Seronoknya cuti hari ini. Jumaat hari ini sungguh indah dengan turun RahmatNya. Kalau tidur alahai mesti tak hingat dunia nanti. Semalam sampai dari Melaka awallah sebab ada kerja sikit nak buat di Bukit Damansara. Tiba-tiba dapat call kalau tidak maunya aku balik awal dari Melaka yelah cadang hubby banyak tempat yang nak dituju lagi tapi oklah pada hari aku sampai sana pun sudah banyak tempat yang dilawati untuk melayan kedua-dua puteri kesayangan aku itu.
Semalam kami lunch di Hentian Ayer Keroh sebelum hentian Jejantas Ayer Keroh. Sampai sahaja Tuuu...Dia Pak Tam pun ada kat sana rupanya. Aku pun terus ajak hubby makan kat sana last time pun kami makan di Rawang. Memang best lah makanan kat situ, masa itu aku makan Mee Kari dan hubby makan Laksa Penang, siap makan tukar-tukar pinggan sebab banyak. DAN semalam aku makan Nasi Kandar sudah lama rasanya tidak makan makanan itu. Nasi Kandarnya memang best sampaikan hubby minta nasi tambah. Dan yang aku suka sekali ada Opor Daging, kuah Opor itu yang hingga menjilat jari.
Restoran yang bersih dan selesa.
Nasi Kandar Biasa untuk aku.
Nasi Kandar Special untuk hubby.
Abah kenalah layan anak pula.
Air Sirap Bandung untuk mereka.
Dua beradik ini sudah dapat mainan lupa untuk makan.
Alhamdulillah...sodap.
No comments:
Post a Comment