Wednesday 9 March 2011

Beautiful Morning

Pagi tadi awal Pn. Maidatul keluar malas nak layan sesak dengan orang ramai. Macam biasalah confirm sampai sekolah Cik Akalili awal kan...macam biasa jugalah Pn. Maidatul akan tunggu gate untuk murid-murid PRA buka dan hantar Cik Akalili ke kelas barulah Pn. Maidatul ke office pula. Memang itulah rutin Pn. Maidatul jika waktu persekolahan tapi kalau En. Muz cuti pasti semuanya diuruskan olehnya.

Erm tetiba sahaja pagi tadi masa dalam perjalanan Pn. Maidatul rasa sangat tenang dan seronok, erm kenapa yea. Bila sampai di office pula Pn. Maidatul dapat sms dari En. Muz tanya hujan ke tidak. Mestilah tidak kan...perjalanan pagi memang seronok don't know why ;))

Erm hari ini macam nak pergi ke site Subang ada perkara nak settle di sana tapi macam tak boleh siap saja kerja yang nak di bawa ke sana sebab ada bos Pn. Maidatul yang sudah keluar kursus. Tengoklah petang nanti kalau sempat baru pergi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails