Alhamdulillah hari ini sungguh terik...petang-petang begini sebenarnya seronok tidur or baring-baring sambil menonton tv tetapi teterikan ini membuatkan aku hilang selera untuk semua itu...puteri-puteri aku yang baru sahaja bangun dari tidur terus inginkan AIR...sungguh-sungguh panas...tekak masing-masing ingin air untuk dibasahkan...ermmm lepas itu terus pergi menonton KARTUN dalam cartoon network yang bersiaran dari Astro...jadi aku pula masih meneruskan aktiviti mengadap PC laptop ini...
Hari ini aku hanya duduk dirumah...rasanya tak apa program untuk keluar pun...hari ini pagi-pagi lagi sudah memasak, simple sahaja masakkan aku hari ini...request by hubby lah, adalah gulai lemak telur tetapi bukan telur itik cuma telur ayam biasa sebab takde stok untuk telur itik ini dirumah kami...hehehe. dan ikan kembong goreng...too simple right...but we all like it...exspecially Akalili...JUGA aku masak bubur beraneka ubi keledek yang banyak dengan khasiatnya tersendiri...ianya untuk dihidang diwaktu santai petang-petang sikit nanti...hehehe...
DAN lain pula dengan En Muzlienor pagi-pagi lagi sudah sibuk mengemas nak cari racun rumput...sudah lupa simpan dimana...as a result dapur aku bertambah kemas lagi sebab tuan kita nie membelik sambil mengemas...hehehe thanks ya Tuan...sudah siap kemas-kemas baru jumpa botol racun itu...huhu jangan marah ya sayang...racun mesti disimpan di tempat yang sulit untuk pengetahuan anak-anak kita...BETUL takkkk...so misi En Muzlienor berjalan dengan lancar ---> pergi meracun di sekeliling rumah dan membela pokok-pokok rozelnya itu...
No comments:
Post a Comment