Alhamdulillah hari ini kepala aku sudah ok. Kalau tidak semalam alahai hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kepala aku. Barulah aku ada mood sikit nak berblogging ini.
Ucapan TAHNIAH untuk my BIL - Alang dan Achik yang mendapat berita-berita gembira itu...aku turut sama merasakan kegembiraan itu...DAN selamat datang untuk dua orang baru makanya bertambahlah anak buah aku...seorang lelaki dan seorang perempuan...comel-comel sungguh mereka ini...bahagia sekali aku lihat baby ini...erm mudah-mudahan Allah bagi aku dan hubby peluang untuk menikmati saat-saat manis ini lagi...InsyaAllah...Erm hari ini aku nak abadikan cerita-cerita gembira dari keluarga aku. Dari minggu lepas lagi aku sudah dapat semua berita gembira itu. Gambar-gambar yang MMS kepada aku...terima kasih...
Qaid Nur Thaqif
Lahir pada pukul 2 pagi persamaan dgn 23/04/2010...seberat 3.74 kg.
DAN lahir di hospital, ini adalah anak kedua Achik dan Liza---sebaya aku dua2 ini, tahniah buat mereka sekarang sudah ada sepasang cahayamata...semoga Qaid Nur Thaqif menjadi anak yang soleh...amin..
Nur Natrah Farhana
LAHIR PADA 30/4/2010
Baby Farhana ini anak ketiga Alang dan KakLang aku...semua anak KakLang perempuan alhamdulillah semua cantik-cantik dan sihat-sihat dengan izin Allah yelah KakLang aku ini orang Thailand. erm istimewanya Farhana sebab lahir di rumah yang di bantu oleh jiran-jiran sahaja...jam 0700 barulah Ambulans datang bawa ke hospital settlekan apa yang patut...erm kalau aku tak tahu lah macam mana lahir kat umah maunya pengsan...Alang outstation kat Penang lak masa itu sebab Alang tinggalkan KakLang due date adalah 050510 tup tup Farhana nak keluar awal melihat dunia...Alhamdulillah ada jiran-jiran yang sanggup jadi bidan terjun...Makanya bila Alang balik Farhana sudah selamat semua tinggal di azankan sahaja...Semoga Nur Natrah Farhana menjadi anak yang solehah...amin...
TAHNIAH juga adik aku Angah pada berita gembira yang selama hampir dua tahun dinanti-nantikan saat ini...semoga Allah permudahkan segalanya...
TAHNIAH juga buat anak my SIL akan bakal melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan asasi Law...
No comments:
Post a Comment