Alhamdulillah pagi tadi aku buat 1st check up. Itupun sebab hubby sibuk dok suruh aku pergi. Kalo nak diikutkan masa aku gi 1st scan kat klinik hujung bulan Mei hari itu terus hubby nak aku buka buku merah terus. Erm tapi aku malas nak pergi sebab awal lagi. Nak nak aku dengar sekarang kena minum air gula kan so aku lagi la macam malas nak pergi awal. Dua kali juga aku pergi klinik biasa untuk check baby then aku buat follow up kat klinik kerajaan.
Hari ini pagi-pagi lagi aku sudah pergi dok tunggu klinik buka tapi sudah ramai orang juga yang tunggu. Now aku pergi sorang-sorang jer before ini ada orang temankan. Nak buat macam mana kan orang tu busy sebab nak serah tugas dan nak settlekan kerja-kerja yang tinggal. 0730 baru pintu klinik buka so ramai lea orang serbu untuk ambil nombor, aku saja cool konon-konon la kan cool tak kan la aku pun nak jadi macam dorang yang tak sabar. Alhamdulillah orang yang cool ini dapat nombor 2 untuk buka buku baru kan. Erm itulah sama suruh rebut-rebut kan. Tengok ALLAH permudahkan urusan aku, alhamdulillah.
Erm setiap kali nak buat buku baru pasti nak buku yang lama kan untuk next baby tetapi aku sudah puas cari tak jumpa. Aku pun cakap lea terus terang aku tak jumpa buku itu. Erm ok jea xpe kalo xde buku tapinya kita kenalah isi butir-butir yang mereka nak. Confirm akan tanya anak ke berapa kali ini. Aku jawablah tiga. Erm lepas itu aku cakap aku pernah gugur sekali so automatik anak yang bakal lahir ini anak yang ke empat.
Alkisahnya aku bunting pelamin juga masa lepas menikah tu. Tapi yelah 1st time pregnant masa itu kan so aku rujuklah kat satu hospital kerajaan ni. Lepas check siap scan tu doktor cakap memang aku pregnant tapi dalam rahim aku just ada kantung saja. Yang di dalam kantung itu tidak ada apa-apa. Erm aku macam confius kejap. Sebab aku tidak puas hati aku pergi lah klinik panel aku masa kerja di office lama dulu. Bila doktor tu check cakap ok pula, siap bagi vitamin + supplement bagai. Lagi la buat aku confius kan. tapi aku still pergi hospital kerajaan itu sebab kena follow up kes aku ini. Then pergi second time terus doktor suruh aku buat D&C. Aku macam sudah pening mana nak ikut. Tetapi ye lah orang kata kerajaan buat semua menda detail kan so dorang tahu yang mana baik buruk so aku terus fikir ikut apa yang pihak hospital suggestkan.
Masa itu memang sedih sangat. Hubby jangan cakaplah lagilah sedih. Tapi bila kami bincang-bincang semula mungkin ada hikmah di sebalik ujian ALLAH ini. Kami terima dengan keadaan tenang walaupun sedih. Bila keluar wad aku terus balik rumah mak. Mak jaga aku sampai sihat. Aku ingat lagi lepas hubby hantar aku terus dia balik rumah parents dia pula sebab tak sanggup duduk dengan aku. Mungkin dia sedih, aku nampak air muka hubby lepas aku bersalam dengannya matanya merah saja. Erm aku bila nampak macam tu lagilah, terus nangis.
Tetapi itu bukanlah bermakna aku tidak boleh mengandung lagi. Alhamdulillah selepas enam bulan cukup berehat aku terima berita gembila lagi. Terus hubby suruh aku behenti kerja duduk rumah berehat. Tapi aku ini manalah boleh duduk di rumah lama-lama kan. So kerja aku bila bosan tinggal sorang-sorang rajinlah aku balik rumah mak aku. Dok berhari-hari barulah aku balik ke pangkuan suami semula. Nasiblah hubby faham dan izinkan aku tinggal dengan mak aku. Tapi ada sekali itu aku memang dok lama betul rumah mak aku siap hubbu call tanya bila nak balik last-last hubby datang jemput rindu katanya, hikhikhik.
Itulah kisahnya.
Perkara yang aku buat hari ini:
Berat badan : 62.2kg
Tekanan darah : 108/62 (ok)
Air kencing : Ok
HB : 10.8 (tidak menepati sasaran 11 keatas) :((
Perut : Baby ok. (nurse cakap baby besar, saya takutlah)
Gigi : Ok sihat dan cantik ;)
Masa ambil darah erm aku punyalah agak seram kan walau sudah mau masuk anak yang ke tiga ini tapi aku fikir positif sebab aku pernah derma darah selepas aku lahirkan Sorfina so aku fikir derma darah lagi banyak darah yang diambil ini botol kecil pun tak aku nak takutkan. Alhamdulillah, walau pun masa nurse tengok lengan aku urat-urat halus jer tapi darah keluar dengan jayanya hinggakan terpancut dan meleleh keluar sebelum nurse tu tutup dengan kapas. Erm memang masa nurse itu ambil aku tengok banyak betul botol yang nak diisi dengan darah aku ini. Aku siap tanya nurse nak ambil berapa kali darah ni. Nurse tu senyum dan cakap kat aku "nape awak nak saya ambilkan lagi ke, sekali ini sajalah". " ooo ingat banyak sebab botol banyak sangat tu. Senyum nurse tu engok aku. Apapin alhamdulillah kali ini darah keluar ok tak macam aku pregnantkan Akalili, sudahlah urat halus aku takut lagi habis jarum asyik keluar masuk dari lengan aku sudah-sudahnya ambil di pergelangan tangan. Makanya memang banyaklah berbekas kesan suntikan yang tidak menjadi.
Bila semua sudah settle nurse bagi ubat-ubatan dan nasihatkan aku suruh naikkan HB darah. Dan sebulan lagi berat aku kena naikkan sekurang-kurangnnya 2kg.
No comments:
Post a Comment