Monday, 3 May 2010

Hooperz...layannnnnn.....

Semalam petang nak layan Iron Man 2 tup tup habis....apalagi aku pun tukar plan...moh abang kita layan Hooperz...erm bila aku fikir-fikir balik betoi ka apa aku cakap itu...macam ada sedikit kegilaan aku buat.

Tapi aku layan gak...dengan agak lembutlah paksaan aku kepada suami tercinta...hehehe akhirnya kami layan Hooperz...sebelum sebelum itu ada aku ajak hubby tengok Hooperz ni tapi macam main-main saja sebab tidak pernah pulak aku nak layan cerita-cerita gitu...tapi oklah memang asyik ketawa...seronok lak aku rasa sebab nak ketawa saja teringat lak zaman-zaman main netball...hikhik....
Sipnosis
Hooperz adalah sebuah filem drama ringan dengan babak-babak komedi yang mengisarkan kehidupan 7 orang pemain bola jaring untuk pasukan kolej mereka yang dikenali sebagai ’Hooperz’. 

Pasukan mereka gagal beraksi cemerlang di gelanggang kesan masalah peribadi yang dialami mereka sendiri, hinggakan mereka sukar bekerjasama sebagai satu pasukan. ‘Hooperz’ dianggotai Atylia yang mempunyai kecacatan lengan tetapi merupakan penjaring utama dalam pasukannya.
Atylia tinggal bersama ayahnya Profesor Iqbal, seorang angkasawan yang kecewa dan kini menjadi pensyarah fizik di sebuah kolej. Ketua pasukan ‘Hooperz’, Zulaikha pula sentiasa berusaha untuk menyatukan pemain pasukannya sementara si penjaga gol iaitu Azwar sering dihantui kelibat anak kecil yang muncul dalam hidupnya.

Ahli pasukan yang lain seperti Saidatul, Sue, Nino dan AJ juga mempunyai kisah hidup mereka tersendiri. Filem ini membawa anda menyelami kesungguhan setiap ahli pasukan ‘Hooperz’ dalam menghadapi dugaan, kadangkala lucu, untuk mengubah nasib pasukan mereka dan juga masa depan mereka sendiri.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails