Friday, 11 March 2011

Alhamdulillah

Erm salam pagi Jumaat yang indah. Pagi ini Pn. Maidatul sampai office terus on pc sebab nak update blog, hehehe...Ialah lately Pn. Maidatul agak sibuk dengan kerja di office pulang ke rumah pun agak lewat tapi Pn. Maidatul rasa berbaloi dan puas sebabnya Pn. Maidatul dan Dia sahaja yang tahu. Dan sekarang rasa sudah lapang sikit maybe nanti nanti sibuk semula kan.

Alhamdulillah Isnin baru ini Pn. Maidatul dan En. Muz adalah hari ulang tahun perkahwinan kami yang ke-7. Dalam masa 7 tahun ini pelbagai pengalaman pahit dan manis dilalui bersama. Pn. Maidatul sangat bersyukur kepada ALLAH dan sentiasa menghargai peluang hidup dan masa yang ALLAH kurniakan dalam dunia yang sementara ini.

Sempena ulang tahun perkahwinan kali ini Pn. Maidatul membuat kejutan kepada suami tercinta, hehehe....selalunya Pn. Maidatul akan memasak di hari ulang tahun tapi kali ini ubah sikit kan. Memang En. Muz saja selalunya yang buat kejutan dan kali ini sama-sama buat kejutan ;)) seronok juga.

Casio Beside sepasang...
Dari Pn. Maidatul.

Sony Ericsson - XPERIA 10
Pemberian dari En. Muz.


nota akal - Pn. Maidatul rasa Ulang Tahun Perkahwinan kali ini seperti baru bernikah saja sebab dapat dari En. Muz sepersalinan barang kemas dan juga handphone baru. Terima kasih ye sayang atas segalanya sesungguhnya bukan itu yang Pn. Maidatul pinta cumalah kasih sayang sepenuhnya. Semoga ALLAH beri En. Muz dan Pn. Maidatul sebuah keluarga yang bahagia hingga ke syurga nanti. amin...






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails