Tuesday, 26 July 2011

Ujian pregnant kali ini....

Ermm...pagi pagi Selasa ini badan rasa lemah saja. Pagi pagi juga aku sudah mencari air kosong dan minum berteguk teguk air. Terasa haus yang amat sangat sejak kebelakangan ini. Sampai sahaja di office mesti nak cari ais tapi kalau diikutkan sangat nanti lain pula jadinya so layan juga air panas kena juga kawal nafsu itu.

Semalam aku ke klinik lagi dengan masalah aku untuk pregnant kali ini. Tapi aku bersyukur setiap sakit yang ALLAH bagi itu pasti ada ubatnya kan dan sudah pastinya setiap apa yang Dia bagi itu memang kita mampu untuk memikulnya. Dan masih patut bersyukur kerana ujian ini tidak seteruk orang lain. Alhamdulillah.

Apa masalahnya huhuhu...tetiba pula pregnant kali ketiga ini aku kena sembelit kira teruk juga. Ermm itulah setiap kali pregnant memang semuanya tidak sama cara pembawakkannya kan. Semalam itu aku just pergi klinik ambil ubat sahaja sebab sebelum itu aku sudah pergi jumpa doctor dan doktor syorkan aku satu ubat tu alhamdulillah ok. Tapi bila habis ubat macam nak menjadi semula itulah yang semalam aku half day saja kerja pergi ambil ubat dan ada kerja lain yang perlu dibuat lagi.

Mula-mula aku kena tu macam terkejut juga. Kenapa tetiba saja boleh teruk sembelit aku. Padahal Pemakanan aku macam biasa, ambil plain water yang cukup, sayur dan buah-buahan tidak ketinggalan juga aku ambil dalam pemakanan harian aku tapi still sembelit juga. 

Aku adalah search Punca Sembelit disebabkan hormon-hormon yang melembutkan otot-otot usus yang menyebabkan kurang cekap bekerja, pengambilan serat yang sedikit dalam pemakanan, beberapa pil zat besi dan rahim yang semakin membesar menekan usus besar membuatkan punca sembelit ketika hamil.
 
Dan Langkah Pencegahan dengan tambahkan pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti salad, buah-buahan, roti. Minum air suam panas 8 gelas sehari. Jangan tergesa-gesa ketika membuang air kecil/besar dan elakkan daripada meneran (takut terkena buasir). jika usaha gagal, ada baiknya segera berjumpa doktor sgn segera.

Aku rasa langkah itu memang ok saja aku ikut tapi memang mungkin sudah kali ini nasib aku memang inilah ujiannya. Dan sekarang ini aku memang banyakkan lagi pengambilan air, kismis dan kurma serta buah-buahan dan sayur-sayuran walaupun waktu pregnant ini aku tidak kuat makan tapi kena gagahkan juga, ubat klinik pun aku ambil tapi sekali sehari saja kalau nak ikutkan dua kali sehari. InsyaAllah setakat ini sudah ok. Alhamdulillah juga doctor kata aku belum sampai peringkat nak kena buasir. Syukur.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails