Hahhaahhh...penatnya hari ini...sudahlah baru naik semula ke office setelah lama bercuti dari Sabtu hingga semalam hari Selasa. Tiba-tiba dibebani dengan banyak sungguh kerja yang aku pun errhhhggg malasnya nak layan menda ini kalau boleh senang update tak pe lah ini jap jap sangkut...eeiii memang aku hanginlah juga...nak nak dengan makhluk makhluk tuhan yang bengong tu tension jea aku tengokkan...(asgtaufirullah) dapat dapat lah aku tengah bekerja kalau tidak tak maunya aku nak buat si HRMIS itu...
Ahahh...Kemana aku cuti-cuti hari itu...Cadang-cadang hari cuti itu hari just rehat di rumah sambil-sambil kemas rumah or jalan dekat-dekat jea tapi my SIL call En Muz ajak join mereka ke Segamat kenduri kahwin, cousin hubby, maklong yang adik beradik dengan my MIL aka my Ummi anaknya yang bongsu melangsungkan perkahwinan kiranya menyambut menantulah. So aku bagitau dengan En Hubby kalau nak pergi aku boleh 'cancel'kan program aku sebab program aku itu bila-bila pun boleh pergi tapi En Hubby senyap seribu bahasa. Dan aku ingat memang En Hubby malas nak pergi kot sebab akhir-akhir ini banyak sungguh kerja yang perlu dia buat so kesian pula nak paksa-paksakan. Jeng...jeng...jeng...
.
Esoknya...Hari Ahad itu selepas Subuh jea, En Hubby cakap.., Ok sayang siap-siap kita ke Segamat. Huhuhu patuutlah pagi-pagi lagi suara latar menatang GARMIN itu sudah berbunyi rupa-rupanya En Hubby sibuk men'survey' jalan yang paling dekat untuk ke Segamat kami. So aku macam confius tanya En Hubby berkali-kali betul ke nak pergi dan aku pun mulalah men'iron' baju untuk seisi keluarga. Sempat lagi En Hubby bersuara...Ermmm suka la tu nak berjalan...AKU ermmm senyum jea lah, yelah sudah lama benar aku tidak berjumpa dengan mereka semua semenjak tiada siapa lagi yang tinggal di Kuala Pilah dan sekali sekala cuti-cuti saja akan berkumpul di Kuala Pilah. So breakfast pagi itu tidaklah sempat aku siapkan dan En Hubby hanya menapau kuih-kuih kegemaran kami untuk dimakan semasa dalam perjalanan.
Kami janji akan berjumpa di Masjid Gemas dengan yang lain-lain. Kami sampai sedikit awal, setelah berjumpa bersalaman berpeluk cium, sungguh riuh rendah sekali di Masjid itu dan barulah kami meneruskan perjalan ke Segamat. Dalam hampir pukul2 petang baru sampai. Jumpa sedara mara disana dan En Hubby terus ajak aku makan, lapar katanya dan kataku jua...ahak...ahakkksss...
Inilah atuk den kata Akalili...hehehe...
my beloved kids and hubby
En Hubby cakap kalau yg takda mee tu, Rojak Kuih namanya...itupun aku suka...kalau di Kuala Pilah ada tapi bukan Melayu yang buat so En Hubby tau aku takmou makan...kiranya kalo ada jumpa Melayu buat nie menang syokk lah layannnn......
Setelah berjam juga la kami berehat dirumah MakLong baru pulang...dalam perjalanan kami behenti singgah di satu gerai kat perjalan Bahau-Kuala Pilah pekena Rojak dan Cendul yang bestnya orang Melayu yang buat...memang aku suka...dan cadangnya aku hanya pergi ke majlis itu sahaja tapi sebab seronok beramai-ramai aku ajak En Hubby untuk bermalam di Kuala Pilah saja. Mujurlah baju anak-anak riang itu memang aku selalu bawa banyak walau kemana saja kami pergi dan baju kami juga. Cuma aku perlukan baju basah untuk bermalam dan nasib Ummi ku ada...terima kasih Ummi...
Tidurlah kami di Kuala Pilah..................Dan malam itu Ummi masak Asam Pedas Ikan Kembung untuk dinner...memang syookkk layannnn....terima kasih Ummi...........
No comments:
Post a Comment