Friday, 25 March 2011

Putrajaya

Erm petang Sabtu itu lepas habis aktiviti di Lowyat semua bagai terus ke Putrajaya. En. Muz sibuk suruh Pn. Maidatul cari jalan terdekat guna PAPAGO. Erm tapi still tersasar juga ke tempat lain nasib sempat sampai ke masjid besi aka Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin itu sebelum Asar. Seronok pula ke sana. Setiap kali ke Putrajaya pasti itulah tempat bersolat. Lepas solat Zohor terus tunggu Azan Asar dalam setengah jam gitu. So dapatlah berjemaah bersama-sama yang lain disana. Tenang berada di masjid itu.

Ehsan Internet

Selepas solat Asar nak ke Belon Panas itu. Konon-konon nak naiklah kan. Tapi program tak jalan sebab hujan so terus ke Alamanda jalan-jalan kat dalam itu sambil tunggu adik En. Muz datang. Ganas gitukan belon-belon ini.

Ehsan Internet

MPH ada buat promosi buku-buku. Bukan main seronok puteri-puteri Pn. Maidatul tengok banyak sungguh buku-buku dan siap ada puzzle kan, lagilah mereka teruja.

 Puzzle...dimana pun bila jumpa puzzle pasti beli. ;))

Hadiah untuk Akalili dan Sorfina...

Setiap kali lepas solat Maghrib pasti Pn. Maidatul akan luangkan masa untuk baca kisah 25 Rasul ini untuk puteri-puteri kesayangannya. :))
Mudah-mudahan puteri-puteri Pn.Maidatul akan sentiasa mendalami kisah para ambia untuk dijadikan pedoman hidup dalam hidup mereka, amin.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails