pergi makan satay samuri kat sana dan angah yang belanja, tQ ngah...tapi aku dan hubby tak makan banyak punnn......SEBAB nak makan rendang maman dan sup tulang kat pilah...so makan ala kadar jea satay pastu kami gerak balik dulu sebab nak layan maman dan sup tulang punya pasal...sudah hampir jam 2300 aku dan hubby layan nasi bersama lauk kegemaran hubby dan aku sudah tergemar sekali...yummy...

DAN cerita hari ini...ermmm sangat menarik minat aku...tapi bak kata pepatah let's bygones be bygones so aku fikir tak fikir nak fikirkannya...tapi aku hanya manusia biasa tak lari dari memikirkannya walaupun ianya benda yang kecil...maybe sebab itu berkait dengan kehidupan aku...wallahualam...



Wednesday, 3 November 2010

Cuti-cuti makan...

Ye...ye...ye...hari Sabtu lepas aku masak lunch lepas bekpes sandwish tu aku terus siap-siapkan bahan untuk lunch...Jumaat lepas balik kerja tu aku ajak cik abang gi beli barang dapur, so beli lauk sekali... Ikan kerapu, lala, dan udang serta sayur mayur...

 
 Kerapu sweet sour...always ours fav...

 Lala rebus...

 1st time cook...
Just simple butter prawn...sodap...


Ours dinner...sambil tgk bola...

AND.... Ahadnya pula aku sudah tak tahu nak masak apa...so any suggestion wahai en suami...then ---> "rasa nak makan nasi ayam lea..." "oooo...ok...i masak...."
:
:
TADA

Ayam goreng madu...

Nasi ayam...

Sup...


Sos kicap dan lada...



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails