Sunday, 14 March 2010

BGRC....cuti-cuti...

Ahad lepas kami sambung lagi episod mandi-manda kami di Bukit Gambang Resort City. Dari Kuantan bertolak dari kuantan pada pukul12.30 lebih kurang sambil menyingah sana sini membeli itu dan ini. Maka sampailah di Petronas Gambang dan kami berhenti dulu untuk  solat Zohor. Bila sudah settle semua baru kami meneruskan perjalanan yang mengambil masa dalam 15 minit untuk sampai ke BGRC. Apa lagi teruslah ke kaunter membeli tiket. Akalili dan Dini sangat teruja lagi melihat permainan2 yang tersedia itu dari jauh.

Apabila sudah masuk bermulalah sesi menukar pakaian...hehehe...tak sabau rasanya sudah lama tak pergi ke tempat-tempat begini. Seingat aku last aku pergi masa mengandungkan Dini dalam 6 bulan gitu di Afamosa Melaka...dari jam 2.30petang sampai tutuplah kami bermain disana pada jam 6petang.


Hehehe bila diingatkan kembali nak tergelak pun ada tengah sibuk-sibuk aku melayan Dini bermain air tiba-tiba Dini minta kat aku nasi..."ummi naci" erm...kecian pula aku dengar Dini minta nasi sebab NurDiniSorfina memang pemakan orangnya. Kalau di rumah pun ada saja makanan yang akan diminta. So aku bagitau hubby dan hubby suruh stop main-main dulu walaupun Akalili macam nak menangis dah sebab abahnya ajak pergi makan dulu seronok sangat main hinggakan tak nak berhenti. Mula ajak Akalili makan sekali tak nak sebab tak sabar nak pergi sambung main lagi tapi bila tengok Dini makan baru dia tahu lapar. Yelah bermain dengan air lama-lama nie menang buat kita laparkan. Tapi lain pula dengan aku, hubby sibuk tanya aku tak lapar ke...Ntahlah bercuti itu asyik makan jea aku jadi sudah tidak lalu nak makan lagi. Masa lunch pun aku makan sikit je. Ermm mungkin sebab sekarang musin panaskan aku kurang ras nak makan tapi air memang lajulah..

Lihatlah anak kecil berdua ni baru tahu penat dan kelaparan selepas bermain air di BGRC...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails