Monday, 31 May 2010

Bekerja lagi

Alhamdulillah...hari ini aku bekerja lagi, memang akan bekerja untuk hari-hari mendatanglah nampaknya..aku sampai office awal walaupun aku bangun lambat. Erm bulan ini sahaja aku sudah menghabiskan cuti dengan begitu rakus sekali...nampaknya bulan-bulan akan datang aku kena stop lea untuk bercuti-cuti ini. Apa yang aku rancang alhamdulillah berjalan dengan lancar dan ada juga perkara di aku rancang juga menjadi. Bah kata aku dan kata semua oranglah..."kita hanya merancang Dia yang menentukan segalanya".

Kepala aku pun masih pening-pening sikit banyak aktiviti yang aku lakukan masa cuti-cuti yang aku ambil tanpa di duga itu. Nampaknya hari ini aku kena settlekan kerja-kerja kursus yang akan diadakan pada bulan depan (Jun)...Alahai mata janganlah sampai aku nak tongkat kat engkau pula...
ok la chow dulu buat kerja...selamat bekerja semua... ^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails