Tuesday, 16 November 2010

Riadah lagi...

Ha..ha...hari Jumaat lepas selepas aku balik kerja kami ke Taman Tasik Titiwangsa...kebetulan hubby kerja separuh hari...sudah lama rasanya tidak kesana untuk beriadah ini...macam biasalah dua beradik ini pasti keseronokan dapat pergi...memang tidak lepas peluang dua beradik ini... Penatlah aku dan hubby ke hulu ke hilir melayannya...




Dua beradik ni boleh layan gelongsor yang tinggi ni aku punyalah risau...
Tapi boleh mereka seronok dok ulang2 main nie...
Alhamdulillah semua ok dan happy...

 Yeh...semangat sungguh...

Part ni aku memang suruh hubby yang jawab sapa suruh dia yang buat...
Masa on the way nak balik tu tetiba hubby pegang tangan aku sambil jalan padahal memang hubby suka pegang tangan aku bila jalan2 nie...aku pun mestilah sukakan...hehehe...
DAN
Disebabkan ada gambar pangkah pada pasangan lelaki dan perempuan di signboard itu, Akalili tetiba cakap ngan hubby dan aku...."eh ummi dan abah mana boleh pegang tanganlah, dalam gambar itu dia pangkah...kan" sudahlah Akalili cakap kuat aku pun erm... Hubby pun cakap "ooo...ummi dan abah boleh sebab ummi dan abah sudah kawin..." terus aku tukar topik masa tu kalau tidak lagi mengarut2 pulak Akalili tanya...sebab sekarang ini Akalili suka bertanya itu dan ini...sampaikan aku pun sudah tak tau nak sediakan jawapan apa...adoiii anak...anak...


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails