Hehehe...aku sebenarnya banyak kerja nak buat tapi mata pedih dan sudah terangguk-angguk menahan, memang mengantuk sungguh nak nak sudah makan...erm today sebenarnya tekak aku teringin nak makan kari daging tak ingat batuk-batuk pun nak makan berlemak gitu nasib masa turun tadi sudah habis lauk pauk so kena order yang goreng-goreng gitu so aku order nasi daging merah. Alhamdulillah sedap dan kenyang. Hari ini aku tak turun pun ke surau, itu yang aku makan awal selalunya lepas pergi surau baru aku makan bukan apa batuk aku ini sudah kategori agak teruk gak lah batuk-batuk sampai keluar air mata so aku rasa akan mengganggu tazkirah itu nanti. InsyaAllah sudah sembuh nanti baru aku pergi.
Ermm semenjak join group yang baru dapat projek ini aku memang sibuk...tender nak keluar awal bulan tiga tu yang minggu lepas aku siap dapat memo untuk kerja lebih masa...erm member sudah plan nak buat OT dapat manis lebih sikit kan...tapi aku fikir inilah masa aku ganti masa-masa yang aku guna dalam waktu kerja aku harap Dia terima walaupun aku rasa banyak lagi kan...minggu lepas juga aku dapat satu lagi memo untuk satu lagi projek besar dari projek sekarang. Makanya sudah tentu kerja akan bertambah-tambah. Nasib le ada group kan, masing-masing sudah ada kerja masing-masing dan kerja aku buat bil quantity.
Hari dalam office ini ada berapa kerat sahaja orang yang lain semua outstation dan cuti. Sangatlah sunyi aku rasa itulah yang menambahkan lagi mengantuk aku ini walaupun sudah melekat earphone kat telinga aku ini tapi tetap aku hendak terlena. :((
Oklah aku nak gi rehat jap kepenatan, ntah apa yang penat pun aku tak pasti hehehe. Sambil-sambil berangan nak cuti-cuti Malaysia ;))
No comments:
Post a Comment