Wednesday, 30 March 2011

Raja Buah bukan raja lawak ;))

Erm hari ini barulah ada masa sikit dan boleh dikatakan kudrat mata dan tangan Pn. Maidatul ini nak menaip dan mengadap pc untuk berblog. Kalau tidak adoi kepenatan membuatkan Pn. Maidatul malas dan malas. 
Hujung minggu lepas adalah minggu yang agak sibuk bagi Pn. Maidatul kulu kilir dengan kelas litar itu...huhuhu boleh masuk litar ke tak lea ini kan. Tapi boleh kot hehehe ke berangan je lobih. Sabtu lepas selepas habis kelas terus balik Kuala Pilah then sambung ke Bentong pula. Sebabnya surat nikah umi n ayah tertinggal tapi oklah kan. Seronok puteri-puteri Pn. Maidatul dapat balik Pilah ye lah sudah berapa lama tidak balik sebab sibuk bekerja. Bila cuti pula sudah tiada siapa di sana. Sedih saja, tapi dapat juga balik walaupun sekejap seronok bila tengok anak-anak gembira gitu.

Ke Bentong untuk hantar ummi dan ayah ke rumah ateh pula sebelum balik Kelantan, dan sebelum baru balik rumah wan, ateh bagi 4 biji durian dari Raub...huhuhu dapat juga durian itu. memang belah-belah sana sahaja rasanya sedang berbuah sebab di kebun wan ada manggis sahaja. Alhamdulillah selepas sampai rumah terus makan durian itu. Erm memang sudah hantu durian kan so memang da tidak tunggu esoklah. Ya Allah, nikmatnya memang tidak terkata hingga menjilat jari gitu kan.


Alhamdulillah semua isi sedap...







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails