Monday 19 April 2010

Nur Akalili Hanis

Ha ha gambar diatas adalah aku snap dari TV dirumah semasa Akalili bermain PS2. Sekarang ini agak kerap Akalili bermain Game sebabnya Akalili sudah jumpa apa favourite game nyer...hehehe...memilih warna untuk gambar dan bermain puzzle...tapi aku suka part yang Akalili bermain puzzle sebabnya disitu aku boleh nampak kecekapannya mencantumkan gambar-gambar tanpa aku hint apa-apa pun.


 Akalili berjemaah bersama Abah
Semalam Akalili buat aku binggung sekejap, mana tidaknya tiba-tiba Akalili bangun je terus tanya aku "Ummi akak pergi ambil air sembahyang ya nak sembahyang nie." aku cakap ni sudah pukul 10 la ni kakak, belum masuk waktu Solat Zohor lagi, nak solat Sunat Dhuha pun Ummi tak ajar akak macam mana akak nak solat. Tapi dengan selambanya Akalili cakap "tak pe lah Ummi akak ambil wuduk dan sembahyang sahajalah..." Erm aku pun ye kan saja...terus Akalili pergi ambil wuduk dan solat...aku biarkan saja tapi selepas Akalili solat terus datang pada aku dan cakap "Ummi kakak dah solat dah" aku senyum mungkin dengan itu Akalili rasa tenang kot...lagi pun aku tak pernah pun kejut Akalili untuk solat subuh lagi melainkan Akalili terjaga sendiri sebab aku rasa aku pun baru ajar-ajar yang basic sahaja tidak tekankan lagi untuk semua waktu so Akalili lebih solat berjemaah dengan Abahnya pada waktu malam lah kerana waktu itu kami berada di rumah dan waktu-waktu cuti kecuali waktu subuh belum pula aku paksa dia bangun...mungkin perlahan-lahan aku akan ajarnya juga. InsyaAllah...itulah Nur Akalili Hanis.

2 comments:

Ms Haslina said...

alhamdulilah..

;))

maidatul said...

Alhamdulillah...;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails