CINTA sangat misteri punya kekuatan yang sangat luar biasa bukan untuk difahami tetapi di rasa...CINTA adalah mencintai dan dicintai oleh insan yang di takdirkan untuk kita, hanya saat kita merasakan CINTA kita akan tahu apa itu CINTA...
Monday, 14 December 2009
memasak aku jumaat malam itu...
Haahaa...jumaat petang tu aku sms dengan En Muz...tanya pukul berapa akan sampai rumah dan aku cakap aku akan masak malam nie...reply 'pukul 10 mlm ye...siap2 nanti kita tengok wayang'... Lah dalam hati aku lambat lagi lah...pasal wayang tu aku abaikan jea sebab aku takde mood nak keluar malam nie...hehehe... Ermm ingatkan awal so aku tak lah prepare masakan malam awal2 sebab nanti sejuk pula...bila sampai rumah dari kerja aku just makan biskut2 gitu jea da kenyang...anak2 semua sudah makan...dan aku memang penat lagi hari jumaat tu...so lepas maghrib aku berbaringan sebentar...dalam pukul 9pm baru aku mula masak...tengok dalam freezer ada ikan patin yang pakcik aku bagi hari tu dan udang dan sayur campur...so aku fikir nak masak ikan patin kukus...bahagian ekor sahaja yang tinggal so aku kukus tu jelah yang bahagian lain aku masak tempoyak...ermm lazatttt...udang masak kunyit bersama sayur canpur sahaja...senang dan ringkas jea...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment