Erm lately nie aku agak kemalasan untuk menulis-nulis dan mengadap komputer...semua kerja memacam malas sahaja nak buat...termasuklah kerja di rumah...apa kena pun aku tidak tahulah...tapi aku gagahkan juga untuk buat semua itu.
Story 19 Jun 2010
Erm pada 19 Jun 2010 yang lepas kami ke Melaka lagi...tapi atas urusan keluarga belah hubby...pada mulanya aku memang tak mahu pergi sebab mula Isnin dalam minggu itu hanya Allah sahaja yang tahu...dua-dua anak kesayangan aku mengalami cirit birit yang agak serius juga. Pada mulanya memang suruh En Muz seorang sahaja yang ikut family nya...tapi faham-faham sahajalah En Muz mesti nak kami semua nak ikut juga baru hubby boleh kemana-mana so aku berdoa sangat agar Akalili dan Sorfina tidak mengalami masalah sepanjang perjalanan ke sana. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Kami hanya berjumpa mereka di Seremban macam biasa En Muz malas nak patah balik Kuala Pilah. Sampai Melaka dalam jam 1230. Ini adalah rombongan merisik khabar bagi pihak my BIL yang bongsu. Dalam 1400 semua sudah selamat dibincangkan dan semua selamat di persetujui. Semoga apa yang dirancang akan berjalan dengan baik dan mendapat RahmatNYA hari itu. Amin.
Selesai kami semua ke Masjid berdekatan dengan MITC, En Muz lah guide semua orang sebab before ini kami sudah sampai ke situ. So lepas solat semua bermulalah aktiviti menjelajah Melaka. Tapi kemana sangat pun sebab semua dalam keadaan penat gitu. Tapi yang aku tengok hubby agak semangat membawa anak-anak dan anak-anak buahnya berjalan-jalan.
En Muz la yang rajin melayan mereka memang bergambar sakan...
Aku dan my Along memang da tak larat nak jalan lepak sini jea lah...
Tiba2 ada Padini fair lak...my faverat brand...
Masuk sahaja Melaka Parade sudah ada ini erm aku apalagi...ajak En Muz jalan tengok kalau ada yang berkenan sebab aku memang suka sangat pakaian Padini nak nak seluar cottan panjang Padini memang suka sangat la...Mula hubby suruh aku ambil dua helai sekali tapi satu itu bukan warna yang aku suka so ambil satu sahaja...Bila tengok aku beli hubby pun layan sampai tiga helai seluar cottan panjang yang di rembat...semuanya memang warna yang aku suka...Mengikut warna kesukaan aku adalah harus hehehe...
Da settle berjalan dan bershopping kami semua bergerak balik ke Negeri Sembilan semula. Janji makan malam di Restoran sebelah petronas di Senawang tak silap aku. Dalam jam 2100 kami dinner di sana...Terima kasih to sponser makan malam. Memang seronok makan beramai-ramai bersama...
Ingat aku akan pulang ke rumah sebab hubby kata nak balik terus nanti tiba-tiba hubby nak balik Pilah...nasiblah kali ini aku sudah siap sedia untuk semua kemungkinan...hehehe so kami balik bermalam di Kuala Pilah. Da lama tak kumpul beramai-ramai seronok itu pun ada dua family tak balik kalau tidak lagi meriah rumah Pak Daud...hehehe...
No comments:
Post a Comment