Wednesday, 13 July 2011

My Activities Last Weekend....

Selepas habis majlis  pernikahan adik aku dua minggu lepas. Aku dapat jemputan pernikahan lagi. Hari Sabtu minggu lepas dari rakan sekerja yang menikahkan anak perempuannnya. Kebetulan juga hari Sabtu kita digemparkan dengan aktiviti BERSIH...so aku yang dari Gombak alhamdulillah sampai ke rumah pengantin dengan selamat dan jalan memang tidak sesak gitu di MRR2 yang biasanya akan sesak dengan jam tapi hari itu relax tak sampai setengah jam sudah sampai di Taman Bukit Indah Ampang rumah pengantin. My colleagues ada yang tidak sampai sebab ada jalan tutup. Tapinya semasa hendak balik dari majlis itu erm memang jam sungguh jalan di Ampang sebabnya polis buat roadblocks siap suruh pemandu turun dan cek bonet kereta lagi, erm memang menyusahkan betul...pergi tak sampai setengah jam tapi balik berjam-jam...tapi oklah sebab itu sahaja aktiviti hari Sabtu aku dan keluarga. Tiba di rumah siap-siap semua relax jea lepak-lepak sambil menonton tv last last semua orang tidur. Tapinya hubby pula sibuk layan live tv internet tonton BERSIH melalui wwitv.com lepas itu boleh ajak aku layan sekali...adoiii aku udah lea pening-pening cuma layan gitu gitu jea...

Malamnya adik aku datang mereka tidur dirumah dan sebab hari masih muda adik aku ajak pergi JJ tapi aku malas nak keluar cuma Sorfina sahaja yang ikut Opahnya. Akalili memang payah sikit nak keluar kalau aku tak ikut. So malamnya sunyi jer kami tiga beranak di rumah sudahnya Akalili tertidur awal sambil layan cerita kartun. Lepas Isyak hubby ajak keluar makan tapinya aku memang malas sangat nak keluar so tak jadi keluar aku just layan biskut kering dengan Vico O sahaja terpaksalah hubby terjebak sekali sebab hubby tak nak makan yang heavy. Sudah lewat gitu barulah adik balik. Adik aku belanja Nasi Ayamas dengan Ayam Percik. Aku cuma rasa sedikit sahaja hubby pulak memang sudah tidak boleh makan kenyang layan biskut kering dengan aku sebelum itu.

Ahadnya pula lepas selesai semua kerja rumah yang dibantu oleh suami tercinta barulah kami keluar. Adik aku memang nak keluar sebelah petangnya so kami keluar dulu. Tapi sebelum keluar Akalili pesan suruh aku tapaukan Laksa untuk dimakan nanti. Laksa memang sudah dimasak pada hari Sabtu malamnya. Destinasi kami adalah ke Sogo. Ermmm terkejut aku bila masuk KL sunyi jer sudah hendak masuk tengahari tapi jalan lengang dan sunyi. Ini mesti penangan BERSIH semalam tapi oklah kan aku tak perlu nak bersesak-sesak masuk KL. Seronok juga. Tapinya ramai juga orang didalam Sogo. Reason pergi Sogo sebab nak cari kasut dan sandal aku. Bila ditegur baru aku perasan yang kasut aku sudah rosak ditapak kalau tidak maunya aku sibuk pakai lagi. Dan juga aku baru perasan aku sudah tiada sandal yang sesuai untuk aku pakai diwaktu pregnant ini. Tapinya bila tengok baju kanak-kanak meriah sungguh plan bertukar menjadi lain pula. Pertama kali hubby seorang terpaksa memilih pakaian dan barang-barang untuk dua orang puteri kami, kalau tidak kami berdua sama-sama sibuk memilih. Hubby juga sibuk pilihkan baju dan seluar maternity untuk aku. Seronok pula aku tengok hubby aku ini bershopping. Lepas settle semua dalam jam 1530 aku bawa anak-anak ke Tasik Titiwangsa pula. Mereka sibuk nak ke taman pula. Sambil itu kami layan Laksa yang dibekalkan. Akalili memang suka benor makan Laksa macam abahnya juga.

Sejam setengah gitu duduk ambil angin di taman, aku ke JJ pula hubby nak cari barangnya pula. Kebetulan adik dan emak aku ada disana bukan main suka lagi anak-anak aku. Habis shopping barang hubby kami pun balik. Dinner tapau saja. Lepas dinner adik aku pun balik...Ermmm aku memang penat sungguh sehari suntuk berjalan. Settle iron baju kerja hubby cepat-cepat aku masuk tidur. Anak-anak memang sudah tidur awal-awal lagi...


p.s: Alhamdulillah perut aku sudah beransur pulih...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails