Friday 14 May 2010

Alhamdulillah

Pagi tadi aku bangun dari tidur macam biasalah...sebab aku tidak iron baju malam tadi so aku kena buatlah pagi ini. Tapi lately ini aku suka iron baju di pagi hari sebabnya aku bangun seawal jam 0500 so tidak tahu hendak buat apa fikir-fikir aku iron baju sahajalah. Erm ceritanya pagi tadi tiba-tiba tidak ada kerjakan aku pun ambil handphone konon-konon nak tengoklah manalah tahu kot-kot ada orang nak call ke kan...Padahal memang tidak ada pun kalau ada pun seawal 0600 lebih gitu barulah ada juga call dari orang-orang office or adik-beradik or sedara-mara aku. Sekali tengok ada one miss call. Opsss siapa pula ini. Bila aku buka untuk tengok nombornya erm...MakNgah aku dari Kelantan alahai pada jam 0119 ...kenapa pula ni aku sudah risau...Fikiran aku asyik melayang-layang fikirkan miss call itu. Aku nak call balik memang aku takut sangat...takut sesuatu yang aku tidak harap akan berlaku... 

Dalam perjalanan ke office pun hati aku sudah tidak tenteram. Sampai sahaja office aku relax jap dan aku call MakNgah aku. PakNgah aku angkat. Alhamdulillah bila aku dengar suara PakNgah aku tanya dengan nada yang ok saja. Lega aku, maksudnya apa yang aku fikirkan tidak berlaku. So aku bagi tahu yang ada miss call malam tadi then PakNgah aku cakap tertekan huh lega aku. Aku terus tanya khabar Che (nenek) aku. Alhamdulillah Che masih sihat. Masa last aku jumpa Che hujung tahun lepas macam biasalah sakit-sakit tua ni. Che memang sudah gunakan wheelchair untuk kesana kemari.

Lepas sudah call MakNgah aku barulah lega hati aku ini.

2 comments:

Ms Haslina said...

lea naper tunggu lama baru nak call semula...lain kali call balik tang tu gak...
ialah kita mmg tak nak benda2 buruk berlaku...but manalah tahukan..ada menda urgent...

alhamdulilah nenek sihat...

maidatul said...

bukan apa akak tak sanggup nanti nak terima kenyataan...tapi alhamdulillah semua ok...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails