Saturday, 26 December 2009

Bila....cuti, makan dan makan...

 Rendang Daging Maman

Ermmm petang-petang yang sejuk dituruni hujan ini memang seronok layan tidur...satu rumah tengah menidurkan diri...ermm aku jea yang sibuk berada di hadapan laptop sebab sudah tidak boleh nak tidur asyik tidur sahaja bila cuti-cuti ini...sambil mengunyah kentang goreng yang masih panas bersama milo kosong tanpa gula ataupun susu...laju aku menaip cerita-cerita yang lepas...

Ahakksss...pic atas itu adalah rendang daging maman...Errmm lazat hingga menjilat jari...hanya orang tertentu sahaja yang tau nak buat menda nie...sudah berapa kali aku tengok Ummi masak rendang maman ini sama ada daging atau ayam tapi aku tetap tau makan sahaja...but insyaAllah aku akan belajar dan cuba masak rendang ini...sudah jadi salah satu favarate aku juga, lebih-lebih lagi En Muz so nak tak nak aku kena belajar but not now la sayang ye..nie yang Ummi masak masa aku balik Pilah hari tu sebelum aku balik petang Isnin itu....

Ermm pic atas ini pula, petang itu juga Ummi masakkan jagung rebus dan buat begitu...kira ianya pertama kali aku makan...mulanya aku tak nak makan tapi asyik dipaksa rasa, itu yang aku malas nak rasa-rasa ni...da kena tapau bawa balik sebab sedap...hehehe...tak pernah pula aku jumpa cara makan begitu. Mungkin aku tak peka sangat bab-bab jaugng ini yang aku tau buat puding jagung, rebus jagung dan bubur jagung..hehehe.... Petang itu juga my SIL 'angah' buat karipap ubi keledek. Kalau aku prefer ubi kentang...tapi bila angah masak isi kentang itu untuk dijadikan inti karipap sedap pula baunya. Ermm...tekaan aku salah la kot...ubi keledek pun sodap rupanya but depends on cara memasaknya. Pedas-pedas sikit dan rasa karinya...ermm lazat...makan panas-panas ada 3 ketul aku habiskan dan terima kasih to my MIL tapaukan jagung dan karipap itu. Kalau balik kampung ni tak kiralah sebelah aku or En Muz memang seronok dapat makan macam-macam dan berselera sungguh. So petang Isnin itu aku sudah pulang, padahal kami masih bercuti tetapi ada perkara yang perlu kami bereskan dan perlu pulang kalau tidak pasti aku disana lagi...Rindu sungguh dengan suasana begitu........





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails