Wednesday 16 June 2010

Resepi Maidatul

Mee Bandung Maidatul

Bahan-bahan untuk kuah:-

untuk dimesin - 5 biji bawang merah
                     3 biji bawang putih
                     8 tangkai cili kering

Segenggam kacang tanah digoreng dan dimesin agak-agak halus.
Satu paket udang kering dimesin juga bersama kacang tanah.
Ayam/daging sedikit (ikut suka nak letak tapi jgn terlalu byk).
Udang sedikit (kalau nak manis letak udang kertas)
Minyak masak untuk menumis.
Garam secukup rasa.
Sedikit sos cili 
Sedikit sos tomato
Sedikit sawi, cili besar merah, daun bawang(dihiris).
Telur ayam (dimasukkan semasa nak makan)
Mee kuning sepeket (siap dicelur)

Cara-cara memasak:-

Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan ayam/daging dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan sedikit sos cili, sos tomato dan garam. Biarkan rebusan merenih perlahan-lahan. Seterusnya masukkan kacang tanah, udang kertas. Dalam 20 minit boleh ditutupkan api.

Cara aku hidang tak tahu lah sama atau tidak dengan orang lain tapi aku akan guna periuk lain untuk ambil sedikit kuah mee bandung, panaskan pecahkan sebiji telur, masukkan sayur sawi, cili besar merah dan daun bawang. Letak sedikit mee kuning kacau dalam 2 minit angkat...Waaalaaa...

1 comment:

Ms Haslina said...

tq tq...nanti nk cuba resepi nie...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails