Hari ini aku telah mengambil EL sebabnya...huhuhu...En Muzlienor punya cuti tidak dapat diluluskanlah...aduhai geram gak aku bila fikir-fikir. Sudah bagitau awal-awal dan sudah isi borang cuti pun bila call office, cuti tidak diluluskan. Makanya akulah terpaksa mengambil cuti yang agak kecemasan jugalah...erm what to do...agaknya kalau En Muz tak datang meeting tu tidak jalankah meeting itu...oh geramnya aku ni...biarlah malas aku fikir lama-lama nanti bertambah sakit lak hidung aku ini...
settle pagi semalam aku bersihkan...
Semalam selepas breakfast terus aku kerjakan lauk pauk yang aku beli sekali banyak senang nak ambil untuk masak nanti...bolehlah tahan seminggu dua ni. Haha...sebab aku cuti hari ini so adalah menu lunch kami...erm aku masak Tom Yam Ayam + Seafood (udang dan sotong). Tapi aku teringin bangat hendak makan bihun tomyam so aku celurlah bihun untuk menu lunch aku. DAN Akalili dua kali tambah nasi tapi makan dengan kuah tomyam sahaja lauknya tak disentuh sangat pun...katanya kuahnya sudah sedap untuk dimakan bersama nasi...erm macam-macam saja anak kecil ini...semalam elok pula Akalili makan lauk sebab takde kuah kot...sebab semalam aku masak ayam + udang kunyit campur carrot dan bunga jagung ---- request by hubby. Seronok tengok tiga beranak itu makan bukan main berselera sungguh...alhamdulillah...lunch aku Bihun Tomyam
3 comments:
mmg sodapppp klu makan mee hoon tomyam...
klu akak...nak masak barulah bersihkan..lepa beli barang basah selalunyer terus masukkan kedalam peti ais...
aah baru lepas makan semalam..
akak ~ memang sodappp bab makan2 nie...hihik...akma memang dr dulu suka bersihkan lauk2 dulu baru simpan, nak masak ambil je sonang ^_^
pakcikLie ~ alhamdulillah...^_^
Post a Comment