Now 0856 pagi
Erm hari ini baru masuk office tetapi sekejap sahaja ini. Sebentar lagi aku akan ke Pahang ada urusan disana...semalam petang masa aku dan family ke bengkel untuk tukar tayar, tiba-tiba my bos call...dalam hati "kenapa pula ini...aku ada tinggal apa-apa lagi ke di tempat kursus tadi sebabnya calculator aku sudah ketinggalan disana nasib my bos yg ambilkan simpan" tup..tup..tup...my bos bagi tahu yang aku kena ke Pahang esoknya iaitu hari ini...sambil on the phone itu aku pandang muka puteri-puteri aku dan hubby...erm takkan aku nak tinggalkan mereka lagi...huh terdetik kesedihan dalam hati...tapi aku kuat semangat untuk berbicara dengan my bos dan aku cakap malam nanti baru aku bagi keputusan...the end...
Bila kereta sudah siap bagai...masuk sahaja hubby terus tanya kenapa sebab muka nampak sedih sahaja...aku bagi tahu yang my bos nak aku pergi Pahang...hubby senyap jea...aku pun senyap juga...
* Alamak bos sudah turun untuk bergerak ke Pahang now...ok lah sambung bila free kat Kuantan nantilah...now 0915 pagi.
* Now 1131 malam.
Barulah siap everything pasal kerja...and now aku sudah relax didalam bilik sambil itulah juga boleh sambung semula mengadap blog ini...
Sambung my story tadi...
Hari semalam hubby cuti sebab Akalili demam...sudah dua hari so semalam aku dan hubby cadang masakkan masakkan Sup Ketam untuk Akalili. Yelah sekarang ini macam-macamkan penyakit dan puncanya... Sebab itulah setiap kali jika ada antara kami yang demam aku akan masakkan Sup Ketam...salah satunya untuk menaikkan platlet darah...so bila darah ok semua sistem dalam badan turut ok kot insyaAllah...itu yang aku fikirlah...
So petang semalam itu satu family jemput aku di Menara PJD, kami terus ke bengkel tukar tayar bila settle, aku ajak hubby terus cari ketam sebab memang xde stok ketam di rumah...Sampai rumah sudah hampir 0600 petang...solat asar then terus ke dapur masakkan Sup Ketam...tengah aku masak memasak hubby datang tanya pasal program aku untuk ke Pahang esok...aku cakap nantilah tak fikir lagi...
Sudah lewat aku tanya hubby macam mana ini, hubby kata pergi sahajalah. Anak-anak insyaAllah tidak ada masalah...jangan jadikan anak-anak itu satu masalah dalam hidup...kita doa dan berserah pada Allah dia lebih mengetahui segalanya...bila aku dengar sedih sahaja...tapi betullah...seingat aku masa aku nak pergi jaga projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu itu ramai sungguh nak jaga anak aku...mak aku jangan cakaplah...my MIL, makcik makcik yang rapat ngan aku even uwan aku itu pun sanggup nak jaga...kata mereka itu masalah kecil sahajalah...memanglah kecil tapi aku lah sedih tiba-tiba nak tinggalkan anak-anak comel kesayangan aku tu...tapi syukur pada Allah anak-anak mudah nak pergi dengan mana-mana keluarga aku sebab aku bila ada masa terluang memang aku sentiasa dekatkan anak-anak dengan keluarga so mereka tiada masalah untuk itu...bukan apa aku fikir jangka masa panjang...ajal maut ini di tangan Allah, manalah tahukan sekurang-kurangnya anak-anak ada tempat untuk mengadu kasih sayang...Syukur alhamdulillah mana-mana family aku tidak ada masalah untuk jaga mereka...ramai yang sayangkan mereka...
Aku tahu hubby memang tak masalah dengan anak-anak. Sebelum sebelum ini pun banyak yang hubby buat untuk jaga anak-anak aku. Dan lagi lagi mereka memang macam seronok sahaja bila bersama abahnya...hingga suatu masa dahulu uwan aku pernah bising sebab aku biarkan sahaja hubby aku uruskan semua waktu check up ke klinik tanpa aku mengikut sekali dan buat itu dan ini...erm tapi hubby ok sahaja bila aku kata "ok ke nak uruskan sorang sorang..." sebab kadang-kadang aku suka biarkan hubby buat semua itu tanpa aku...aku pun tak tahu kenapa...tetapi aku memang salute dengan apa yang hubby buat, tak pernah mengeluh malah mungkin hubby juga rasa puas atas apa yang dia buat...sebab itukan tanggungjawabnya jugakan...tapi serius uwan aku cukup marah...masa uwan aku bising-bising marah itu aku diamkan sahaja sebab aku lebih kenal siapa En Muzlienor...yelah aku kenal dengan hubby berbelas tahun dan sudah enam tahun lebih hidup bersama dengan dua orang puteri yang comey comey lak tu...erm syukur alhamdulillah...aku sayang sangat keluarga aku...
RINDUNYA aku pada mereka sekarang ini...
No comments:
Post a Comment