Friday, 9 April 2010

Riadah

RIADAH merupakan salah satu aktiviti yang mampu merehatkan minda kita setelah penat seharian berkerja dengan beriadah juga ianya dapat mencergaskan jasad...so petang sabtu lepas aku dan hubby cadang untuk ke Taman Tasik Titiwangsa sebab dari dulu lagi masa aku bujang hingga sudah berkahwin sebelum punya anak-anak, itulah tempat aku dan hubby beriadah...selalunya kami akan berjogging waktu cuti-cuti...tetapi masa baru-baru nikah dulu kami berjogging di area seremban sahaja sebab malas nak turun Kuala Lumpur untuk ke Titiwangsa. Boleh dikatakan setiap petang waktu bercuti kami akan ke Seremban hingga macam sudah bosan pula so aku cadang ke Titiwangsa pula lagipun tempatnya sungguh luas DAN aku rasa selesa. Lama-lama macam seronok sahaja di Titiwangsa so kami selalu ke sana tetapi bila aku dapat tahu aku mengandungkan Nur Akalili Hanis so aku stop semua itu. Hubby join sukan di Company tempat kerjanya pula sebab aku sudah tidak mampu untuk berlari-lari...

Apabila Akalili sudah dalam satu tahun setengah gitu aku bawa dia pula ke Titiwangsa untuk beriadah. Paling dia suka pada hari Ahad sebab memang ada acara senaman dari DBKL tak silap aku sungguh meriah ramai orang yang datang untuk follow senaman pagi itu. Ianya bermula jam 0800 pagi hingga 0900 pagi...memang berbaloi saja rasa...badan pun sedap, ringan jea...tapi kejap jea pastu aku sudah pregnantkan Nur Dini Sorfina...so stop semula...tapi datang juga untuk bawa Akalili bermain jika berpeluang...DAN bila Sorfina sudah dalam setahun gitu aku bawa juga dia ke Titiwangsa untuk jalan-jalan saja...adalah tiga empat kali begitu....HINGGAlah Sabtu lepas baru aku dan hubby macam terasa ingin beriadah semula dengan bermain badminton yang sudah lama tidak berusik, last aku guna masa game kat office aku past tersimpan sahaja...anak-anak pula sibuk bermain buaian di tepi tempat kami bermain...sambil main sambil aku menghayunkan buaian Sorfina...seronok sungguh mereka begitu juga aku...


 
Dua budak comel sedang buat regangan badan...



 
Habis semua tempat Sorfina nak berlari akhirnya sudah tidak larat nak berjalan...
Hinggalah Sorfina merangkak...DAN akhirnya di dukung oleh En Muz.


* hari ini badan aku macam tidak selesa gitu dada pun macam sakit saja...erm semoga Allah bagi aku kesihatan yang baik...amin...*



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails