Thursday, 31 March 2011

movie RANGO

 
 
 

Semalam malam En. Muz layan anak daranya pula menonton movie cartoon Rango. Punyalah layan cerita ini hingga Pn. Maidatul lupa dirilah ketawa besar...hehehe tidak kesedaran gitu ter 'over'...ceritanya yang selamba tetapi punya mesej tersendiri...

Bila sudah penat bekerja sekali sekala layan movie sampai tak hingat donia ini hilanglah stress itu, tapi sebenarnya bila balik kerja dan melihat dua anak dara kesayangan Pn. Maidatul itu sudah hilang segala kepenatan malah tambah bersemangat bersama mereka...

Nota ingatan : Ummi sayang NurAkaliliHanis & NurDiniSorfina sangat sangat muaahhh....

dating ;))

Sejak kebelakangan ini Pn. Maidatul pulang agak lewat sikit dari biasa. Tetapi semalam tetiba pula pulang awal gitu...hikhikhik tetiba pulak nak berdating dengan En. Muz yang tetiba juga turun KL sebab ada kerja sikit di Sungai Buluh. Erm apalagi keluar awallah dari office tapi awal pun jam sudah 1710 gitu dan berjumpa di Medan Mara. Sampai saja tengok En. Muz sudah order air dan sedang mengadap notebook untuk settlekan projeknya. Lepas bersalaman dengan En. Muz terus pergi kat restoran Ani Sup Utara itu...Apalagi order Meehoon sup tulang lah...

Orang tengah busy buat projek.

 Itu dia meehoon sup tulang...walaa.

En. Muz layan Beef Sirloin Steak...tak sempat nak ambil gambar sebab lewat sangat sampai dan Pn. Maidatul sudah asyik gitu layan sup tulang itu..hehehe...


Wednesday, 30 March 2011

Raja Buah bukan raja lawak ;))

Erm hari ini barulah ada masa sikit dan boleh dikatakan kudrat mata dan tangan Pn. Maidatul ini nak menaip dan mengadap pc untuk berblog. Kalau tidak adoi kepenatan membuatkan Pn. Maidatul malas dan malas. 
Hujung minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk bagi Pn. Maidatul kulu kilir dengan kelas litar itu...huhuhu boleh masuk litar ke tak lea ini kan. Tapi boleh kot hehehe ke berangan je lobih. Sabtu lepas selepas habis kelas terus balik Kuala Pilah then sambung ke Bentong pula. Sebabnya surat nikah umi n ayah tertinggal tapi oklah kan. Seronok puteri-puteri Pn. Maidatul dapat balik Pilah ye lah sudah berapa lama tidak balik sebab sibuk bekerja. Bila cuti pula sudah tiada siapa di sana. Sedih saja, tapi dapat juga balik walaupun sekejap seronok bila tengok anak-anak gembira gitu.

Ke Bentong untuk hantar ummi dan ayah ke rumah ateh pula sebelum balik Kelantan, dan sebelum baru balik rumah wan, ateh bagi 4 biji durian dari Raub...huhuhu dapat juga durian itu. memang belah-belah sana sahaja rasanya sedang berbuah sebab di kebun wan ada manggis sahaja. Alhamdulillah selepas sampai rumah terus makan durian itu. Erm memang sudah hantu durian kan so memang da tidak tunggu esoklah. Ya Allah, nikmatnya memang tidak terkata hingga menjilat jari gitu kan.


Alhamdulillah semua isi sedap...







Friday, 25 March 2011

Putrajaya

Erm petang Sabtu itu lepas habis aktiviti di Lowyat semua bagai terus ke Putrajaya. En. Muz sibuk suruh Pn. Maidatul cari jalan terdekat guna PAPAGO. Erm tapi still tersasar juga ke tempat lain nasib sempat sampai ke masjid besi aka Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu sebelum Asar. Seronok pula ke sana. Setiap kali ke Putrajaya pasti itulah tempat bersolat. Lepas solat Zohor terus tunggu Azan Asar dalam setengah jam gitu. So dapatlah berjemaah bersama-sama yang lain disana. Tenang berada di masjid itu.

Ehsan Internet

Selepas solat Asar nak ke Belon Panas itu. Konon-konon nak naiklah kan. Tapi program tak jalan sebab hujan so terus ke Alamanda jalan-jalan kat dalam itu sambil tunggu adik En. Muz datang. Ganas gitukan belon-belon ini.

Ehsan Internet

MPH ada buat promosi buku-buku. Bukan main seronok puteri-puteri Pn. Maidatul tengok banyak sungguh buku-buku dan siap ada puzzle kan, lagilah mereka teruja.

 Puzzle...dimana pun bila jumpa puzzle pasti beli. ;))

Hadiah untuk Akalili dan Sorfina...

Setiap kali lepas solat Maghrib pasti Pn. Maidatul akan luangkan masa untuk baca kisah 25 Rasul ini untuk puteri-puteri kesayangannya. :))
Mudah-mudahan puteri-puteri Pn.Maidatul akan sentiasa mendalami kisah para ambia untuk dijadikan pedoman hidup dalam hidup mereka, amin.


last weekend

Alhamdulillah hari cuaca baik gitu kan...seronok juga kerja sudah siap. Then next week continue project baru pula.... c4y4o ;))

Last weekend tak jadi cuti2 tapi Pn. Maidatul still busy jalan2 sana sini. Sabtu pagi sudah ke plaza lowyat En. Muz nak survey barang dia. Pn. Maidatul pula sibuk nak mencari pendrive sekali dapat external hard disk ;)) puteri-puteri aku pula sibuk nak mencari selipar baru hehehe. Masing-masing ada agenda masing-masing gitu kan.

Lepas settle di lowyat terus ke parkson BB Plaza cari selipar Cik Akalili then terus ke sg.wang plaza pula. huhuhu lama sungguh weh Pn. Maidatul tidak kesana. Masa lalu di Vincci En. Muz tegur...

En. Muz : Tak nak beli kasut ker.
Pn. Maidatul : Erm..tak naklah, ramai orang serabut.
En. Muz : Ramai orang la ok tak malu sangat.
Pn. Maidatul : Senyum...

Sebenarnya Pn. Maidatul malas sungguh nak tengok kasut kasut itu sebab tak de plan pun nak beli kasut, then terus En. Muz ajak layan sunglasses Vincci. Tidak pernah cuba yang Vincci kan so layan gak lah. Test itu dan ini sebab pengurus aka En. Muz memang agak cerewet dalam pemilihan sunglasses untuk Pn. Maidatul. Maka hasilnya dapatlah dua hehehe. Dan yang pasti sibuk nak pakai adalah anak comel berdua ini.

 

Lepas penat berjalan kami makan di KFC bawah itu....

Cik Akalili kepenatan...

Cik Sorfina sudahlah penat berjalan, siap nangis lagi sebab belon terlepas.
Nasiblah ada kakak yang sayang sangat pada adiknya.
Ambillah kakak punya ;))
 Bulat ni siap nangis sebab belon ini terbang...

Yummy...tengah lapar sangat layan jer...



rindu kat budak tembam ini

Dalam pada nak bergambar sempat lagi Cik Sorfina pandang tempat lain
tapi jari still buat peace ;))
Rindu bangat sama si tembam ini....

Wednesday, 23 March 2011

External Hard Disk

Sekarang ini Pn. Maidatul sibuk dengan kerja contract sum analysis tapi nak gak sibuk transfer kan semua gambar dalam external hard disk yang baru...suka suka sudah ada tempat untuk simpan semua pictures dan folder peribadi. Tidak perlu lagi save di komputer office itu. Nak save dalam laptop pun macam banyak gitu kan...mulanya nak beli pendrive jea tapi dapat pulak external hard disk ini...terima kasih ye En. Muz...sangat memahami keperluan Pn. Maidatul (^_^)

 Samsung 2.5" S2 External Hard Disk 500G, 640G, 1TB with Leather Case RM180

dan menambah koleksi pendrive-->SanDisk 8GB RM40

;))



Tuesday, 22 March 2011

audit...

Hari Isnin baru ini ada audit punyalah aku serabut nak update fail meja. Kemas segala macam atas meja last last dorang tak round pun just datang jumpa big boss jer...penat den mengomeh jer heh...

 sebelum...

selepas...

Pn. Maidatul rasa sama jer nih...before and after...erm malas lea nak fikir...
Serabut jer, selagi main dengan paper memang susah nak mengomeh...huhuhu



Monday, 21 March 2011

Jumaat lepas punya story

Salam satu dunia di pagi Isnin yang ceria ;))
Macam luar biasa pagi2 sampai office serabut dengan kerja yang dalam delima...erm nasib lea bos sudah ada kalo tidak jenuh nak ngadap big boss... i dont like :((
Erm hari ini juga Pn. Maidatul nak cancel kan cuti pada Jumaat lepas. Ingatkan pagi itu datang sekejap sahaja ke office rupanya haaahh ambik ko hampir jam 1900 Pn. Maidatul baru pulang ke rumah dengan merempit selagi bolehlah...haduuii....

Jumaat lepas punya story lagi erm ini yang buat Pn. Maidatul geram jugalah kan. Ceritanya En. Muz keluar dengan Cik Sorfina sebab hari itu sepatutnya program cuti2 Malaysia Pn. Maidatul. Sedih saja sebab kena datang office siapkan kerja. Tak sangka tetiba big boss bad mood nak itu dan ini. So layankan saja lea. Nasiblah En. Muz memahami situasi Pn. Maidatul dan melepaskan pergi ke office dengan harapan sekejap sahaja kot kan. Erm sekali hambik. Habis semua plan cuti-cuti itu kan...
Tetapi Pn. Maidatul geram sebabnya selepas Solat Jumaat itu En. Muz ajak Cik Sorfina keluar bila sampai destinasi tujuan Cik Sorfina tidur lagi so En Muz lock lah dari dalam sebab tidak mahu kejutkan Cik Sorfina. Then pergi destinasi tujuan, bila sudah settle semua balik ke kereta Cik Sorfina still masih tidur lagi. Puaslah En. Muz kejutkan hingga gayang2kan kereta pun tidak bangun. Lama kelamaan orang semakin ramai datang tengok apahal pulakkan En. Muz ini buat dan terus tolong kejutkan Cik Sorfina juga. Sampai Polis pun datang sekali tolong kejutkanlah. Lastly polis itu pun terpaksa gunakan cara2 mereka untuk bukakan pintu kereta. Alhamdulillah boleh buka. Bila buka sahaja pintu kereta elok jea Cik Sorfina jaga dan confuse kenapa ramai orang berkerumun. 
Bila En. Muz tanya 'kenapa adik tak bangun masa abah kejut', boleh Cik Sorfina cakap 'adik tidur jea ha, bukan buat apa2 pun'...erm confirm Cik Sorfina tengah mamai dan confused. Then polis itu pesan kat En. Muz lain kali jangan buat macam ini lagi bahaya.

Masa Pn. Maidatul dapat call dari En. Muz bagitau pasal kejadian itu Pn. Maidatul sudah cuak gitu. Then En. Muz dan dan suruh balik ambilkan kunci spare di rumah. Dengan gelabah bagai Pn. Maidatul pun terus capai apa yang patut terus keluar. Separuh jalan En. Muz call bagitau semua sudah settle, Pn Maidatul patah ke office semula.

Bila balik rumah bising jugalah kat En Muz sebab bahaya tu. Kalau jadi apa2 nanti. Nauzubillahminzalik.



Wednesday, 16 March 2011

pisang berangan

Erm semalam masa Pn. Maidatul hendak pergi kerja anak daranya Cik Akalili tiba-tiba bagitahu yang dia teringin sangat nak makan pisang. Siap bagitahu Pn. Maidatul tu yang pisang ada vitamin. Kebetulan juga semalam ada pasar tani di office memang ada saja pisang dijual disana so apa lagi kan tidak perlulah Pn. Maidatul keluar waktu rehat untuk mencari pisang cuma pilih saja di pasar tani.

Bila balik semalam Cik Akalili nampak Pn. Maidatul bawa pisang terus senyum suka. Dan terus cakap terima kasih pada Pn. Maidatul sebab belikan pisang itu kan. Gembira sungguh bila tengok anak-anak seronok begitu. Alhamdulillah...

 Kata adik tu, lagi byk bintik2 di pisang tu lagi manis pisang berangan ini.

Pn. Maidatul pun meng google lah info tentang pisang ---> Petua Warisan, tq.


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi, garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ˜The New England Journal of Medicine˜, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!;

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Tuesday, 15 March 2011

Lunch & Dinner ---> Secret Recepi...Intai-intai ;))

Kebetulan Isnin minggu lepas cuti makanya seronoklah berdua-duaan kehulu kehilir selepas menghantar Cik Akalili ke sekolah. Kebetulan En. Muz ada hal di Kajang so Pn. Maidatul akan menemani sepanjang waktu :)) dan alhamdulillah semua selamat tunggu masa dan waktu sahaja untuk pergi.

Masa menjemput Cik Akalili sudah terlewat sedikit sebab ada hal perlu En. Muz settle kan. Pn. Maidatul terus call Kak Zu aka pembantu cikgu bagitahu lewat dalam 15 minit gitu. Selepas jemput Cik Akalili Pn. Maidatul ajak En. Muz lunch di The Mall di Secret Recepi. 1st time gitu ajak En. Muz lunch kat situ. 

Kek coklat aiskrim for Cik Akalili...
Yummy...sedap Pn. Maidatul dan En. Muz yang habiskan...
Tom Yam Noodle...Walaa for Pn. Maidatul... 
Curry Assam Chicken for En. Muz..
.
Strawberry yogurt + Orange yogurt + Watermelon Juice 

DAN

Dinner pula En. Muz ajak pergi ke Intai-Intai...mulanya En. Muz tanya booking di kat mana dinner. Pn. Maidatul senyap sajalah sebab memang tak plan nak booking-booking nie, lagipun memang tak penah buat kan...then En. Muz terus sambung 'la kenapa tak minta duit nak booking', erm dalam hati tau pun Pn. Maidatul ini malas nak keluarkan duit dan kedekut sikit hehehe. Lagi pun bukan Pn. Maidatul lah nak minta-minta duit ini bagai.

 
telur dadar...harus ada ;))

butter prawn...walaa ;))

tom yam seafood...walaa ;))

kangkung goreng...best ;))

sotong goreng tepung...best ;))

the menu for dinner ;))

Sirap bandung...
Jus tembikai...
Ciku + Mangga = Cinggo (kalau tak silap la)



Friday, 11 March 2011

Alhamdulillah

Erm salam pagi Jumaat yang indah. Pagi ini Pn. Maidatul sampai office terus on pc sebab nak update blog, hehehe...Ialah lately Pn. Maidatul agak sibuk dengan kerja di office pulang ke rumah pun agak lewat tapi Pn. Maidatul rasa berbaloi dan puas sebabnya Pn. Maidatul dan Dia sahaja yang tahu. Dan sekarang rasa sudah lapang sikit maybe nanti nanti sibuk semula kan.

Alhamdulillah Isnin baru ini Pn. Maidatul dan En. Muz adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7. Dalam masa 7 tahun ini pelbagai pengalaman pahit dan manis dilalui bersama. Pn. Maidatul sangat bersyukur kepada ALLAH dan sentiasa menghargai peluang hidup dan masa yang ALLAH kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

Sempena ulang tahun perkahwinan kali ini Pn. Maidatul membuat kejutan kepada suami tercinta, hehehe....selalunya Pn. Maidatul akan memasak di hari ulang tahun tapi kali ini ubah sikit kan. Memang En. Muz saja selalunya yang buat kejutan dan kali ini sama-sama buat kejutan ;)) seronok juga.

Casio Beside sepasang...
Dari Pn. Maidatul.

Sony Ericsson - XPERIA 10
Pemberian dari En. Muz.


nota akal - Pn. Maidatul rasa Ulang Tahun Perkahwinan kali ini seperti baru bernikah saja sebab dapat dari En. Muz sepersalinan barang kemas dan juga handphone baru. Terima kasih ye sayang atas segalanya sesungguhnya bukan itu yang Pn. Maidatul pinta cumalah kasih sayang sepenuhnya. Semoga ALLAH beri En. Muz dan Pn. Maidatul sebuah keluarga yang bahagia hingga ke syurga nanti. amin...






Wednesday, 9 March 2011

Cameron Highlands

;)) Alhamdulillah Pn. Maidatul selamat pergi dan pulang dari cuti-cuti di Cameron Highlands bersama keluarga nurcinta. Seronok disana sejuk saja. Cuaca pun ok walaupun panas masih terasa kesejukannya. Kali ini pergi En. Muz ikut jalan baru di Sg. Koyan kata makcik Pn. Maidatul ikut jalan baru ini dekat. Oleh itu mari kita cuba ;))

Perjalanan memang dari Nogori lah kan. Ikut Simpang Pelangai, terus ke Karak dan ikut jalan pintas yang tidak lalu Bentong terus lalu Lurah Bilut ke Raub ke Sg. Koyan dan ke Pos Betam itulah laluan baru. Dan bagi Pn. Maidatul memang dekatlah bagi orang-orang Bentong nak ke sana. Tapi macam Pn. Maidatul ni jauh juga rasa. Next time kena lepak Bentong dulu baru leh naik Cameron Highlands. Hehehe...

kiri kanan bukit bukau saja bila masuk ke Pos Betam...
Cantik lihat keindahan ciptaanNya ini... ;))

Waktu senja sudah hampir sampai ke Ringlet...

 Check in...
Ambil kunci saja lepas itu pergi makan...

Pergi pun sudah petang sebab belah paginya En. Muz ada program Maulidur Rasul di pejabat. Selepas itu Allah uji, kami redha. Sampai ngam-ngam jam 2000 check in. Miss di counter reception itu pun siap tanya Pn. Maidatul kenapa lewat sangat check in. Erm Pn. Maidatul pun bagitahulah ada problem sikit tadi. Then lepas ambil kunci kami terus keluar cari kedai makan. Lapar bukan main da perut masing-masing ini siap berkeroncong bagailah dalam perut ni ha. hihihi... 


next will be continued.... ;))



Beautiful Morning

Pagi tadi awal Pn. Maidatul keluar malas nak layan sesak dengan orang ramai. Macam biasalah confirm sampai sekolah Cik Akalili awal kan...macam biasa jugalah Pn. Maidatul akan tunggu gate untuk murid-murid PRA buka dan hantar Cik Akalili ke kelas barulah Pn. Maidatul ke office pula. Memang itulah rutin Pn. Maidatul jika waktu persekolahan tapi kalau En. Muz cuti pasti semuanya diuruskan olehnya.

Erm tetiba sahaja pagi tadi masa dalam perjalanan Pn. Maidatul rasa sangat tenang dan seronok, erm kenapa yea. Bila sampai di office pula Pn. Maidatul dapat sms dari En. Muz tanya hujan ke tidak. Mestilah tidak kan...perjalanan pagi memang seronok don't know why ;))

Erm hari ini macam nak pergi ke site Subang ada perkara nak settle di sana tapi macam tak boleh siap saja kerja yang nak di bawa ke sana sebab ada bos Pn. Maidatul yang sudah keluar kursus. Tengoklah petang nanti kalau sempat baru pergi.

Saturday, 5 March 2011

ujian :) ---> updated...

Meredhainya....

Aku sudah macam putus asa dan sudah hendak call hotel untuk cancel booking...perancangan awal bertolak jam 1400 tapi hubby habis program awal so nak gerak awallah...jam 1245 gitu sudah nak bertolak. Bila hubby check apa yang patut kat kereta tiba-tiba bila hendak start...terus tidak boleh start padahal before that ok jea. erm ntah apa yang hubby buat pun aku tak tahu yang pasti aku tengok hubby siram body-body dalam enjin itu dengan air. Dalam lima botol 1.5liter air gitu hubby siram. Lastly enjin tidak boleh start...huhuhu

Dalam 15 minit hubby cuba dan cuba namun masih tidak boleh start. Habis juga semua kawannya di call untuk tanya kot kot la boleh tahu apa punca kerosakan. Alhamdulillah ada seorang dua kawan hubby yang datang rumah kebetulan mereka baru habis kerja tolong sama-sama check apa masalahnya. Alhamdulillah masalah kecil saja cuma hubby terlepas pandang... Alhamdulillah juga dengan izin Allah dapat baiki dengan jayanya...

Bila sudah start enjin dengan baik sekali hubby terus pandang aku sambil kenyit mata. Itulah Muzlienor dan selalunya memang begitu, walau apapun masalah yang dihadapi dia tidak pernah cepat putus asa dan steady jea. Syukur punya hubby yang sabar gitu kan...Alhamdulillah...

Bila semua sudah baik dan juga sudah pun masuk waktu zohor so hubby kata elok kita solat dulu baru bertolak... Jam 1430 gitu kami bertolak...

Alhamdulillah semua dengan izinNYA...

Thursday, 3 March 2011

handkerchief...air kelapa....

Semalam aku mengadu kat hubby yang batuk aku ini buat aku pening kepala. Hubby suruh aku makan ubat. bagi aku, aku malas nak ajar sakit sikit makan ubat bagi diri akulah tapi kalau anak-anak or hubby sakit aku paksa makan ubat pula boleh...
Pastu hubby boleh cakap oklah kalau gitu nanti cari handkerchief naruto. Erm aku diam, 'dalam hati apa pula kena mengenanya handkerchief naruto itu dengan batuk-batuk aku ini'. 



Air kelapa...Sodapnyerrrr...

Sekarang ini aku suka minum air kelapa erm baru dua kali jea. Aku beli di pasar tani di office aku ini. Kebetulan ada pula ada kelapa sebiji gitu bila tanya makcik itu kata untuk jual aku pun apa lagi belilah. Sebiji RM2 sahaja oklah tu. Last aku ingat aku beli masa aku jaga projek kat Kuala Terengganu di pasar malam KT. Masa itu aku tengah pregnant kan Sorfina. Tapi kali ini aku minum dengan  harapan hilangkan sakit tekak aku ini.

Tuesday, 1 March 2011

Kenangan

Tengah aku mengemas-ngemas opsss terjumpa lak benda-benda ini...uikss malam-malam ini buat aku teringat kenangan lalu...barang-barang yang aku bagi pada hubby dan ada juga hubby yang sendiri nak sangat barang2 aku kan...hehehe

 
My 2nd phone tapi en muz yg guna...
in 1999...

tak sangka lak aku, hubby boleh letak sticker nie...

 jam yang paling aku suka dan sayang...
pun hubby nak...

Dan sangka aku banyak rupanya surat yang aku pos kpd hubby...
Bila fikir-fikir semula macam mana dan masa bila lah
aku suka sangat menulis-nulie surat nie...

Bila tengok phone nie rindu lak aku ngan phone aku yang adik aku sedang baiki tu...erm bilalah nak siap agaknya...tak sampai setahun pun aku pakai tapi aku da rosakkan...huhuhu sedih jea... ;((
Walaupun hubby sudah replace kan aku dengan phone yang baru tapi ntah lah maybe sebab aku belum familiar lagi kot dengan function phone tu walaupun dari brand yang sama...

semuanya awal gitukan...

~ Hari ini aku pulang awal sebab my kenderaan rosak...kesian hubby kena datang dari jauh-jauh sebab aku lebih suka susahkan dia dari orang lain...heheheh
~ Malam ini juga seawal jam 2100 my lil girls sudah tidur macam pelik saja aku rasa kan....
~ Dan yang pasti hubby memang awal-awal lagi sibuk dengan kerjanya lah kan...
~ Erm aku pula awal-awal layan citer di tv sambil kejap-kejap tv3...kejap-kejap astro ria...kejap-kejap astro prima itulah saja aku duk ulang-ulang bila iklan...erm bosan lea tu kot...sambil menaip-naip...dan batuk tidak terhingga...
~ hahaha....pelik pulak malam ini aku rasa...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails