Semalam tak terfikir pun nak breakfast dengan nasi lemak. Bila pagi semacam teringin sahaja nak makan nasi lemak. Tapi aku ada semacam sedikitlah takut untuk masak Nasi Lemak. Tapi aku buat-buat berani jea masak. Al kisah yang menakutkan aku ialah kisah enam tahun yang sudahlah masa itu aku baru sahaja kahwin. Hubby nak makan nasi lemak. Selalunya aku tolong mak aku masak gitu-gitu jea tak de aku buat semuanya. So bila sudah kahwin sah-sah kita kena buat sendiri. Nak dijadikan cerita nasi lemak yang aku tanak guna rice cooker macam lembik sikit aku pun bagitahu hubby nasiblah hubby buat macam mana ntah nasi lemak itu cantik saja masak. Malu aku masa tu...tapi tak apalah mula-mula kahwin memang semuanya kena belajar.
Alhamdulillah semalam aku masak dengan jayanya. Nasi lemak halia dan lauk-lauknya juga...
Sambal ikan bilis...
Telur rebus...
Ayam goreng...
Jemput makan semua...timun tak ada stok...hehehe...
No comments:
Post a Comment