Salam satu dunia di pagi Isnin yang ceria ;))
Macam luar biasa pagi2 sampai office serabut dengan kerja yang dalam delima...erm nasib lea bos sudah ada kalo tidak jenuh nak ngadap big boss... i dont like :((
Erm hari ini juga Pn. Maidatul nak cancel kan cuti pada Jumaat lepas. Ingatkan pagi itu datang sekejap sahaja ke office rupanya haaahh ambik ko hampir jam 1900 Pn. Maidatul baru pulang ke rumah dengan merempit selagi bolehlah...haduuii....
Jumaat lepas punya story lagi erm ini yang buat Pn. Maidatul geram jugalah kan. Ceritanya En. Muz keluar dengan Cik Sorfina sebab hari itu sepatutnya program cuti2 Malaysia Pn. Maidatul. Sedih saja sebab kena datang office siapkan kerja. Tak sangka tetiba big boss bad mood nak itu dan ini. So layankan saja lea. Nasiblah En. Muz memahami situasi Pn. Maidatul dan melepaskan pergi ke office dengan harapan sekejap sahaja kot kan. Erm sekali hambik. Habis semua plan cuti-cuti itu kan...
Tetapi Pn. Maidatul geram sebabnya selepas Solat Jumaat itu En. Muz ajak Cik Sorfina keluar bila sampai destinasi tujuan Cik Sorfina tidur lagi so En Muz lock lah dari dalam sebab tidak mahu kejutkan Cik Sorfina. Then pergi destinasi tujuan, bila sudah settle semua balik ke kereta Cik Sorfina still masih tidur lagi. Puaslah En. Muz kejutkan hingga gayang2kan kereta pun tidak bangun. Lama kelamaan orang semakin ramai datang tengok apahal pulakkan En. Muz ini buat dan terus tolong kejutkan Cik Sorfina juga. Sampai Polis pun datang sekali tolong kejutkanlah. Lastly polis itu pun terpaksa gunakan cara2 mereka untuk bukakan pintu kereta. Alhamdulillah boleh buka. Bila buka sahaja pintu kereta elok jea Cik Sorfina jaga dan confuse kenapa ramai orang berkerumun.
Bila En. Muz tanya 'kenapa adik tak bangun masa abah kejut', boleh Cik Sorfina cakap 'adik tidur jea ha, bukan buat apa2 pun'...erm confirm Cik Sorfina tengah mamai dan confused. Then polis itu pesan kat En. Muz lain kali jangan buat macam ini lagi bahaya.
Masa Pn. Maidatul dapat call dari En. Muz bagitau pasal kejadian itu Pn. Maidatul sudah cuak gitu. Then En. Muz dan dan suruh balik ambilkan kunci spare di rumah. Dengan gelabah bagai Pn. Maidatul pun terus capai apa yang patut terus keluar. Separuh jalan En. Muz call bagitau semua sudah settle, Pn Maidatul patah ke office semula.
Bila balik rumah bising jugalah kat En Muz sebab bahaya tu. Kalau jadi apa2 nanti. Nauzubillahminzalik.
No comments:
Post a Comment