Tuesday 13 April 2010

cekmek molek

Ini adalah masakan Kelantan yang berintikan gula. Setelah digoreng gula akan menjadi cair...so yummy dummy...

Bahan-bahannya:
Ubi keledek 5 ketul yg sederhana (ikut suka nak warna apa)
Tepung gandum 2 cawan (ikut sesuaian doh sebenarnya)
Gula untuk dijadikan inti
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuatnya:
Rebus ubi keledek hingga empuk setelah sejuk lenyek. Gaulkan ubi bersama tepung hingga menjadi doh yang lembut. DAN bahagikan kepada beberapa bahagian doh kecil mengikut kesukaan. Leperkan doh kecil tadi untuk masukkan gula dalam satu sudu kecil atau setengah sudu kecil ikut kesukaan manis. Tutupkan rapat-rapat supaya gula tidak keluar semasa menggoreng. Biasanya bentuk bujur, jika nak buat bentuk lain pun boleh ikut kesukaan asalkan gula itu tidak keluar...Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.

Hidanglah dengan teh 'o' panas...yummy...

SELAMAT MENCUBA....

1 comment:

Ms Haslina said...

tima kasih...hari2 cuti leh cuba buat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails