Thursday, 30 June 2011

semoga ALLAH permudahkan untukmu Sayang...


Alhamdulillah sampai hari ini Cik Sorfina aku ini tiada apa-apa dan sihat. Mudah-mudahan ALLAH permudahkan kesihatannya. Ceritanya 4 Jun 2011 hari tu pergi ke Perak untuk ke Majlis Pernikahan Cik Anem now sudah Puan la kan. Sabtu itu selepas Asar Majlis akad nikah berlangsung. So kami check in dulu kat Bukit Merah Laketown Resort. Sampai rumah pengantin, kadi sedang sibuk bagi penerangan kat bakal pengantin lelaki. Sesambil itu aku duk la dengar benda-benda yang aku pernah lalui dahulu kan.

Tetiba Sorfina nak air kebetulan memang ada air dekat dengan aku itu yang dia sibuk nak air. Oklah aku pun ambil dan bagi pada Sorfina. Tapinya Sorfina ralik dok minum air sambil mulutnya di bibir cawan. Lama kelamaan dengan tidak semena-mena cawan yang masih di bibir mulutnya pecah, memang cawan kaca itu agak nipis di bahagian atasnya. Aku terkejut terus bawak Sorfina keluar. Ya ALLAH masa itu memang aku sudah takut sangat hubby yang sibuk duk settlekan semua. Sambil itu Sorfina sudah menangis aku lagilah takut. Bila semua kaca serpihan sudah keluar dari mulut hubby sibuk duk cantumkan pada cawan untuk tengok kalau-kalau ada yang masih ada yang kosong. Alhamdulillah semua yang hubby cantum ada maknanya serpihan itu semua keluar dari mulut Sorfina. Lepas itu hubby duk suruh Sorfina berkumur dan buangkan air itu nasiblah kami memang ajar berkumur so memang tidak ada masalah.

Alhamdulillah juga tiada luka-luka pada bibir atau pun di dalam mulut syukur sangat. Sudah hampir sebulan berlalu Sorfina sihat dan mudah-mudahan ALLAH permudahkan segalanya buat Sorfina. AMIN.

Wednesday, 29 June 2011

tanpa kata seribu makna \ ( ^__^ ) /


Darah dan Air Gula...

Setelah tiga belas jam aku berpuasa jam 1100 baru dapat makan. Alhamdulillah kenyang, makan nasi berlauk ayam goreng + sambal sotong + bayam goreng = rm3.50 murahkan mungkin nasi separuh kot. Lepas makan layan air oren tropicana twister.

Hari ini aku ada appointment di klinik so pagi-pagi sudah ke klinik...Hari ini ambil darah dan minum air gula. So dari jam 2200 malam tadi aku kena berpuasa untuk ambil darah dan minum air gula. Selepas ambil darah kena minum air gula, alhamdulillah tak sampai 5 minit aku habiskan terus jumpa nurse dan nurse suruh datang dua jam lagi so aku boleh pergi mana-mana aku nak la kan. Apalagi aku balik tidur lea hihihi tapinya nurse pesan jangan makan dan minum selain plain water jer. erm yer lah. Aku balik air kosong pun aku tak minum just balik tidur saja... Jam 1030 aku pergi semula klinik, nasib lea rumah dekat dengan klinik. Tak sampai 10 minit nama aku dipanggil sebab sudah dua jam kan so kena ambil darah sekali lagi dan boleh balik. Terus boleh makan dan terus ke office.

Sudah lepas part minum air gula hehehe. Bagi aku takde la teruk sangat macam orang cakap sampai nak bersulamkan air kosong. Bagi aku kalau bersulam dengan air kosong mungkin aku boleh muntah sebab banyak minum kan. Entahlah cara orang berbeza-beza.
Part ambil darah pula, 1st time ambil ok. 2nd time ambil susah pula darah nak keluar sampai tiga tempat cari baru darah nak keluar. Mungkin aku sejut kot hari kan hujan. Aku ini kalau sejuk-sejuk darah dan dan nak beku huhuhu. Lenguh-lenguh dua-dua lengan tangan aku.

Lepas ini appointment aku dalam bulan puasa pula. Sudah tidak lama kan Ramadhan nak datang. Rindu rasanya nak sambut Ramadhan :))

Thursday, 23 June 2011

pabila larut malam ( ^__^ )

Satay dan kepok lekor...

Apabila asyik muntah-muntah dan pening-pening keadaan makan minum aku memang tak tentu arah...kekadang boleh telan kekadang langsung tidak boleh terima apa pun...sampai aku mengalirkan air mata mengenangkan tekak aku yang tidak boleh terima itu ini dalam waktu-waktu tertentu...puas aku cuba yang ini tak sedap cuba yang itu pun sama sudahnya puaslah hubby melayan karenah tekak aku yang terkadang ok terkadang tidak.

Tapi malam-malam la ni aku memang layan makanan yang gitu-gitu jer, nasi memang aku sudah tidak boleh masuk lagi. Dan sekarang ini aku suka makan roti gulungkan dengan sausage black paper nie erm besttt tambah sos cili bagi pedas lagi. Slalunya dua ketul je aku telan lepas itu x boleh da.


Bila keluar pula aku suka order makan yang biasa-biasa saja alhamdulillah semua yang aku nak ada like kepok lekor tu kan ada pula malam-malam. Sampaikan hubby cakap kat aku ada berapa orang baby dalam perut aku ini. Kejap nak makan itu kejap nak makan ini tapi makan sikit da tak makan. Ntahlah tekak aku memang tak tentu arah sungguh. Kadang kalau hubby cuti rajin juga carikan aku air yang sedapkan tekak aku ini like AppleLime dan makanan kesukaan dan rajin juga hubby datang lunch dengan aku. Sebabnya aku memang selalu merungut waktu lunch aku bosan tak tahu nak makan apa.

Di awal pregnancy ini juga hubby kerap ambil cuti temankan aku walaupun aku bekerja. Kadang-kadang aku kecian juga pada hubby dengan kerja yang banyak tapi kadang-kadang terpaksa meluangkan masa untuk uruskan anak-anak dan aku yang tak tentu arah ini. Mungkin sebelum masuk trimester ketiga keadaan sebegini sudah ok.

Wednesday, 22 June 2011

16 weeks \ ( ^ __ ^ ) /

Alhamdulillah pagi tadi aku buat 1st check up. Itupun sebab hubby sibuk dok suruh aku pergi. Kalo nak diikutkan masa aku gi 1st scan kat klinik hujung bulan Mei hari itu terus hubby nak aku buka buku merah terus. Erm tapi aku malas nak pergi sebab awal lagi. Nak nak aku dengar sekarang kena minum air gula kan so aku lagi la macam malas nak pergi awal. Dua kali juga aku pergi klinik biasa untuk check baby then aku buat follow up kat klinik kerajaan. 

Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah pergi dok tunggu klinik buka tapi sudah ramai orang juga yang tunggu. Now aku pergi sorang-sorang jer before ini ada orang temankan. Nak buat macam mana kan orang tu busy sebab nak serah tugas dan nak settlekan kerja-kerja yang tinggal. 0730 baru pintu klinik buka so ramai lea orang serbu untuk ambil nombor, aku saja cool konon-konon la kan cool tak kan la aku pun nak jadi macam dorang yang tak sabar. Alhamdulillah orang yang cool ini dapat nombor 2 untuk buka buku baru kan. Erm itulah sama suruh rebut-rebut kan. Tengok ALLAH permudahkan urusan aku, alhamdulillah. 

Erm setiap kali nak buat buku baru pasti nak buku yang lama kan untuk next baby tetapi aku sudah puas cari tak jumpa. Aku pun cakap lea terus terang aku tak jumpa buku itu. Erm ok jea xpe kalo xde buku tapinya kita kenalah isi butir-butir yang mereka nak. Confirm akan tanya anak ke berapa kali ini. Aku jawablah tiga. Erm lepas itu aku cakap aku pernah gugur sekali so automatik anak yang bakal lahir ini anak yang ke empat. 

Alkisahnya aku bunting pelamin juga masa lepas menikah tu. Tapi yelah 1st time pregnant masa itu kan so aku rujuklah kat satu hospital kerajaan ni. Lepas check siap scan tu doktor cakap memang aku pregnant tapi dalam rahim aku just ada kantung saja. Yang di dalam kantung itu tidak ada apa-apa. Erm aku macam confius kejap. Sebab aku tidak puas hati aku pergi lah klinik panel aku masa kerja di office lama dulu. Bila doktor tu check cakap ok pula, siap bagi vitamin + supplement bagai. Lagi la buat aku confius kan. tapi aku still pergi hospital kerajaan itu sebab kena follow up kes aku ini. Then pergi second time terus doktor suruh aku buat D&C. Aku macam sudah pening mana nak ikut. Tetapi ye lah orang kata kerajaan buat semua menda detail kan so dorang tahu yang mana baik buruk so aku terus fikir ikut apa yang pihak hospital suggestkan.

Masa itu memang sedih sangat. Hubby jangan cakaplah lagilah sedih. Tapi bila kami bincang-bincang semula mungkin ada hikmah di sebalik ujian ALLAH ini. Kami terima dengan keadaan tenang walaupun sedih. Bila keluar wad aku terus balik rumah mak. Mak jaga aku sampai sihat. Aku ingat lagi lepas hubby hantar aku terus dia balik rumah parents dia pula sebab tak sanggup duduk dengan aku. Mungkin dia sedih, aku nampak air muka hubby lepas aku bersalam dengannya matanya merah saja. Erm aku bila nampak macam tu lagilah, terus nangis.

Tetapi itu bukanlah bermakna aku tidak boleh mengandung lagi. Alhamdulillah selepas enam bulan cukup berehat aku terima berita gembila lagi. Terus hubby suruh aku behenti kerja duduk rumah berehat. Tapi aku ini manalah boleh duduk di rumah lama-lama kan. So kerja aku bila bosan tinggal sorang-sorang rajinlah aku balik rumah mak aku. Dok berhari-hari barulah aku balik ke pangkuan suami semula. Nasiblah hubby faham dan izinkan aku tinggal dengan mak aku. Tapi ada sekali itu aku memang dok lama betul rumah mak aku siap hubbu call tanya bila nak balik last-last hubby datang jemput rindu katanya, hikhikhik.
Itulah kisahnya.

Perkara yang aku buat hari ini:

Berat badan : 62.2kg
Tekanan darah : 108/62 (ok)
Air kencing : Ok
HB : 10.8 (tidak menepati sasaran 11 keatas) :((
Perut : Baby ok. (nurse cakap baby besar, saya takutlah)
Gigi : Ok sihat dan cantik ;)
Masa ambil darah erm aku punyalah agak seram kan walau sudah mau masuk anak yang ke tiga ini tapi aku fikir positif sebab aku pernah derma darah selepas aku lahirkan Sorfina so aku fikir derma darah lagi banyak darah yang diambil ini botol kecil pun tak aku nak takutkan. Alhamdulillah, walau pun masa nurse tengok lengan aku urat-urat halus jer tapi darah keluar dengan jayanya hinggakan terpancut dan meleleh keluar sebelum nurse tu tutup dengan kapas. Erm memang masa nurse itu ambil aku tengok banyak betul botol yang nak diisi dengan darah aku ini. Aku siap tanya nurse nak ambil berapa kali darah ni. Nurse tu senyum dan cakap kat aku "nape awak nak saya ambilkan lagi ke, sekali ini sajalah". " ooo ingat banyak sebab botol banyak sangat tu. Senyum nurse tu engok aku. Apapin alhamdulillah kali ini darah keluar ok tak macam aku pregnantkan Akalili, sudahlah urat halus aku takut lagi habis jarum asyik keluar masuk dari lengan aku sudah-sudahnya ambil di pergelangan tangan. Makanya memang banyaklah berbekas kesan suntikan yang tidak menjadi.

Bila semua sudah settle nurse bagi ubat-ubatan dan nasihatkan aku suruh naikkan HB darah. Dan sebulan lagi berat aku kena naikkan sekurang-kurangnnya 2kg.


p.s. petangnya baru aku masuk office huhuhu....

Monday, 20 June 2011

tak faham aku sikap manusia ini

 

Sudah tulis dalam pejabat ini tidak dibenarkan merokok TAPI merokok juga...adoiii tak faham betullah kalau nak sakit...sakitlah sorang-sorang ini nan berkongsi ramai-ramai pulak asap yang kau sembur itu...
Bencinya aku nak tegur sudah tua tak tegur ikut suka pula nak merokok di dalam pejabat...kalau cakap melenting tetapi itulah hakikatnya...kalau mengata orang itu ini pandai tapi diri sendiri tak nak cermin dulu...
Sedih betul sikap manusia macam ini...harap ALLAH bukalah pintu hatinya untuk tahu hak orang lain dan tangungjawab diri sendiri... :((

Sunday, 19 June 2011

Tanah Kubur



Drama bersiri terbaru, Tanah Kubur menemui penonton di saluran Oasis pada setiap Jumaat bermula 13 Mei, jam 7.30 malam di saluran 106. Dengan 13 episod, drama terbabit sarat dengan nilai positif yang mampu dijadikan pengajaran dan iktibar kepada penonton, baik yang muda mahupun tua.

Bagi aku yang sudah lima episod berlalu di tonton bersama keluarga banyak teladannya. Dan untuk anak-anak pastinya akan tanya kenapa itu ini apabila sewaktu jenazah di kuburan. Dan untuk Akalili yang lihat pastinya lagi banyak soalannya dari Sorfina yang baru melepasi usia 3 tahun itu cuma mendengar apa yang kakaknya bertanya dan kami yang menjawab. Kisah-kisah yang lepas juga bagi usia Akalili pastinya kurang kenal apa itu menunjuk-nunjuk, bercakap besar dan mengumpat dan sewaktu dengannya kan. Tetapi berbeza dengan episod yang ke enam ini. Ceritanya sudah menunjukkan dan menampakkan seseorang itu sangatlah suka memakai barang kemas yang banyak dan tunjuk pada semua orang macam mami jarum itu kan...contoh!!! 

Bila terlampau sangat ALLAH turunkan peringatan hinggakan leher yang diselaputi emas tadi berdarah itupun masih ada hati nak kalungkan emas lagi lalu matilah ia bersama box simpanan emasnya yang bergelempangan. Apabila di tanah perkuburan pula bila jenazah di lilit dengan rantai besi yang sangat panas. Terpaksalah jenazah dikebumi tanpa diletak di tempat yang sebetulnya. Sewaktu tanah dikambus asap tebal pula keluar dari tanah hinggalah talkin dibaca tanah berasap. SubhanaAllah begitu seksanya azab jika lupa diri.

Dan nak dijadikan cerita Akalili terus cakap dengan aku, "ummi, janganlah pakai rantai itu semua. nanti ummi mati jadi macam tu...akak takutlah...akak tak naklah pakai rantai ni, tak nak pakai gelang kaki dan subang ni" jam-jam tu juga Akalili nak buka anting-anting...aku pun cakap "kalau pakai satu xpe jangan pakai banyak-banyak...bila En. Muz balik dari surau terus Akalili bagitau "tulah abah, jangan belikan ummi rantai" itu ini semua Akalili sebut.. En. Muz yang tak tahu apa-apa tercengang kejap...hihihi dan yang lawaknya En. Muz terus cakap "oklah kalau macam tu juallah semua..."sambil tersenyum...





Friday, 17 June 2011

KEHIDUPAN

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya???
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan



Monday, 13 June 2011

Finished (^__^)


*** THE ACCIDENTAL COUPLE ***

Akhirnya aku habis tonton movie korea ini :) tapi tak sangka ada orang lain yang lebih excited dari aku nak tonton cerita ini. Dalam keadaan aku yang agak lemau tak lemau ini hubby memang banyak support aku untuk sentiasa ceria...thanks sayang. Masa balik kampung hari itu punyalah hubby sibuk carikan cerita yang aku suka tonton dan yang pasti hubby memang tau aku memang agak minat kalau citer korea or jepun ini sebabnye aku suka cara percakapan dorang tu...hihihi...Kalau nak diikutkan masa aku kawan dengan hubby dulu memang aku rajin ajak dia layan cerita-cerita jepun or korea lastly hubby sama seronok macam aku layan cerita-cerita mereka nak-nak cerita yang gila-gila sikit memang syok gitukan...

Ceritanya Sabtu malam itu barulah habis aku tengok semua episod cerita ini...hihihi tapi part akhir tu aku miss sebab aku sudah tertidur walaupun hubby beria kejutkan aku suh tengok ending cerita itu, just suara aku sahaja yang bersuara tapi mata sudah tutup rapat...yang pasti aku dengar hubby cakap "yang cepat la tenguk ending nie dorang kawin jugaklah" dan yang aku ingat aku tanya "dengan lelaki tu ke dengan boyfriend dia" terus aku tak ingat apa-apa hihihi...esoknya aku tanya hubby ending nyer then baru tau perempuan itu kawin dengan siapa...memang seronok layan cerita ini.

Dan lepas ini pasti banyak lagi cerita yang bakal aku tonton hihihi...sukanyer saya bak kata Cik Nur Dini Sorfina ;))




p.s. mentang-mentang lea bos xde aku asyik menaip jea yer...hikhikhik ;))

Seperti biasa (^-^)

Salam pagi Isnin.....

Alhamdulillah hari ini sekolah bermula semula. Aku pun seperti biasalah semula, kena bangun awal untuk tidak menyesakkan diri di jalan raya nanti ;) dan menghantar Cik Akalili hanis ke sekolah. Semangat sungguh aku tengok Akalili hendak bersekolah. Malamnya sebelum tidur siap suruh aku kejutkan dia jam 0500 semangat berkobar betul nak pergi sekolah. Alhamdulillah anak sulung aku ini kalau bab-bab sekolah or belajar ini nampak minatnya datang sendiri tanpa aku paksa-paksa syukurlah. Cumanya aku yang tak larat nak layan dia pantang ada waktu terluang aku ini mesti ada saja benda yang Akalili akan tanya. Waktu nak tidur itu walau sudah baca doa tidur pun still sempat tanya aku pasal matematik padahal di sekolah pra nyer pun belum belajar bab tambah tolak ini tapi memang pun aku, bila ada masa lapang aku memang ajar nya di rumah. Mungkin Akalili berminat juga macam aku berminat dengan nombor-nombor ini. Alhamdulillah semoga Akalili jadi anak yang bijak pandai dan berjaya di dunia dan akhirat ya sayang...

Ada hati nak bawa kapal Jebat ini...
Ini masa kami pergi Lumut dari Lake Town Resort ;)


Friday, 3 June 2011

Cuti-cuti Malaysia ( ^ - ^ )


MOOD untuk membuat kerja yang melambak ini adalah sudah hilang entah kemana...KEMANA IYA ??? kemana lagi ke destinasi cuti-cuti cinta kami sekeluargalah. Terima kasih to hubby sebab meluangkan masa untuk membawa kami bercuti-cuti ini.

Bulan Mac CCM kami adalah Cameron Highlands, Pahang...
Bulan Mei CCM kami adalah Kuantan, Pahang...
Bulan Jun di Perak tapi dimana ????
Bulan depan ???
Bulan seterusnya ???

Destinasi percutian yang didambakan untuk di kunjungi lagi ???
~ tak sangka sama dengan hubby...erm wajib plan ke sana ini ;)) rindunyerrrr...

sudah xde cerita...

Selalunya malam-malam Jumaat aku sibuk standby untuk mengadap tv3 jam 2130 untuk layan mentera anjasmoro, layan pun sebab hubby temankan kalau tidak jangan harap aku nak ngadap TV. Lately ni hubby memang rajin temankan aku layan tgk tv kalau tidak aku memang asyik tidur sakan.Yang tak boleh blah tu aku boleh layan citer Mentera Anjasmoro!!! hubby macam tak percaya saja aku layan citer gitu. Aku citer kat sahabat opis pun macam tak sangka aku layan citer gitu...yang lawaknyer aku siap dapat sms dari sahabat yang berbunyi "jgn layan sgt anjasmoro tu" bukan apa takut aku memikir bukan2 lea tu...Alhamdulillah aura kali ini lain aku suka lak tgk citer2 seram hihihi...tapi masa aku layan citer anjasmoro nie sudah hujung-hujung gitu...sempat tgk dengan hubby tiga kali kot hihihi aku paksa walaupun sibuk nak study skrip dan empat kali aku layan ngan Cik Sorfina sebab Cik Akalili rajin tidur awal...dan aku rasa setiap minggu itulah saja citer yang aku layan selain di channel astro oasis selebihnya aku asyik baring dan baring setelah selesai buat kerja rumah. Bagi aku xde citer yang sesuai dengan jiwa aku kebanyakkannya. Hubby memang kurang tgk tv so yang rajin layan Cik Akalili dan Cik Sorfina sajalah apalagi citer kartun dan movie-movie yang sesuai dengan mereka..

Dan semalam sudah tiada lagi waktu untuk aku mengadap TV sebab citer anjasmoro sudah habis pun so aku pun mulalah layan alam baring-baringan aku itu :(


p.s ~ citer2 movie 2011 yang di download banyak pun aku malas nk tgk...hubby sibuk duk ajak tgk half way aku tetidur...
sorry to hubby :(  &  tq memahami diriku yang lemah ini :(

Thursday, 2 June 2011

rindunyer


Tik tok tik tok sudah masuk bulan Jun pun bulan Mei aku lalu begitu saja tetapi aktiviti berjalan seperti biasa cumanya aku tidak larat nak mengadap lappy untuk di abadikan disini...so memang lama sungguh aku tinggalkan penulisan aku disini...erm alhamdulillah la ni sudah kuat sikit untuk mengadap komputer itu pun kejap-kejap saja. Kalau di rumah memang sudah malas sungguh aku nak cara kan itu dan ini...Bila buka saja lappy di rumah tengok kejap jea sudah pening lama-lama lappy aku itu hampir sebulan jugalah aku tidak gunakan...ialah hubby guna notebook dia so sapa lagi nak guna aku punya. Dulu sebelum aku ada SE x10, Akalili sibuk jugalah nak on kan lappy tu tapi bila sudah ada SE x10 sibuk mengadap phone tu lah pulak sebab semua game or citer-citer kartun dia sudah download dalam phone tu so bila aku on lappy je baru Akalili sibuk-sibuk nak join...

Lepas ini bolehlah aku buat entry banyak-banyak sebab bulan Mei yg lalu banyak aktiviti aku tak dapat nak letak dalam nie...erm itu pun kalau aku rajin lah kan.


p.s ~ Alhamdulillah sudah sebulan aku agak lembik now sudah kuat sikit...
Kandungan pun sudah masuk14weeks semoga ALLAH bagi aku kekuatan untuk hari-hari mendatang amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails